THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Friday 6 April 2012

TERIMAKASIH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Salam pagi Jumaat yang indah ini..penghulu segala hari..Moga hari ini berpanjanganlah sinar mentari menyiram bumi Allah ini..dan doa di panjatkan semoga hari ni apa aja yang kita lakukkan di berkati Allah..amin..


Mengambil kesempatan di hari Jumaat ini untuk merakamkam jutaan TERIMA KASIH kepada pengunjung setia hanimmdzain@blogspot yang telah sudi menghadiahkan majalah Aroma keluaran April untuk saya..


Orang yang bertanggunjawab memperkenalkan dunia blogging ni kedalam hidup saya..menjadi pendengar setia susah dan senang.menjadi pengkritik dan penyokong kuat blog ini.....menjadi sahabat baik pada arwah anak saya Along..sanggup berada disisi arwah hingga keakhir hayat..menemani Along hingga keseberang laut Australia dalam sessi perubatannya..menjadi guru...menjadi pendengar setia kepada segala masalah remajanya hinggakan kepada masalah personalnya..Tidak pernah menolak sebarang permintaan Along..bahkan tidak pernah jemu melayan kerenahnya..Sehinggakan walaupun Along sudah 5 tahun meninggalkan kami ..no handphone Along masih kekal di simpan dalam handphonenya..Tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara Along setiap kali pulang ke kampung..dan sentiasa mengingati cerita bersama Along.


Orangnya adalah.....................................



Rasanya tidak cukup dengan perkataan Terima Kasih..untuk beliau..hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..TERIMA KASIH dan TERIMAKASIH untuk semuanya dulu dan sekarang kepada adik tersayang Noor Hawani Md Zain..sila berkunjung di blog ini  untuk lebih mengenali beliau.


Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari 


1 comment:

  1. kak anim..sedihnya baca post ni..tq jugak pada knim...atas segala2nya..
    segaka kenangan dgn along sukar utk dipadamkan...sayang dia mcm anak sendiri...rindu sgt kat dia..
    tahniah kerana berjaya berblog dan berdunia dgn dunia maya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...