THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Sunday 29 July 2012

KUIH KETAYAP


Assalamualaikummmmmmm....sihat ka?...


Alhamdulilah..semuanya sihat....dah hari ke 9 kita berpuasa..cuaca sekarang agak panas..mencabarla juga kali ni...kesian gak kat anak anak balik sekolah kena buka aircond siap siap..satgi ada lak yang merengek nak buka posa..mama pun merengek gak sal bil letrik waduh...perit perit..


Baru hari ke 9 mak mak diluar sana dah jem tak tau nak masak apa hari ni....sama le di sini..
dok ulang tayang gak..jenguk dalam peti ais padat semua ada..resepi ja yg tak ada..ingat hari ni nak kena clearkan stok dlm peti ais la....kesian gak kat dia dah nampak susah nak bernafas petias tu..


Ni ha nak tayang kuih ketayap ni..sapa suka makan kuih nie..senang aja nak buat...my feberat nie...jom tengok bahan bahannya...



KUIH KETAYAP


A. Kulitnya


2 cawan tepung gandum
1cawan santan + 3sdb air
1 biji telur
garam secukup rasa.


( Blend semua hingga sebati kalau pekat tambah sedikit air ).Ketepikan sebentar


B. Inti


3 cawan kelapa
2cawan air gula merah
1 helai daun pandan
2 sdb tepung gandum


( masak semuanya hingga sebati )


Gunakan kuali tak melekat..ambil sesenduk bahan A..dadarkan masak agak agak 5 minit. Angkat..masukkan inti..gulung kemas..dah boleh di hidangkan...senangkan..


Jumpa lagi ya....

Saturday 28 July 2012

Air Tangan Ibu ..Rahsia Segalanya..Ramadhan 8





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Apa khabar rakan rakan di luar sana..wah seronok sungguh bila tengok rakan rakan blogger yang rajin mengupdated N3 dengan resepi resepi yg semuanya menyelerakan.. dah tak tau yang mana satu nak mencubanya..list pun dah melimpah ruah..semangat tu ada cuba masa yang begitu mencemburi ...macam ni lah orang yg berkerja macam saya..masa amat terhad.


Maafla ya..kesian ..asyik asyik tengok menu yg sama..tak dan semuanya nak buat..bila masak waktu berbuka tak sempat nak snap gambar..masak tiap tiap hari siap dengan kuih muih..habis berbuka semua makanan pun lincin..balik sembahyang terawih mata dah kuyu...




Hari ni hari ke 8 kita berpuasa..macamana setakat nie..anak anak rasanya dah ok kan..bila lepas berbuka aja dah terdengar anak anak bermain bunga api...kejap aja masa berlalu rasanya minggu depan mula lah terbau kaum ibu sibuk membakar biskuit raya pulak..


Macamana persiapan raya semuanya dah lengkap ka?..


Wah macamana hidangan berbuka kami sekeluarga semalam..semuanya permintaan anak anak and my hubby..ya la semalam kan Jumaat..off day...mama aja yang berkerja so rajin lah pulak hubby pi market beli lauk pauk..Jom tengok menunya..








 Gulai Ketam dengan Nenas Masak...



 Sambal Petai Udang




Ikan Bawal Masam Manis




 Air Ribena



Seronok tengok anak anak and hubby makan masa berbuka semalam bertambah tambah..Kan air tangan ibu tu rahsia yg tak dapat di uraikan..


Yang dah terpikat tu intai intai lah resepi di sini ya..search aja..


Buat rakan rakan baru..selamat berkenalan semoga berkekalan selamanya . Rakan lama jemput jemput la berkunjung di dapur saya yg tak seberapa ni..semua komen komen yang di tinggal kan begitu bermakna sekali untuk saya...


..jumpa lagi esok ya ..












Sunday 22 July 2012

AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH



Assalamualaikum..hari ni dah hari kedua kita berpuasa..so far alhamdulilah anak anak pun ok...ingat masa Aiman dan Alyssa belajar berpuasa seronok pun ada..ya le..nak tunggu sampai waktu berbuka macam macam kena dipenuhi..nak makan nu nak makan nie..kalau cakap pasal minuman ada ayak jagung ada ayak laici ada ayak nyiok..sampai ayak kosong pun nak.. last last berbuka masuk satu jenis air aja dah kenyang..

Sekarang anak anak pun dah meningkat dewasa senang la sikit nak control nafsu makan tu..

Pencuci mulut nie selalunya menjadi kemestian bila bulan puasa kan..sama la saya wajib ada juadah nie..tak kira la agar agar , puding atau buah buahan..masa berbuka saya suka makan yg manis manis dulu selalunya agar agar le yg sering saya buat..so hari nie jom kita share agar agar santan gula merah nie..sedap lembut dan semestinya lemak manis..







AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH
resepi hanimmdzain@blogspot.com


100 gm agar agar tali
100ml santan pekat
1cwn gula 
1cwn air gula merah
secubit garam
sehelai daun pandan

masak agar agar ..daun pandan dgn air lebih kurang 4 cawan sehingga agar2 hancur..masukkan gula..masak hingga gula hancur..kemudian masukkan air gula merah..last masukkan santan..tutup api..tuang dalam loyang..sejukkan dlm peti sejuk..hidangkan..



Selamat berpuasa..ya..kita jumpa lagi nanti ya..

Jom terawih...

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN 2012



Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang barakah ini..doa dipanjatkan semoga kita di beri kesihatan yang baik untuk menempuh Ramadhan kali ini.  Alhamdulilah sekali lagi di beri kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di tahun ini..

Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa untuk pembaca pembaca hanimmdzain@blogspot...rajin rajin mengerjakan tarawih ya...

Jumpa lagi dengan hidangan istimewa untuk juadah berbuka esok..:)

Wednesday 18 July 2012

BEST EVER BANANA MUFFINS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua sihat ka?..harapan saya biarlah kita semua di beri kesihatan yang baik untuk menempuh Ramadhan yang bakal muncul insyallah sabtu nie..Bahang dah pun terasakan..dah ramai rakan rakan blogger mengupdated N3 cookies..wah mesti ramai yang dok tayang sample biskuit raya kan...terimakasih ya..dapatlah saya mencuri resepi resepi yang menarik tu untuk dijadikan sajian raya nanti..banyak dah dalam list..

Kalau sekarang singgah di kedai bakery punyalah ramai orang yang dah mula membeli bahan bahan kuih..meriah benor..tu belum lagi nak raya..murah rezekikan..di bulan ramadhan nie..


Hari nie tayang kek lagi..ada sedikit lebihan pisang tu yang membaking Banana Muffins yang simple sangat but sedap gebu sangat.. Jom intai resepi nie..

BEST EVER BANANA MUFFINS

3 lg. bananas
3/4 c. white sugar
1 egg
1 tsp. baking soda
1 tsp. baking powder
1/2 tsp. salt
1 1/2 c. all-purpose flour
1/3 c. melted butter

Mash bananas. Add sugar and slightly beaten egg. Add the melted butter, then add the dry ingredients. Grease muffin tins well. Bake for 20 minutes at 375 degrees. Eat warm and enjoy.





Ok hope jumpa lagi esok ya... sudi sudi mencuba ya..simple but best..



Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Monday 16 July 2012

CHOCOLATE CREAM CHEESE CUPCAKES


Assalamualaikum berjumpa lagi ya..


Maaf la ye..asyik asyik dok tayang Ayam Madu aje ye..kena duty pada hari Ahad memang melemahkan semangat..tetapi tanggung jawab kerja tetap dipikul sebaik mungkin..2 hari kerja outstation di Golden Sand Penang..sempena Sales Convention..ni pun baru aja sampai rumah..cukup meletihkan..


Tup tap tup tap sabtu nie dah nak bermula puasa..tersangatla bestkan bila bulan puasa..bila aja lepas buka puasa ..malam terasa..nyaman dan seronok sekali..kenapa ye..sal syaitan iblis di rantai kut..


Dah banyak rancangan di atur utk bulan puasa nie..nak try semua jenis kuih muih..wei..bestkan..boleh dikongsi jiran tertangga..


Mai sini hari ni nak kongsi satu lagi resepi cupcakes yg amat mudah dan semestinya best..jom tengok bahan-bahan dibawah..


CHOCOLATE CREAM CHEESE CUPCAKES

12 Cupcakes:

3 cups all-purpose flour
2 cups sugar
1/2 cup unsweetened cocoa powder
1 tsp. salt
2 tsp. baking soda
2/3 cup vegetable oil
2 cups water
2 tbsp. vinegar
2 tsp. vanilla extract

Preheat oven to 350°F.
Place either 6 or 12 cupcake silicone liners on a baking sheet.
In a large bowl, combine flour, sugar, cocoa, salt and baking soda. Stir in oil, water, vinegar and vanilla and mix until blended. Pour batter into prepared greased cupcake liners, filling until 2/3 full.


Filling for 12 Cupcakes:

1 (8 oz.) pkg. cream cheese, softened
1 egg
1/2 cup white sugar
1/4 tsp. salt
1 cup chocolate chips
24 strawberries

In a medium bowl, beat together cream cheese, egg, sugar and salt until light and fluffy. Stir in chocolate chips. Drop a heaping teaspoonful of the cream cheese mixture into each cupcake. Bake for 25 minutes. Allow to cool.Cut small "V" (removing stem) into the tops of the strawberries to create a heart shape and place into the center of each cupcake.


sila ambik la sorang satu....







Sedap sangat kek nie..lemak manis dgn rasa cheesenya..jgn makan banyak banyak tau nanti..jenuh lak nak cari resepi menurunkan berat badan..:))


Enjoy the photo ok...your comments is really appreciated..


C..U..all soon................DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


Saturday 14 July 2012

AYAM MASAK MADU 3



Assalamualaikum..


Selamat berhujung minggu ..rehat cukup cukup tau bagi yang berkerja dirumah atau di pejabat..nama aja nak rehat tup tup kena gak masak untuk sajian keluarga..kan..hari ni saya belajar buat satu resepi yang menjadi kegemaran anak anak..simple aja..yang pasti sedap dan enak di makan dengan nasi putih atau nasi tomato..beriani atau nasi jagung..







AYAM MASAK MADU 3...




1 ekor ayam di potong kecil digoreng dgn kunyit dan garam
4 labu bawang besar mesin halus
10 tangkai cili kering mesin halus
4 sdb sos tomato
4 sdb sos cili
4sdb sos tiram
6sdb madu
gula dan garam secukup rasa


dengan sedikit minyak tumis bawang besar yg di mesin halus agak garing masukkan cili kering masak hingga cili cukup masak ..tambahkan sos tomato , cili , sos tiram ..kacau sebati masak lagi 5 minit.masukkan madu..kacau lagi akhir tambahkan gula dan garam secukup rasa..Senangkan ..simple aja kan..


Ha..nak tahu cam na rasanya..mestilah kena cuba..sesekali kita tukar selera ya..


Ok la jumpa lagi sok ya,....DAAAAAAAAAAAAAA



Tuesday 10 July 2012

JOM PEKENA MURTABAK CHANGLUN




Assalamualaikum..Selamat bertemu kembali..macamana hari nie..hujan tak di tempat anda..tadi kat Alor Setar pagi nampak macam nak hujan mendung aja..tiba sekali panas la pulak..tu la yg pepatah berkata terdengar gurun di langit air di tempayan di curahkan..nasib le sekarang kita dah tak pakai tempayan..hik hik hik.....


Ha.....ada nampak itu murtabak kat atas tak...Mesti ada yang dah telan dua tiga kali air liur....Siapa yang tak suka makan murtabak..rasanya semua orang suka..Bila bulan puasa..murtabak la yang paling laku..kan..jangan silap beli murtabak nanti terkena murtabak kobis...or murtabak bawang yang tah kemana isi ayam atau daging nya..bila terbeli mulalah menyumpah seranah sal tak nampak pun secebis isi daging atau ayam dlmnya.


Mai sini mai sini kami nak pekenai Murtabak Changlun..aduss memang terbaik le...ni bukan iklan berbayar tau tapi mengikut anak tekak nie..ni ha..murtabak best..kulitnya yang nipis..isinya yang tebal...lembut dan terasa isi ayamnya..ditambah jeruk bawang yg masam masam manis .....





Mai kita tengok gambar lagi dekat..kata orang tak dapat merasa tengok gambar pun jadi..Murtabak ini boleh didapati di Pekan Changlun gerai tepi jalan aja..di perkenalkan oleh Abang Shon..abg saya la ye..sekali kena..teringat macam dok bercinta..bagai pungguk rindukan bulan....bila jalan kat Changlun wajib beli buang 10 biji..lambat  sikit aja ..tinggai..kuali aja lah..sangat terkenal di Pekan Changlun..


Anak dara saya boleh pekena 3 biji sorang..emmmm memmang sedap..harga jgn terkejut sebiji RM2.50..aja murahkan....mana lah nak tau esok esok lalu Pekan Changlun , Kedah nie mai la singgah rasa tengok..na...








Ha..apa nak resepi?..maaf le banyak banyak sampai kesudah le tuan gerai tak peturun ilmu...so jawabnya..cari sendiri la ye...


Tunggu apa lagi jom tangkap leleh kita pekena Murtabak Changlun dulu....


Daa jumpa lagi ye...






" Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


Monday 9 July 2012

SERIMUKA @ PULUT SEKAYA


Selamat bertemu kembali....apa khabar..diharap  semua rakan taulan sihat dan ceria selalu..kalau ada hal yang tengah memeningkan kepala tu cepat cepat settle kan ya..

Siapa suka makan pulut?..mesti semua orang suka..kata orang pulut nie kalau selalu di makan akan membuatkan kulit kita putih macam pulut susu..sebab tu kan orang orang Siam @ Thailand nie cantik cantik putih melepak aja kulitnya kerana dia orang nie lebih suka makan pulut lebih dari nasi..

Kalau kita makan nasi di sebelah Thailand nie kita akan rasa nasinya lembut macam pulut..
kekadang orang kita tak suka makan pulut katanya buat sakit urat atau angin..yang saya tahu I like pulut..ketupat pulut..pulut makan dengan ikan kering..pulut kacau..emmm semua jenis menu Pulut is my feberat nie lebih lebih lagi Pulut Sekaya..sedapnyaaaaaaa..lemak berkrim...

Resepi Pulut Sekaya ni di ambil dari rakan blogger kita yg cukup saya hormati dengan pelbagai menu yg amat menarik ..photo photo menawan kalbu..siapa lagi kalau bukan BILA CHAH KE DAPUR SILA INTAI DISINI   mohon di izinkan saya berkongsi dengan rakan rakan yang lain..terimakasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi resepi yang terbaik ini..






SERIMUKA @ PULUT SEKAYA 




Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 20cm/8 inci):
Sumber : BILA CHAH KE DAPUR.
Lapisan bawah
1 cawan pulut hitam ( saya guna pulut biasa )
1 cawan pulut putih
 jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
Santan pekat
Simpulan bahasa daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula

Lapisan atas
3 biji telur
 cawan santan pekat
¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
Gula secukupnya
3 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
Garam

Cara-cara:
  • Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
  • Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
  • Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
  • masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
  • Keluarkan pulut  dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform,  lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang   dan memotongnya nanti.  
Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula. 
  • Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
  • Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila telah masak nanti.  
  • Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.




Ok selamat mencuba ya...sehingga bertemu lagi..terimkasih atas kunjungan anda semua ya...

DAAAA.................................


"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

Saturday 7 July 2012

CHOCOLATE TART


Selamat berhujung minggu..Apa plan hari nie..?


Hari nie kami sekeluarga agak sibuk kerana plan yang dirancang berbulan yang sudah akan menjadi realiti hari nie..Jejak Ramadhan..gotong royong di rumah anak angkat saya berjalan hari nie..so awal awal pagi kami dah bertolak ke Sik Kedah..nani akan saya share kan aktiviti kami di sana ya...


Sebelum tu nak share Chocolate Tart yang sedap dan senang aja nak buat..untuk Tart shell boleh tengok di blog saya search aja ya..


Untuk chocolate filling just cairkan sedikit chocolate bars after dah sejuk just pour dalam kulit tart nie..senangkan..






Jangan lupa mencubanya ya..









"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu 


sedikit." ~ Allen Tate



Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

Friday 6 July 2012

SAMOSA DAGING LADA HITAM


Assalamualaikum....Salam jumaat..penghulu segala hari...apa khabar sahabat semua..semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah..diberi kesihatan yang cemerlang..gembira bersama keluarga..


Kejap ya minggu ke minggu berlalu..semakin dekat kita dengan Ramadhan..bestnya kan..teringat masa kecik kecik dulu..bila masuk bulan puasa seronok tak terkira sal nak sambut raya..bila abah kejutkan bangun sahur dah terbau hidangan yang mak masak..selalunya yang paling sedap mesti le sardin goreng simple but itu le yg buat kami adik beradik berebut..atau bila ada telur masin..pembuka selera..bertambah nasi macam makan tengahari..


Bila petang hampir buka puasa berebut pulak nak berbalas juadah dgn jiran..selalunya bila dah petang ni..letih puasa dah masuk tahap gaban..tak le nak buat apa dah..masa nie siap simpan semua jenis kuih konon nak makan buka puasa..tak masuk lagi berjenis jenis air..kalau boleh masa tu satu kolah ayak pun boleh habis..hik hik hik bestkan bila kita kecik kecik dulu...kalau boleh bila nak jadi kecik sampai bila bila..












Bila dah dekat raya mak gan abah dah bawa kami berjalan ke pekan beli baju dan kasut raya..bila aja dapat kasut raya aduh..mesti mak simpan bawah katil dlm kotak kasut..takut tak sempat raya.. Masa ni kan kami adik beradik sebelum tidok mesti masuk bawah katil ambik kasut boleh cium bau kasut baru..hati dah berbunga bunga siap letak tepi bantai punyalah seronok nak raya..


How i miss all the story...miss abah..miss the..suasana kami adik beradik bermain..bergaduh..:((..time pass so fast till..make me wonders me also dah makin berumur..





Eh..hampir terlupa..sedap tak nampak my Samosa Daging Lada Hitam..very simple aja nak buat jom share..resepi di ambil dari My resepi hidangan Biduri..minta diizinkan utk dikongsi disini..terimkasih banyak-banyak kerna sudi berkongsi samosa yg best nie..







SAMOSA DAGING LADA HITAM


  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • >> INTI <<
  • 1 cawan daging kisar
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah kari + sedikit serbuk lada hitam 
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. >>Sediakan Inti:
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  3. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  4. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  5. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  6. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
  7. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  8. Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
  9. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...