THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Saturday 29 September 2012

BREAD PUDDING WITH ALMONDS


Awal pagi nie dah siap hantar anak anak ke rumah mak..Sabtu dan Ahad kena kerja obertime kat Penang..
memang memenatkan minggu nie..Awal pagi dah bertolak kesana...apa nak buat demi kerjaya...

Sambil kemas kemas malam tadi keperluan anak anak..sempat juga jenguk peti ais ..tengok ada sebungkus roti yg hampir tarikh maut..so dari terbuang macam tu aja..baik godek godek buat bread pudding utk sarapan pagi nie..

Nak buat pudding nie bukan nya susah sangat..ikut aja gerak hati mesti jadi..nak keras sikit bakar aja lama sikit..silap silap jadi bingka roti..nak lembut lemah gemalai bakar sedang sedang aja..soft gitu makan pulak dgn sos kastard atau madu..emm..naik la angka..gula dalam carta..hik hik hik...

Jom tengok Bread Pudding versi saya...




Kalau yang suka makan manis letak aja gula dlm 1/2 cawan..Saya tak letak dah..rasanya susu pekat manis tu dah cukup manisnya...




Jumpa lagi nanti ya ....


Jangan lupa tinggalkan komen komen anda ...Terimakasih yang tidak terhingga kerana sudi menjenguk dapur kecil saya ...

Friday 28 September 2012

Top 10 Benefits of Carrot Juice


Safety and Health Tips – Top 10 Benefits of Carrot Juice






1.     Carrot juice contains less calories and is very beneficial for weight loss.
2.     The functioning and health of liver and digestive tract improves by the intake of carrot juice.
3.       Carrot juice contains Vitamin E which helps in preventing cancer.
4.     Aches and pains associated with aging lessen with the intake of carrot juice.
5.     A present of vitamins in carrot juice improves eye-sight and helps in bone disorders, osteoporosis etc.
6.      It contains potassium which helps against cholesterol.
7.     Carrot juice is extremely beneficial for the liver as it reduces fat and bile in the liver.
8.     The juice revitalizes and tones the skin.
9.     Carrot juice is very rich in beta-carotene which is an antioxidant and it prevents cell degeneration. The aging process is also slowed down.
10.   Carrots contain beta-carotene which is converted into Vitamin A by our body. This natural vitamin A is very good for our body.

Maybe you already knew of the health benefits of including carrots as part of your regular diet and are already regularly including carrots in your own diet and receiving all the beneficial healthy properties which they give you, maybe this lens has taught you about the health benefits of regularly eating carrots or drinking carrot juice and now that you are aware of the huge healthy properties which they contain will now be adding them as part of your regular diet so that you will reap the health benefits in the future.

Thursday 27 September 2012

PUTU MAYAM/PUTU MAYONG


Bila hujan turun seharian hari ni mulalah perut pun menyanyi sama lebat dengan hujan turun kat luar...semua nya teringin nak makan..walaupun baru pekena air teh suam perasa strawberry dengan roti empat segi kosong....dalam dok berangan tu terdengar sayup sayup..pon pon..putu mayam..putu buluh..kat luar rumah..apa lagi meloncat la saya..berlari lari anak..memanggil mamak naik moto jual pelbagai jenis perasa putu mayam and putu buluh..ada rasa pandan and rasa biasa..

Dalam hujan renyai renyai memang rajin betoi mamak ni berniaga.....

Kata saya ...."Mamak bagi saya 3 ringgit...Putu mayam rasa biasa tak mau rasa pandan"

Mamak jawab .." ..kakak ..(dlm loghat india ) tolong ambik itu pinggan mari..kertas semua sudah basah"

Jawab saya .."Orait...sambil kelui Aiman..minta ambikkan pinggan "
Mamak awat sudah lama tara nampak mai sini..tanya saya lagi"

Mamak .."ada mai tapi selang selang saya masuk banyak taman..kalau hari hari masuk sama taman sapa mau makan"

Dalam hati saya.." Pandai juga mamak ni punya marketing"

Mamak.." ok kakak..tima kasih..saya jual ya "sambil hulur sepinggan penuh Putu Mayam..

Saya.." ok mamak saya beli..terima kasih "

Marvelous....sedapnya...

Kalau ada yg teringin nak buat sendiri sila lah jalankan projek di bawah ya..saya shortcut..beli yang siap dah... 




PUTU MAYAM/PUTU MAYONG

sumber dari .salieysa@myresipi.com


Bahan-bahan ( satu keluarga (20 biji-tgk saiz la) )

  • === untuk buat putu mayam======
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan air panas
  • garam secukup rasa

  • dimakan bersama gula perang dan kelapa muda..

    Cara-cara

    1. Rimg0346
       **Buat putu dulu** ni acuan putu yang saya bli, buat dari plastik je.
    2. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
    3. campurkan tepung beras dengan garam.
    4. masukkan air panas sikit - sikit. adunan putu ni keras sikit, tak macam adunan kuih lain. kacau ngan senduk kayu, kalau guna tangan masuk spital la jawabnya.
    5. dah tu kepal- kepalkan adunan dengan senduk atau pun sudu dan masuk dalam acuan putu tu, kalau kat trg kitaorg panggil bekas kebab. dah tu tekan la sampai putu tu kluar. tadahkan plastik kat bawah acuan tu. saiz tu ikut suka korang la nak buat besar mana pun. saya buat kecik - kecik, senang nak makan satu mulut je... kemudian kelepetkan plastik tu sikit, putu kat trg biasanya bentuk segi tiga, ikut la nak buat camana pun, janji putu tu padat - padat sikit, tak terburai la masa kukus nanti. alihkan dari plastik kedalam kukusan, jangan susun bertindih, nanti putu melekat.
    6. kukuskan selama 5 - 10 minit atau sehingga putu nampak berkilat.

Terimakasih kepada sumber dari .salieysa@myresipi.com...





LEMPENG KELAPA @PEKNGA NYIOK


Assalamualaikum..


Bertemu lagi kita di alam maya ini..walau kekadang..banyak soalan bermain di minda adakah..perlu ku teruskan atau cukup sampai di sini..

Selamat sampai dari KL jam 5.30pagi..memang meletihkan...hari ni sambung kerja..sebelum membusy kan diri..jom kongsi hidangan yang menjadi kenangan kecik kecik dulu..Lempeng Kelapa atau di Kedah dikenali Peknga nyiok..sedapnya dimakan dgn sambal atau gulai yang di perangat ump....menawan kalbu..

Lebih sedap kalau yang memasak peknga ni..my sister..kak yati..aduh...terasa kerangupannya..ayak tangan tu yang kick....best juga kekadang adik ija yang menyediakan utk breakfast..kami bila reramai berhimpun...sedapnyaaaaa.

Jim tengok resepi ringkas ni..





1 cawan tepung
1/2 cawan kelapa parut
1sdk garam

Campur semua dengan sedikit air..macam buat lempeng tapi biar pekat sedikit..Masak dengan sedikit minyak macam buat lempeng..masak hingga garing..

Hidangkan dengan sambal sardin atau gulai ikan..





Selamat berkerja ya....

Monday 24 September 2012

PULUT SEKAYA JAGUNG


Bertemu lagi ya...

Pagi ni saya dalam perjalanan ke KL menghadiri mesyuarat..insyallah esok balik ..Hope semuanya berjalan lancar...ada exam lagi...harap harap to get a good result for my career..

Wah Pulut Sekaya jagung u...punyalah kembang semangkuk I u..bila tengok Pulut nie menjadi dengan jayanya....saja cuba cuba buat dengan jagung krimer..emm memang sedap ...

Nak cuba jom tengok resepi di bawah..resepi ni diilhamkan dari rakan blog yang tidak asing lagi  Bila Chah Ke Dapur..SINI
resepi yg di kongsi oleh Chah memang yang terbaik..mohon dipanjangkan perkongsian di blog hanimmdzain semogo diberi ganjaran pahala dariNYA yang maha ESA..terimakasih dari saya...








PULUT SEKAYA JAGUNG


Lapisan Pulut (Bawah)

2 cawan pulut putih
Santan pekat (anggaran 2 1/2 cawan * tak perlu habiskan jika pulut sudah lembut)
Sedikit garam
Secubit gula
Daun pandan


Cara-cara:
  • Basuh pulut dan rendam pulut kira-kira 1 jam.
  • Jika lebih lama direndam, pulut akan lebih cepat masak.
  • Kukus hingga masak.
  • Semasa sedang mengukus pulut, masak santan dengan garam dan secubit gula.
  • Masukkan daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Biar mendidih kecil dan tutup api.
  • Bila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus.  Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga pulut menjadi agak lembut dan santan menjadi sebati dengan pulut.
  • Masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut lembut dan berkilat. Jika agak-agak masih keras, percikkan dengan sedikit santan dan kacau rata.
  • Ambil dua sudu pulut untuk setiap warna yang dikehendaki dan letakkan pewarna pilihan. Tidak perlu gaul rata.
  • Campurkan pulut yaBahan-bahan untuk lapisan atas:



    Bahan-bahan untuk lapisan atas:


    2 cawan santan pekat
    1 tin jagung krimer 
    Gula putih secukupnya dlm 6 sdb
    1 sudu besar tepung gandum
    1 sudu besar tepung kastard
    1 sudu besar tepung jagung
    3 biji telur
    Sedikit garam


    Cara-cara:

    Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Tuang perlahan-lahan dalam loyang yang telah diisi dengan bahagian pulut tadi. Kukus hingga masak. Pastikan penutup pengukus sentiasa dilap untuk mengelakkan air menitis atas kuih
  • Siap.Potong bila sejuk.







Sunday 23 September 2012

SOUR CREAM CHOCOLATE CHIP BANANA BREAD


Assalamualaikum..

Selalunya bila hari Ahad ni tinggal saya keseorangan..anak anak sekolah..my hubby kerja..nak buat lagu mana cuti tak sama ..depa cuti hari Jumaat dan Sabtu..ikut negeri Kedah yang saya pulak..hari Sabtu dan Ahad...ikut KL .kalau nak gi jalan jalan saya lah yang kena berkorban cuti..hari Jumaat...ya la nanti ada pulak yang asyik tuang sekolah...

Hari Ahad ni hari sibuk sedunia...jadi amah cuci rumah..basuh baju ,mop lantai..lipat baju,seterika baju,pendek kata selagi masih hidup keja keja..

Sarapan apa pagi nie?

Apa kata jom kita breakfast kek pisang pagi nie...memang best sangat..resepi di intai dari dapur sifu kita lah siapa lagi ita masammanis ITA yang memang terbaik..mohon di kongsi bersama pengunjung pengunjung hanimmdzain ya..semoga perkongsian kita diberi ganjaran pahala dariNYA..terimakasih ita..







RICH AND MOIST CHOCOLATE BANANA BREAD

Rujukan : Hesti's 

100 gm butter bergaram
120 gm gula ~ ita guna gula caster
1 biji telur
5 biji pisang raja ~ ita letak 4 biji
1/2 sudu teh serbuk vanila ~ ita letak esen vanilla
150 gm tepung ~ ita letak 1 cawan
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan sour cream
1 cawan coklat cip
sedikit badam cincang ~ ita tambah boleh guna walnut atau lain-lain


 Panaskan oven pada suhu 175C bergantung pada kepanasan oven ~ ita guna  suhu 170C
Sediakan loyang roti ukuran 9X5 inc, oleskan dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek. Ita gunakan loyang 8X4 inc.

Lenyek pisang hingga lumat ~ ketepikan
Ayakkan tepung, soda dan serbuk koko ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, putar butter dan gula hingga berkrim
Tambahkan telur dan putar lagi.
Tambahkan esen vanilla, pisang dan sour crem dan terus putar hingga sebati

Tambahkan campuran tepung, soda dan koko yang telah di ayak dan gaul secara kaup balik dengan spatula hingga rata.
Tambahkan  coklat cip dan gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan
Ita taburkan cokla cip di atasnya dan juga sedikit badam cincang
Ita bakar dalam oven pada suhu 170C dengan api bawah selama 1 jam
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk atas redai sebelum dipotong
Kek akak naik dalam oven dan turun sedikit setelah sejuk





Bak kata Ita tak rugi mencubanya..memang sedap..lembut lembab terasa  gebu dengan rasa pisangnya..

Ok selamat berhujung minggu bagi yang cuti ya..yang berkerja ..selamat berkerja dengan penuh semangat..

Jumpa Lagi..Daaaaaaaaaaaaa


Thursday 20 September 2012

AYAM POPCORN MASAM MANIS


Selamat Pagi semua.....semoga hari nie lebih berkualiti dari semalam..

Dah hari khamis kan...sekejap betul masa berjalan..dah selesai kerja yang tertangguh tu..ya le..kadang kadang bila aja hari malas sedunia tu mari..mulalah kain yang dalan raga tu berhari hari tunggu nak di lipat..dah di lipat siap pulak tunggu dua tiga hari nak di susun...silap silap sapa nak cari baju kena lah mengali baju yang sudah setinggi gunung..he he he...

Nak sarapan apa pagi nie?
Roti canai ka..nasi lemak ka..atau nak ronda ronda Pasar Tani pagi nie..siaplah penuh lima jari plastik makanan..semuanya nak rasa nasi kerabu..kuih lapis...ayak teh bunga..keropok lekur..dan tah apa apa lagi semuanya sedap..

Bestkan bila kita nie dapat tinggal di negara yang aman dan kaya dengan pelbagai jenis makanan..sayang Malaysia..




Bercakap pasal makanan nie ..ha..nampak tak Ayam Popcorn Masam Manis nie...sedap dimakan ratah atau bersama nasi..my feberat and anak anak two...Jom tengok resepi best nie..


AYAM POPCORN MASAM MANIS


1 kilo isi ayam di potong dadu
5sdb tepung goreng ayam rangup (Adabi)
1 biji telur
100gm cili kisar
100gm tomato sos
1sdk cuka
gula dan garan secukup rasa

Ayam di celup dalam telur dan digoreng bersama tepung rangup hingga garing.ketepikan
Tumis cili kisar hingga masak ..tambahkan sos tomato..masak lagi ..perasakan dengan cuka , gula dan garam 
secukup rasa.Masukkan ayam yang digoreng tadi gaul sebati..


Siap...

Selamat mencuba ya....

Wednesday 19 September 2012

BUBUR NASI LEMAK MANIS


Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi satu resepi turun temurun yang dah lama kita tinggalkan...resepi yang menjadi feberat my hubby..dah lama minta saya buatkan..katanya dulu-dulu masa dia kecik kecik nilah..bubur yang menjadi feberatnya..setiap pagi jumaat bubur ni akan di hidangkan buat jiran tetangga..kenduri pagi jumaat..

Sinonim dgn negeri Jelapang Padi..di Kedah ni bila aja padi di tuai..padi baru nilah yang kita selalu buatkan kenduri..ada yang buat kenduri beras baru..kenduri satu kampung..

Bagi mak saya pulak ..Bubur Nasi Lemak Manis nilah yang akan menjadi jamuan pagi Jumaat bila aja ada beras baru..beras baru ni lebih wangi dan tentulah lemak dan manis..

Bukan susah sangat nak buat pun..tapi nak dapatkan rasa sama dgn ibumertua ku buat tu yang susah..nasib le kami berdua ni dok satu kampung ..boleh le tanya tanya adik beradik resepi mak nya...

Wah bila aja my hubby rasa satu sudu..senyum lebar le dia..katanya emmmm sedap macam maknya buat..
lepas le satu ujian..he he he..

Bubur nasi ni sedap di makan dengan pisang emas atau susu pekat manis..atau kita boleh kurangkan gula masa memasak bubur ni dan tambahkan gula diatas bubur bila nak makan..sedap bila tergigit gula tu..



Ok..apa kata..sesiapa yang nak cuba..bolehlah dapatkan resepi diatas nie..tak cuba tak tahu..mesti rasa baru jatuh cinta..kalau yang tak ada beras baru tu bolehlah dapatkan beras wangi yang banyak dijual kat kedai ya..






Ok jumpa lagi ya.....

Tuesday 18 September 2012

Jalan Jalan di Tasik Beris Lake Resort, Sik Kedah Darulaman.


Assalamualaikum  ..apa khabar?
Sihat?..emmmm..macammana cuti panjang..mesti ada yang letih bercutikan..bila dapat berhimpun bersama keluarga ini lah saat yang paling di nantikan..

Jom kita kongsi penjelahan kami sekeluarga di Negeri Kedah negeri kelahiran saya..banyak lagi tempat tempat yang belum habis di terokai..mengambi, kesempatan cuti panjang minggu lepas my hubby ajak kami anak anak beranak ronda ronda tengok tempat tempat air terjun..tasik di negeri kelahiran kami ni..bermula dari kaki Gunung Jerai ke..Lata Bayu Yan....air terjun yg menarik..terus ke Ladang Anggur Sik..dan berhenti di D'Puncak Beris Lake Resort..



 Tempat percutian menarik yang pertama kali kami sampai..memang best sekali kalau dapat berhimpun bersama kaum keluarga..jauh dari kepesatan bandar..tenang sunyi ...

Boleh tengok di SINI  kalau ada yang berminat...Jom kongsi photo photo kami di sini....




Chalet chalet..harga memang berpatutan...



Cantikan..........






Pelbagai aktiviti memancing..kepulau pulau kecil..memang menarik...

Kita jumpa lagi ya..nanti..di tempat yang lain pulak...

Enjoy....

Monday 10 September 2012

SAMBAL UDANG ISTIMEWA..


Bertemu kembali di pagi Isnin ni...apa khabar..dah sarapan ke ?

Bagaimana cuaca di tempat anda hari ni..mentari cerah atau ada yang mendung...kehujanan..apa apa pun tanggungjawab kerja mesti di teruskan..walau bagaimana keadaan sekali pun..berhati hati memandu bila hujan ya..

Siapa yang tak suka makan sambal..for me..apa jenis sambal pun mesti membuka selera..pelbagai cara dan bahan untuk membuat sambai yg sedap mengikut citarasa masing masing jom kita kongsi hari ni Sambal Udang istimewa ikut cara saya..


SAMBAL UDANG ISTIMEWA


1 kilo udang
15 tangkai cili kering*
5 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai* ( di kisar halus )
sedikit belacan
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa.

Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak hingga garing..atau naik minyak..masukkan air asam jawa..perasakan dgn gula dan garam..last masukkan udang masak lagi 5 minit atau udang masak..masukkan seulas bawang besar yang di potong bulat masak lagi 5 minit..angkat dan hidangkan dengan nasi panas..



Emmm boleh habis 2 pinggan nasi nie....:)

Jumpa lagi sok ye....daaaaaaaaaa

Wednesday 5 September 2012

MINI TUNA PUFF


Selamat bertemu kembali..malam malam pun nak juga mengupdated blog kesayangan ku ini..nak  buat lagu mana kerja sekarang dah masuk tahab gaban buzy..se buzy nya..demi mencari rezeki ku kuatkan semangat ini..kalau boleh nak teriak kuat kuat..betapa stress nya..sabaq sabaq.....

Anda bagaimana..hope semuanya under control ya...hidup mesti bahagia mesti ceria....jom tungu apa lagi makan time....

Ni ha ..sedap tak tengok picture ni..mesti bestkan..semestinya la juga sedap..rangup gitu...Mini Tuna Puff..senang..ringkas..sedap..and elegance...




                         


Nak resepi tak...tungu ya..tak larat nak type..esok esok la ya..ari ni layan picture  dulu ye...



Kita dating esok ye..cu u all...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday 2 September 2012

DAGING GORENG KUNYIT LADA HITAM


Assalamualaikum ...tengah buat apa tu?

Dah masak makan tengahari?..mungkin hari ni masih lagi ada jemputan rumah terbuka?..ok juga tu tak yah kalut kalut nak masak kan..bawa aja satu family..makan settle makan today..:)

Hari ni jom  kongsi satu resepi ringkas utk makan tengahari..Daging Goreng Kunyi Lada Hitam..



Daging Goreng Kunyi Lada Hitam

Daging lembu 1/2 kilo- digaul sedikit kunyit direbus hingga empuk
2 ulas bawang besar*
1 biji cili merah*
4 tangkai cili melaka*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* (*potong halus utk ditumis)
1sdb lada hitam di tumbuk kasar
5 biji kentang dipotong memanjang*
1sdk kicap pekat
2 tangkai daun sup utk hiasan.

Tumis bahan bahan* hingga garing..masukkan daging yg telah di rebus..goreng kesemuanya hingga kentang lembut..masukkan serbuk lada hitam..perasakan dgn sedikit kicap..angkat dan tabur daun sup..

Sedap dimkan dgn nasi panas atau nasi minyak..



Jumpa lagi ya....selamat berhujung minggu...

Saturday 1 September 2012

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN


Assalamualaikum...apa khabar semua rakan rakan..sepuluh jari di susun kerana dah lama benar tak mengupdated blog kesayangan ni..aduhhh..internet problem..dah try banyak kali asyik tak boleh masuk aja..mencabar keimanan betoi..bila boleh masuk pulak nak masuk gambar berjam jam..tunggu satu gambar upload makan masa 1 jam..oii  silap silap lap top terbang dok atas bumbong ni..

Sabaq sabaq mak ngah...at last siap juga mengupdated gambar bermula jam 10mlm till 5.15 pagi,,ha...punyak lah lama macam duduk zaman batu...

Semangat berkongsi kegembiraan menyambut kemerdekaan negara tersayang Malaysia ni yg terhasil rencana di bawah..jom kita tengok kemeriahan menyambutnya di Alor Setar Kedah.

Lets the photo tell the story....enjoy ya.....





thanks to them..

all the goverment bodies..teams

northern bikers


proud of u..
my hubby pun turut serta dalam acara pembarisan utk all the motor motor besar..harga motor jangan tanya....ngeri....






posmen lama dan medical teams




My sweet heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...