THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label kuihmuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuihmuih tradisional. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

POPIA GORENG ...jom minum petang


Assalamualaikum

Bertemu sekali lagi.. alhamdulilah semuanya kembali seperti biasa..diri ni pun dah sihat sepenuhnya..cuti rehat selama 3 minggu memang best sangat..bila dapat lari sekejap dari kesibukkan kerja ni cukup bernilai..


Tanggal 29hb August 2013 tarikh yang amat penting buat diri ni tarikh dimana saya selamat menjalani angioplasty atau pembedahan jantung..akibat saluran darah yang tersumbat.. READ di Kedah Medical Center (KMC) so lepas nie kena le tukar gaya hidup kepada lebih sihat kan...pengalaman cukup bererti,,tak leh tension tension..stress stress..hidup mesti kena happy happy..

So my hubby dah bagi warning no more baking baking..so sad...:((...

Camna ya..me minat sangat nak masak nie..rasa tak le tengok oven tu diam tak membakar..aduhhh..pas nie kena sembunyi sembunyi le masak ye..masak boleh hide hide..habih bau..nak hide camna..:o)..tengok le nanti ke plan lain..

Cam hari nie..kita tayang Popia Goreng permintaan si anak teruna..menu ni Makteh yang masak...so kita cuma goreng aja..tersangat le sedap....nya..senang aja resepinya ya..



Jom minum petang..jumpa lagi nanti...terimakasih kerana sudi singah di dapur saya ya..mana yang berkenaan tu ambik aja..harap sudi mencubanya..

Wednesday, 24 July 2013

BUAH MELAKA



Siapa tak suka makan kuih Buah Melaka..rasanya semua orang sukakan..lebih - lebih lagi bila tergigit akan gula melaka di dalamnya...perrrrr  sedap tu.... bukan sahaja senang dan cepat penyediaanya....cantik bila di pelbagaikan warnanya..menarik..

BUAH MELAKA

Tepung Pulut
Gula melaka di potong dadu
Kelapa aka nyiok untuk di salut bersama sedikit garam lebih elok kalau nyiok tu di kukus sebentar agar boleh bertahan lama..
air untuk adunan..

Buah Melaka ni sememangnya kuih kegemaran hamba...diantara kuih kuih melayu....teringat kuih melayu ni teringin lak nak makan Qasidah..aduss sedap tu....sapa tak kenal kuih nie....sayang seribu kali sayang..kuih yang teramatlah senang nak buatnya...dan sedapppp

Ok esok tungu kita perkenalkan kuih nie ya......

Monday, 22 July 2013

MINI MURTABAK


Bersiaran lagi kita selepas semua orang dah jemu melihat kuah durian tu... hik hik hik...maaf  yang teramat sangat..masa agak terbatas untuk mengupdated blog nie..dek kerana sering outstation.. after berbuka dan terawih..badan ni dah layu selayunya yang nampak hanya bantal aja..zzzzzzzzz

Hari nie bersemangat sikit..Monday blues katakan.....Mini Murtabak..juadah berbuka semalam yang kita buat meraikan mak dan adik berbuka di rumah..cepat aja nak buatnya.. semestinya rangup dan sedappppp..memang kalau kuih nie kita buat sendiri dirumah lebih enak memenuhi citarasa tekak. 

Nak resepi ..rasanya semua orang dah pandaikan..Kulit kita pakai spring roll pastry yang ada di jual di pasaran.. intinya ikut suka buat macam inti karipap.atau sardin atau tuna..

Lebih baik di goreng dekat dekat nak berbuka..baru kulitnya rangup..

Ok selamat mencubanya...ya..



Tuesday, 16 July 2013

KUAH DURIAN BERSAMA ROTI DADAR


Assalamualaikum

Hari ni sekali lagi nak tayang kuih muih melayu..buat pembuka selera..rata -rata kat Kedah nie especially kat Alor Setar banyak durian di jual..rasanya tahun nie menjadi sungguh durian hingga harga amatla  murah..

Bila dah banyak nie ramai la yang bersedekah buah durian ni kat kami..sayang pulak bila dah banyak tak termakan la pulak so saya kupas semua buah simpan setengah dalam peti sejuk sebahagian lagi saya buat kuah durian dimakan bersama roti dadar..aka roti jala...





KUAH DURIAN

Isi durian
200ml santan 
1/2 cwn gula
secubit garam
1 helai daun pandan di ikat.

Didih santan _ daun pandan hingga mendidih masukkan gula dan garam..kemudian masukkan isi durian..masak hingga pekat..Siap.


ROTI DADAR/ROTI JALA

1cwn tepung gandum'
300ml santan
1biji telur
secubit garam


Campur semua bahan dan di kisar halus di tapis.. Gunakan pan tidak lekat dadar sekeping sekeping..atau boleh juga di buat seperti roti jala..Siap................

Wednesday, 19 June 2013

DONUT MAYONIES....


Tu dia...montok lagi gebuss..kita punya donut...tapi kita nie tak le semontok donut tu..karang ada pulak yang terperasan  ....:))..
pekena panas panas kejap aja hilang dua tiga ketoi...

Rasanya rakan semua dah PHD bahagian buat donut nie tak yah kita taip resepinya di sini ya..jom layan ja..photo photo yang menawan nie...




Yang teringin tu ambik ja ..ya..kita murah hati ari nie.........

Wednesday, 5 June 2013

CUCOQ JAGUNG


Cucoq Jagung aka Cucur Jagung nama yang diberi oleh Bahasa dan Pustaka....orang kedah sebut Cucoq Jagung aja...walau apa nama atau loghat yang dikenal yang pasti rasanya tetap sama...boleh pedas atau manis..letak cili hidup dgn udang ....kucai sikit..bawang besar se labu...tepung gandum dalam 2 cawan..perasa dgn garam sikit...siap utk di goreng...


Sedap nie..pekena dgn sos cili atau kuah kacang...tunggu apa lagi boleh gaul siap-siap nanti petang tungu goreng aja..mesti lebih rangup ..simpan dalam peti ais dulu...tau..




Tuesday, 7 May 2013

NASI IMPIT KUAH KACANG terbaikkkk


Selamat pagi semua...dah sarapan...makan apa pagi nie....nasi lemak sambal sotong kering atau tosai dengan kuah dal..semuanya tu membuka selerakan pagi pagi nie..kata cerdik pandai sarapan pagi adalah menu wajib untuk memulakan pagi kita kan...biar bertenaga semestinya hari kita akan penuh keceriaan..

Ini ha....hidangan sarapan saya pagi nie...Nasi Impit Kuah Kacang..semestinya my feberat tak kira musim..memang mengenyangkan bila kena pagi pagi..



Mudahkan nasi impit memang mudah didapati..balik rebus aja hingga masak dan lembit..Kuah Kacang banyak edisinya..ikut selera la ya...


KUAH KACANG

15 tangkai cili kering direbus *
3 ulas bawang besar*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 batang serai di titik
1/2 cwn air asam jawa
sedikit belacan*
gula /gula melaka ikut suka

3 cwn kacang tanah yg telah di mesin
air..

Semua yang bertanda * di mesin halus.. tumis dgn sedikit minyak hingga garing..masukkan air asam jawa dan serai..masak lagi 10 minit..bila dah garing masukkan gula..kemudian masukkan air berselang seli dengan kacang hingga semuanya mesra dan likat..



Hidangkan....selamat menjamu selera..

Tuesday, 19 March 2013

KUIH CARA MANIS...semanis..anak dara sorang tu..


Assalamualaikum..bertemu lagi...alhamdulilah...doaku  buat rakan rakan di luar sana yang sudi singgah di dapur ini..salam perkenalan di alam maya...perkongsian minat yang sama..memang menyeronokan  walaupun kadang kadang penat..geram marah bila kadang kadang resepi tidak menjadi..gambar yang di snap kurang cantik..tidak sesekali melemahkan semangat ini terus berkarya..

Hari ini satu lagi resepi mudah ..senang sangat..tetapi semestinya sedap kan...Kuih Cara Manis kesukaan seisi keluarga..pekena secawan teh tinggi dari Cameron..aduhs..habis sepinggan..

Jom kongsi resepi mudah ni..





KUIH CARA MANIS
by hanimmdzain

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar @ santan
1 biji telur
secubit garam
1sdk pes pandan
sedikit pewarna hijau epal

Semua di atas di satukan dan di kisar halus .

Inti

Gula @ ini karipap jika suka @ susu pekat manis..

Gunakan acuan cara@bahulu dgn api perlahan tuang adunan separuh masak masukkan inti kesukaan.

Tutup dgn tudung..masak lagi 5 minit..

Siap hidangkan




Friday, 15 March 2013

APAM BALIK....citarasa Utara


Assalamualaikum..bertemu lagi setelah sekian lama menyepi diri dek kerna jadual kerja yang agak sibuk..kejap KL kejap Penang....sat kat Alor Setar..ari ni ambik off...rindu sesangat nak mengupdated blog kesayangan ku ini...

Apa khabar rakan rakan diluar sana...doakan semuanya sihat sihat ya..

Banyak rancangan hari minggu ni nak membaking senarai kek yg nak di cuba...tunggu ya ..

Hari ni nak kongsi Apam Balik citarasa utara..anak dara sorang tu dok minta dah banyak kali nak makan..jagung dalam tin dah lama beli..makan panas panas ni emm sedap apatah lagi bila butter cair ...

Jom kongsi bahan-bahannya yg cukup ringkas dan mudah..




APAM BALIK ...citarasa Utara.


2 cawan tepung gandum
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cwn gula halus
2 sdk baking powder
secubit garam
2 biji telur

Semua di campur dan di kacau sebati..

Jagung dlm tin

Gunakan kuali non stik..ambik 1 senduk adunan tutup dgn tudung periuk..masak hingga separa masak masukkan jagung , tabur sedikit gula ..secubit butter..lipat dan angkat..

Dah boleh di hidangkan..:o)





selamat mencubanya ya..mesti anak-anak suka..


Wednesday, 20 February 2013

DONAT BALL....so simple


Salam Sejahtera...bertemu lagi ari ni dah hari Rabu...pemanduan  ketempat kerja hari ni rasa lama sangat.....nasib la ada gak asam asam dalam keta tu buat ubat mengantuk....Apa khabar semua ari nie...sihat tak?..

Nampak tak Donat Ball nie...resepi minum petang ari tu...simple aja..senang ...sedap di makan panas panas...bila tak da idea..sila sila la mencuba resepi simple ni..anak anak mesti suka lebih lagi kalau ada lebihan coklat ganache...



DONAT BALL


2 cwn tepung gandum/tepung high protein lagi baik
1 biji kuning telur
11gm yis kering
3/4 gula halus
2 sdb susu pekat manis/susu tepung
secubit garam
air suam secukupnya

Gaul semua sekali masukkan air sikit sikit sampai jadi doh yang lembut. Perap selama 2 jam..bila dah naik2 sekali ganda tu..boleh la buat bulat bulat..kemudian di goreng dgn minyak panas..angkat gaul dengan gula halus or disalut coklat ganache.

Buat seteko teh O...emmm habih sepiring..Donat Ball..

Selamat mencuba....


Monday, 18 February 2013

Pulut Sekaya Utara...


Assalamualaikum..

Bertemu di petang isnin ni....akibat kerja yang berlambak lambak atas meja ni....take 5 kejap  nak release otak yang nak biul tengok target yang belum cantik..:((..cuaca hari ni amat nyaman  sekali tengok sepanjang perjalanan 52km ke pejabat sawah padi terbentang luas..ada dah siap di mesin..ada setengah lagi masih hijau...

Tengok kerenah pemandu sekarang memang kena banyak bersabar.ada yg pecut bagai nak gila ,...ada gak yang pandu macam jalan nie dia yang punya...aduh.sabar aja le..yg penting speed kena ikut sal banyak speed trap....

Apa menu untuk minum petang nanti ..kalau masih tercari-cari..jom pekena Pulut Sekaya..disebelah utara ni pulut susu mudah didapati..banyak terdapat di Padang Besar..Danok..Thailand...nak kulit gebu..selalu la makan pulut...

Resepi dari rakan blogger bila chah ke dapur.terimakasih atas reepi yang best ni .mohon di kongsi bersama di sini...




PULUT SEKAYA


Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 20cm/8 inci):
Sumber : Ibu Mertua/ Chah ke dapur
Lapisan bawah
1 cawan pulut hitam
1 cawan pulut putih
 jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
Santan pekat
Simpulan bahasa daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula

Lapisan atas
3 biji telur
 cawan santan pekat
¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
Gula secukupnya
3 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
Garam

Cara-cara:
  • Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
  • Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
  • Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
  • masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
  • Keluarkan pulut  dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform,  lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang   dan memotongnya nanti.  
Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula. 
  • Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
  • Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila telah masak nanti.  
  • Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...