THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Sunday 30 December 2012

OREN POPPY SEED MUFFIN and Mama Birthday



Bertemu sekali lagi....kalau di ikutkan minggu ni adalah minggu yang paling sibuk..anak anak dah nak mula bersekolah persiapan perlu di sempurnakan..berlari lah ibu bapa sekejap kedai Bata..sekejap kat kedai buku sekolah..bak kat penuhlah kedai kedai peralatan sekolah ...semuanya nak baru...hemmm....poket pun dah mula susut...

Hari ni sempatlah menyelesaikan beberapa tugasan yang tertanggung...kain setinggi gunung kinabalu selesai...gunting rambut anak dara tu pun selesai..kemas peti ais..beres...beli barang dapur pun siap...emmm ...apa lagi..buku sekolah anak anak pun tip top tunggu nak p sekolah aja..wah...best sangat bila semua keja beres...

Hari ni nak kongsi jamuan ringkas bersama ibu dan adik adik tersayang pada sabtu lepas..ceritanya anak dara sorang tu nak buat surprise party utk mama yg sambut birthday 15 disember lepas malangnya mama kena turun KL atas urusan kerja maka tarik muka 14 si anak dara tu..so nak menunjukan betapa terujanya mama bila dapat kek dari anak dara sorang tu..ni..la yang berlaku..
jom layan menu menu ringkas utk mama..

p/s for the first time dapat kek dari my angel..anak dara dah besar..thank you dear....



Oren Poppy Seed Muffin nie resepi baru yang di cuba..not bad...terasa orennya..nanti saya add kan resepinya ya...


 surprise kek....tersangat la sedapnya...


 Laksa Utara



Coklat Tiramisu dan Makaroni Goreng

Friday 28 December 2012

CREPE with PANDAN FILLING


Assalamualaikum..

Salam Jumaat penghulu segala hari...sepuluh jari disusun memohon maaf kerana lama sangat diri ni menyepi dek kerana kesibukkan kerja..

Selesai sudah percutian kami sekeluarga 2012..emm hope to share wt u all nanti ya..tinggal lagi  3 hari 2012 akan meninggalkan kita...Harapan biarlah 2013 yang bakal datang nanti akan lebih menceriakan..

Ok..bagi menghilangkan rindu ..jom kongsi Crepe with Pandan Filling..rasanya tak payah la nak kongsi resepi sal semua dah pandai buat..dek kerana demam crepe nie kan..




Jumpa lagi nanti ya... salam sayang buat semua pengunjung pengunjung hanimmdzain...


DAAAAAAAAAAAAAA

Thursday 6 December 2012

NEW YORK CHEESE CAKE


Assalamualaikum..salam sejahtera

Selamat bertemu kembali..semoga hari ni lebih ceria dari semalam..ya...

Buat hubby selamat mengembara Cross Border Thailand -Loas- Cambodia-Vietnam bersama rakan rakan riders..bermula semalam 5 hb hingga 15hb Disember.Semoga dirahmati sentiasa di dalam perjalanan nanti ..love u always..enjoy ride..ya..jangan lupa hadiahnya nanti ye...

Hari ni nak terus ke hidangan yang cukup istimewa..permintaan my sweet heart Alyssa yang nak sangat mama buat kan..hari hari dok tanya..New York Cheese Cake..

Cake yang sedap ..mewah dengan rasa cheesenya..yang seronoknya punya la senang sangat nak buatnya..Kalau kat secret receipi ni boleh tahan harganya.




NEW YORK CHEESE CAKE

500gm philladephia cheese( 2 ketul)
3 biji telur
1cwn gula castor
1sdb parutan kulit oren/lemon
1sdb lemon juice

Biscuit Oreo
1/2 cwn Butter di cairkan ( utk kulit atau crustnya ya )

Hancurkan biskut dicampurkan dengan butter cair..masukkan ke dalam loyang. sejukkan dlm peti ais selama 20minit.

Putar cheese dan gula hingga lembut dan gebus. masukkan parutan kulit oren/lemon dan juice nya. gaul sebati.Masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga gebu.Masukkan ke dalam crust tadi dan bakar selama 1 jam.

Setelah siap dibakar sejukkan kedlm peti ais semalam.

Siap .


Bagi peminat peminat cheese..tunggu apa lagi..

Selamat mencuba...Jumpa Lagi.

Sunday 2 December 2012

KARIPAP PUSING


Bertemu lagi....semoga rakan rakan di luar sana berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Jutaan terimakasih yang tidak terhingga bagi rakan rakan yang sudi mengintai dapur saya yang tidak seberapa ini..terimakasih juga bagi yang sudi berkongsi idea idea dan resepi resepi yang cukup istimewa...bagi saya yang baru berjinak jinak dlm blog dan juga masakkan ni..tunjuk ajar dari senior amat dinantikan.


Bila membaca blog kekawan yang mencuba resepi baru..diri ni dah tak boleh duduk diam lebih lebih lagi resepi resepi yang begitu dramatik..macam lah hidangan saya hari ni..Karipap Pusing...tak termimpi boleh buat sendiri..memang tak pandai langsung nak buat ni..kalau karipap biasa tu ok la..tapi yang ni yang berpusing pusing memang tak reti nak buat..


Terimakasih kepada rakan blogger Cahaya Shiela SPICES JOURNEY DISINI yang sudi berkongsi step by step ..semoga perkongsian ni diberi ganjaran dariNYA..mohon dipanjangkan disini untuk yg baru utk mencubanya.




 

 

Pusing jangan tak pusing....meletup............... 



Memang rangup..sedap...bestnyaaaaaaaaaaa...menjadi sebiji dua biji and dapat 24 biji..TerimaKasih Cifu


 

KARIPAP PUSING

A.

1 cwn tepung gandum

2sdb margerin
2sdb shortening
1/4 air + 1sdk garam(gaul semuanya uli dan bahagi 4 bahagian)

B.


2 cwn tepung gandum

1/2 cawan minyak panas
secubit garam
1/2 cawan air sejuk.

( gaul semuanya uli dan bahagi 4 bahagian)

INTI..ikut suka ya ..macam buat inti karipap inti daging /ayam/sardin..masak biar kering sedikit ya.



1.  Ambil 1 bahagian B..canai nipis kemudian masukkan A.di tengah        tengah bulatkan  macam sebiji bola ..ketepikan.

2. Ambil sebiji doh tadi canai lagi nipis kemudian gulung dan direhatkan 10 minit.


3. Potong kepada 6 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai nipis untuk membentuk sebiji karipap..masukkan inti dan klim tepi.


4. Buat sampai habis..adunan ni kita akan dapat 24 biji.


5.  Goreng dengan minyak panas. Kekuningan bolehlah diangkat.


Untuk pembelajaran yang lebih tepat boleh lah merujuk kepada link Cahaya Shiela ya..


Jangan lupa mencuba..mesti tidak menghampakan.


TERBAIKKKKK



Saturday 1 December 2012

DURIAN CREPE....


Assalamualaikum ...Selamat berhujung minggu..yang sedang bercuti bersama keluarga tu enjoy the time dengan anak anak ya...

Yang kan rumah macam saya nie ..selamat beristirehat..sedang buat apa tu...mungkin ada yang tengah sibuk dengan hidangan makan petang hari nie...

Fenomena Crepe sedang melanda dikalangan blogge blogger sekarang nie..tak terkecuali saya disini..bila tengok gambar yg dipost kekawang teringin pulak nak merasanya..semuanya cantik cantik dengan pelbagai intinya..rata rata semuanya kata sedap..so tercabar la diri nie nak cuba..so..ni ha..hasilnya...






Memang benar ...rasanya memang sedap...tersangatlah ..ruginya  kalau belum  mencuba...


Pelbagai resepi yang dapat kita baca di kalangan kawan kawan blogger...boleh lah cuba mengikut kesesuaian..

Yang pasti memang meletup...............

Thursday 29 November 2012

KUIH KETAYAP INTI KELAPA


Hai..jumpa lagi hari nie..apakhabar semua..sihat kan...

Hari nie tak kerja kerana membawa anak teruna sorang tu jumpa dengan pakar Ortopedic di Kedah Medical Centre..dah banyak kali dok komplain bahagian dibawah lutut sakit bila tunduk sewaktu sembahyang..nampak bengkak sedikit dikedua dua lutut tu..so set the appointment hari nie..seawal jam 8.30 pagi dah sampai..selepas X Ray..alhamdulilah..tiada apa apa yang perlu di risaukan..cuma perlu makan ubat insyallah..akan baik mengikut beredaran usia anak remaja..

So bila cuti ni mula lah mereka reka makan petang ..Petang tadi Aiman dan Alyssa pi swimming dgn rakan rakan so..inilah juadah selepas balik dari kelas swimming tadi..

Kuih tradisional Ketayap Inti Kelapa .senang aja nak buat..ni kuih my feberat ...jom tengok bahan-bahannya.



KUIH KETAYAP INTI KELAPA


Bahan Untuk Kulit

300 gm tepung gandum
650 ml air pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak


Masukkan semua bahan ke dlm blend, dan kisar.... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dlm pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....
Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas... siap!!!


Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul 


Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

Selamat mencubanya ya..Bye jumpa lagi ........................

Wednesday 28 November 2012

PEACH with WHIP CREAM


Bertemu sekali lagi...

Hari ni nak kongsi khasiat buah Peach..walaupun buah nie kurang digemari tak macam buah durian atau rambutan di Malaysia..khasiatnya tiada bandingan.bagi saya buah nie adalah buah kegemaran saya no 1..selalunya dalam peti ais mesti ada setin dua buah nie..

Jom kita sama-sama baca apa ada dalam sebiji buah yang digelar Peach.




Khasiat Buah Peach (Persik)


Buah yang banyak ditemukan di daratan Cina ini, kaya akan vitamin C, yang bermanfaat untuk menjaga sistem imun tubuh kita. Jadi, kalau kita sedang banyak melakukan kegiatan dan merasa kurang fit, makan buah peach secukupnya.
  • Meski teksturnya lembut, buah peach ini kaya serat. Makanya, sesuai sekali untuk membantu  organ pencernaan. Apalagi untuk yang sedang melakukan program diet.

  • Buah yang musimnya ada di bulan Mei sampai Oktober ini memiliki kandungan mineral seperti besi dan potassium. Besi berguna untuk melancarkan proses metabolisme tubuh. Sementara potassium, dipercaya bisa membantu mengurangi resiko tekanan darah tinggi dan sebagai komponen penting untuk kekuatan otot kita.

  • Peneliti menemukan buah ini termasuk dalam snack rendah karbohidrat. Kerana peach memiliki kandungan air yang cukup banyak. Setiap buahnya hanya mengandung sekitar 60 kalori.

  • Seperti buah apel dan plum, kulit peach adalah bahagian buah yang paling bernutrisi.  bahagian ini mengandung konsentrasi vitamin, mineral, dan antioksidan terkaya.

  • Kandungan vitamin A yang kaya, membuat peach dipercaya dapat mencegah kanser dan baik sekali untuk penglihatan kita.







Emm memang sedap dan banyak khasiatnya..jangan lupa mencubanya ya..

BANANA MOIST CAKE


Bertemu lagi ya...selamat pagi...semoga pagi nie semua rakan rakan seceria mentari bersinar pagi nie..

Apa rancangan hari nie.....apa pun yang ingin dilakukan harap semuanya berjalan lancar..

Hari ni nak kongsi sebiji kek yang dibuat semalam ..bila tak ngantuk tu mulalah tangan nie gatal nak membaking..Banana Moist Cake ..yummy...




























BANANA MOIST CAKE

A.

200gm tepung gandum
1sdk baking powder
1sdk soda bicarbonat
secubit garam

semua diayak

B.

3 biji telur
150gm gula kastor/gula perang pun boleh
120 minyak jagung
1sdk esen pisang

Gaul sebati B..kemudian masukkan A..gaul sebati..masukkan dlm acuan dan di bakar 50minit.


Jumpa lagi ya..ceria selalu..



Sunday 25 November 2012

CHEESE PUDING with OREO


Assalamualaikum...

Hari nie hari minggu..tapi tak cuti hari nie kena kerja ..so bawa lah si anak dara tadi ke tempat kerja nun jauh di Changlun dekat dekat Bukit Kayu Hitam...ye...sempadan Thailand...bila drive sorang sorang nie bosan juga so bawa Scha boleh gak sembang sembang sepanjang 120km tu..


Hari nie tak nak taip panjang panjang sal la nie dah nampak bantal dan selimut....letih...


Nak kongsi Cheese Puding with Oreo yang sempat di buat sebelum pergi kerja tadi..dah lama kempunan nak try puding nie..terimkasih pada sifu kita Ita di masam manis yang menghidangkan resepi yang menawan hati..mohon di panjangkan perkongsian di sini..terimakasih daun keladi...


Jom tengok bahan bahannya..





CHEESE PUDING WITH OREO
Resepi diadaptasi dari resepi CHEESE PUDING
By: Along Roz / Ita di masam manis....

13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya - ita tambah

Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tpg kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

Tuang ke dlm loyang atau acuan. Ita layerkan dengan biskut oreo. Susun Biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.




Saturday 24 November 2012

FAMOUS AMOS COOKIES


Bertemu lagi....

Apa khabar semua rakan rakan blogger ? Harapan biarlah ceria gembira bersama keluarga tersayang..

Walaupun kadang kadang penat ..letih..marah bila banyak kerja kerja rumah yang perlu di selesaikan..lebih lebih lagi bila anak anak ada di rumah ..kejap aja kemas..kalih belakang aja dah semak balik..belum cakap bab memasak..baru habis masak utk sarapan..tu tup dah tengahari..masak makan tengahari pulak..sat gi petang nak makan petang lak....sabar sabar...yang penting air tangan kita ni kaum ibu yang membuat anak anak ternanti nanti setiap hidangan..

Famous Amos cookies ...permintaan si anak teruna..ari tu..bila kerja kat Penang sempat beli cookies ni..bawa balik..punya le depa suka..kalau selalu beli boleh senget poket ni..so cuba cuba baking..menjadi..tak sempat nak masuk tupperware dah habis..

Jom tengok bahan bahan yg mudah dan pastinya rangup..



FAMOUS AMOS COOKIES

2 1/2 cwn tepung gandum
2 sdb serbuk koko
2 sdb susu tepung
2 sdb tepung jagung
1/2 sudu soda bicarbonate
secubit garam

( semua bahan bahan di atas di ayak)

250gm mentega
150gm gula kastor
1 biji kuning telur
1sdk esen vanilla

coklat chip dan kekacang

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang..masukkan telur kuning dan vanilla..bila sebati masukkan adunan tepung yang di ayak tadi

Bulat bulat kan bakar selama 10minit dgn suhu 150.




Selamat berhujung minggu...

Tuesday 20 November 2012

BINGKA SUSU LEMAK MANIS



Ingat lagi kata kata arwah Abah...kuih muih melayu ni kalau tak lemak kerana santannya  manis gula merahnya..tak nama kuih muih Melayu la..lagi lagi kalau lah Kakak sulung saya Norhayati Md Zain yang membuatnya..memang tak leh lawan..apatah lagi kalau dapat makan Serawa..atau Bubur air tangan nya..memang peh...tersangat lah sedap ..cukup lemak manis .... 

Terimakasih Kak Yati kerana menjadi peminat No 1 hanimmdzain@blogspot

Ari nie nak juga saya tayang kuih Bingka Susu atau kat Kedah nie kami namakan Bengkang Susu..bahan bahan sudah semestinya secukup rasa...menjadi feberat saya sepanjang zaman.

Senang aja nak buat..tapi lagi sedap kalau kita dapat bakar bingka nie macam dulu dulu..dalam periuk di letakkan pasir atas api minyak tanah dan  di letakkan tudung periuk yang ada bara sabut kelapa dan arang..wah aromanya..memikat...

Dulu bila mak bakar bengkang malam kami adik beradik kena tungu esok pagi baru mak potong bengkang tu..sampai di bawa mimpilah nak makan bengkang..:)



BINGKA SUSU LEMAK MANIS

1 1/2 cwn tepung gandum
2 cawan santan pekat
2 cwn susu cair
4 sdb susu pekat manis
3 biji telur
1 cwn gula perang/pasir
1sdk vanilla
2 sdb tepung kastard
secubit garam
1sdb mentega

Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Masak sekejap atas api perlahan.Sedikit pekat tuang dalam acuan di sukai. Bakar selama 30minit 170.

Boleh juga di tabur sedikit bijan putih dan hitam.

Setelah masak sejukkan baru di potong dan hidang dengan secawan kopi panas..





Monday 19 November 2012

BROWNIES WITH STRAWBERRY


Strawberry week katakan..so layan la ye gambar strawberry lagi tak habis dlm peti sejuk tu...hik hik hik...

Selamat bertemu lagi ya rakan rakan semua....emm..semoga sihat sihat semuanya..
Bila cuti cuti sekolah nie mama nie kena la rajin sikit..anak anak asyik lapar aja...jom kongsi menu petang kami Brownies  sangat la..moist...terasa coklatnye..yang bestnya bahan-bahannya pun ringkas aja







BROWNIES

A

2 cawan tepung gandum
1cawan koko
1sdk baking powder
1/2  sdk soda bicarbonat
1/2 sdk garam ( diayak semuanya)

B

3 biji telur
1cawan susu full cream
1 cawan mentega cair
1 1/2 cawan gula perang
1 cwn air panas (gaul sebati )

1/2 cawan badam
1/2 cawan biscuit oreo di ramas kasar kasar


Satukan A dan B hingga sebati..masukkan badan dan biscuit oreo. Masukkan dlm acuan yg di lapis kertas. Bakar 170 selama 30 minit.

Hidangkan dgn sedikit coklat ganache dan buah buahan di sukai.




Mesti cuba tau..senang sedap dan cepat....

Jumpa lagi ya........

Sunday 18 November 2012

STRAWBERRY WEEK....awesome


Selamat bertemu lagi...emmmm sedap tak terkata bila dapat makan strawberry segar segar di Tanah Rata Cameron Highland jumaat lepas..memang belasah cukup cukup..manis..segar..ditambah dengan lemak manis coklat tu..

Hari nie nak tayang gambar buah kegemaran saya di carta no 1..emmm sudah semestinya Strawberry Coklat...






 

 

 

Aiskrim strawberry ditambah dengan strawberry filling yang manis ...aduhs.....sedap tak terkata.....

Yang teringin tu ambik aja mana yang suka ya.....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...