THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Friday 30 March 2012

CHOCOLATE OREN MUFFIN



 Salam pagi jumaat....Assalamualaikum...mulakan  dengan kalimah Bismillah......selalunya bagi yang berkerja macam saya...bila dah sampai hari jumaat best giler sal esok dan Ahad bolehlah berkampung kat rumah ....berkerja seharian kekadang membuat diri ini sedikit down..bila mana kerja yang tak pernah habis habis membuatkan terasa diri ni asyik mencari harta dunia dan sedikit lalai tentang akhirat..


Apatah lagi gejala sosial yang semakin tenat ni merasakan bila seharian di office..anak anak membawa hal masing masing..bila dihitung masa bersama anak anak untuk sehari...membuat hati semakin risau..untunglah bagi kaum ibu yang tidak berkerja..setiap masa penuh dgn anak-anak..


Tapi kaum ibu yang berkerja macam saya jangan risau.,.sekarang system dah canggihkan..mobile phone skg dah macam beg duit sentiasa melekatkan..so jadikan alarm utk check anak-anak yang kat rumah tu..or send aja SMS..lagi baik sesekali alert mereka dalam FB...ahh..kan dah canggih..


Sekian renungan bersama hari ni..hik hik hik...


Jom sarapan..nak makan apa hari ni..semalam megodek godek dapur terjadilah chocolate oren muffin ni saja buat untuk kudapan Aiman dan Alyssa kat rumah...




Bahan-bahannya


1 cawan tepung + 1sdk baking powder + 1 cawan koko powder + 1/2 sdk garam halus( di ayak 2 kali)
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 sudu besar oren sunkist


Putar minyak gula dan telur hingga gebu..kemudian masukkan adunan tepung yang di ayak..akhir sekali masukkan oren.Putar hingga sebati dan masukkan kedalam acuan.Bakar selama 30 minit dgn suhu 170.



Buat kakak tersayang Norhayati Md Zain Kangar Perlis yang selamanya menjadi pegunjung NO1 hanimmdzain@blogspot ni..ucapan I Love Uuuuuuu...sokongan dari adik-adik Norhawani Md Zain di Putra Jaya.serta...Norhafiza Md Zain di Alor Setar..anak saudara tersayang Anas @Nor Hafni Shazriyanti dan semua saudara mara..Terimakasih selamanya....

Wednesday 28 March 2012

OUR DINNER TONIGHT......sweets dream


Sebelum melelapkan mata malam ni..nak kongsi menu makan malam ari ni..simple aja...acara malam ni meClearkan peti ais yang dah sarat..dgn bermacam macam barang sampaikan dah tak muat lagi..so malam ni masak mee goreng basah dgn segala sayur sayuran..udang dan sotong  ..kentang goreng..cheese black pepper sausage..


Pengajaran dari hari ni..lain kali sebelum top up stok makanan sila check dulu apa yang patut di habiskan..



Selamat makan malam dan selamat beradu..mimpi yang best best tau....



anak dara datuk tinggi,

buat gulai ikan tilan,

Datuk Tua xade gigi,

Bila makan kunyah telan.



berderak2 sangkutan dacing

bagaikan putus diimpit lumpang,

bergerak-gerak kumis kucing,

melihat tikus bawa senapang.



pokok pinang patanya condong,

dipikul ribut berhari2,

kucing berenang tikus berdayung,

ikan di laut berdiam diri.





JOM MAKAN MAKAN DI PUNCAK MUTIARA CAFE

 Assalamualaikum...Salam Rabu..mentari dah mula bersinar pagi ni selepas hujan petang semalam..harapan biarlah panas hingga ke petang...apa khabar rakan taulan semua..kalau kurang sihat tu cepat cepat ambik ubat ya..


Pepagi ni nak kongsi lagi satu tempat makan yang dah menawan hati kami sekeluarga..tempatnya..menunya..aduh..best sangat..


Tempat ni di kenali sebagai Puncak Mutiara Cafe , Kampung Pelet, Butterworth ..boleh search di sini   DI SINI YA.. berasaskan pondok pondok..tempat yang luas..dan makanan yang rambang mata..semuanya memang best..Jom kita layan gambar gambar ni ya...jaga-jaga jgn dok meleleh ayak liur pula nanti...




 Nasi Beriani + Ayam merah + kambing + Telur rebus+sambal + sayuran 



 Chicken Chop Ayam Black Pepper




 Lamb Chop sos Black Pepper





 Ni best boleh makan 4 orang punyalah besaq..Ais Kacang



 Fruit juice..Tembikai, Carrot, Apple



 Love Boat Ais Krim..Alyssa punya..tak le kongsi kongsi..kedekut betoi la Sya ni..




 Ha..jangan tak caya..ni la menu yang menarik kami ke sini...punyala sedanyannnnnnnnnnnnn.......satu cucuk RM2.00 aja...



 Panorama





Pasai best sangat kita tanya sekali lagi...he he he he....

Harga disini..setaraf le dengan tempatnya yang menarik dan menu menunya yang sedap..angaran menu seperti diatas..untuk kami 4 beranak dalam RM200...apa salahnya bayar lebih sedikit kalau layanannya yang cepat dan rasanya yang WOI..memenuhi citarasa kitakan..Love your self....

Tuesday 27 March 2012

BINGKA JAGUNG ISTIMEWA

Assalamualaikum..selamat petang..bertemu untuk sekian kali...doa saya semua rakan taulan berada dalam keadaan gembira dan sihat selalu..Hari ni dah Selasa  ..kejap ya masa berlalu...biarlah apa aja yang kita lakukan setiap hari di rahmati Allah .

Dentuman gurun kedengaran kuat sekali di luar..nampak gaya nak ribut lagi macam semalam..lapuran berita semalam menyatakan sebanyak 63 rumah di kawasan Jitra ranap akibat hujan dan ribut kuat..harap kuatkan semangat dan banyak bersabar menempuh dugaan ini..

Hari ni nak kongsi lagu satu resepi sajian minum petang atau juga boleh di jadikan menu pagi..Bingka Jagung Istimewa..sajian ringkas dan cepat untuk di sajikan..Rasanya lemak manis jagung dan santan sedap aja masuk dalam perut ni..

Jom kita tengok bahan-bahanya.
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan pekat
1 tin jagung krim
3 biji telur
1sdk garam
1/2 cawan susu cair.

Semua bahan-bahan di gaul sebati..masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak..





Ok selamat minum petang dan selamat mencuba ya..Terimakasih atas kesudian singgah di blog saya.

C u al lagi................

Monday 26 March 2012

OREN CHEESE TART

Assalamualaikum...


Salam pagi Isnin..salam keberkatan..selamat berpuasa bagi yang berpuasa sunat hari ni atau ada yang dah start puasa ganti...apa khabar..pagi ni...semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu..Bermula minggu baru...hari ni...tingkatkan semangat kerja...walaupun pepagi ni mood cuti masih berbaki...buang jauh jauh segarkan minda demi menjalankan kerja yang di amanahkan...mulakan segalanya hari ni dengan ucapan Bismillah........................


Hari ni awal pagi saya dah sampai ke tempat kerja..nak mengupdated blog ni sebelum..meeting bermula kejap lagi...Nak share resepi yang dah lama nak cuba buat..Oren Cheese Tart..sebenar benarnya saya belum pernah rasa atau makan cheese  ni..tapi oleh kerna biscuit ni amatlah cantik..tak sabar nak mencubanya..




Resepi di intai dari dapur Ita..masam masam manis  SINI   blueberry cheese tart step by step ..terimakasih yang tidak terhingga pada ita yang sudi mengajarkan step by step cara membuatnya..memang saya ikut sebiji sebiji..cuma intinya saya tukar kepada oren filling..terimakasih sekali lagi..mohon di panjang disini bagi berkongsi dengan rakan rakan sealiran yang ingin mencubanya...




Berpeluh juga nak membuatnya..ikut aja step by step..mesti jadi..insyallah...


Inilah hasilnya selepas siap di bakar..aduh..memang best sangat..Aiman dan Alyssa memuji muji kesedapanya..habis la sorang 2 3 biji...


Tunggu apa lagi jangan takut nak mencubanya...


Saturday 24 March 2012

MEE GORENG MAMAK

Assalamualaikum

 Selamat berhujung minggu..apa khabar...hari ni off day ..tak ada plan ke mana mana ..Alyssa pun kurang sihat so..relax kat rumah aja...dapat le berabih lipat baju dan basuh segala baju yang perlu..cuaca yang panas terik cepat aja kain baju kering.. 


Pagi tadi sempat jalan jalan kat pasar tani...breakfast nasi dagang..bestnya...Alyssa dengan nasi lemak dan otak otak..macam macam yang dia nak..so sesekali jalan pasar tani mama pun ikut aja..so dia pun membelila..sat nak donut..pas tu mangga..pas tu nak murtabak pulak..Alyssa oi...perut besaq mana ni semua nak makan...


Kesian pulak orang demam..ikut aja..last last mamala yang berapih....


Hari ni share lagi satu resepi yg menjadi feberet seisi keluarga..Mee Goreng Mamak..resepi di ambil dari 365 1hari 1 Resepi..Istimewa Chef Hanieliza..banyak sangat resepi resepi yang ingin di cuba bila membelek buku ni...


Rasa mee yang berbeza dan semestinya tersangatlah sedap...





Resepi nya


1 bungkus mee
100gm daging
1 paket kek ikan
1 peket bebola ikan
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu besar cili kisar
1sdb rempah kari
1sdb kicap pekat
2sdb minyak masak
1 labu bawang besar(dicincang halus)
3 biji telur
3 biji cili hijau (utk hiasan)
sedikit cucur udang (saya tambah)

 Cara mengorengnya.


1. Panas minyak.Tumis bawang,cili ,rempah kari..goreng hingga garing.
2. Masukkan daging kacau rata.
3. Tambah kek ikan bebola ikan.
4. Masuk kicap dan mee..taugeh dan sawi..kacau rata.
5. ketepikan mee pecah telur di tengah tengah kuli.
6. Biar telur masak sedikit kemudian kacau sebati dgn mee tadi.Masak mee hingga garing.
7. Hidangkan.






Selamat menjamu selera...



Ok jumpa lagi ya..selamat merelax kan diri manja manja kan diri sendiri ya...

Thursday 22 March 2012

BEEF BURGERS SEMPOI

 Assalamualaikum....kembali bersua..dek kerana timbunan kerja yang tak pernah habis habis terpaksa lah berblogging malam malam ya..kalau ikutkan penat memang le penat..tersangat.la...letih  ...driver long distance ni memang mencabar..dek kerana minat mencari kawan di alam maya ini..ku gagahi..kudrat ni utk mengupdated blog..malam pun malam la...


Aduh...kalau dah nama pun pompuan..kalau tak masuk kedapur maka tak makan le anak anak n my hubby...kalau asyik dok beli bungkus..memanjang..alamat....pakat pindah dok dekat restoran la ye...


Masa dok bawa keta tu terfikirlah menu apa nak masak malam ni..teringat nak try buat daging burger sendiri..dok baca dlm ternet ni macam senang aja..tambahan pula bila teringatkan resepi yang di tonton 30minutes with Rachel..ok gak..so..daging kisar dah ada..why not buat...so maka terjadi la..Beef Burger Sempoi ni...




 500gm daging kisar
1sdk garam
2 sdb sos lada hitam
1sdk lada sulah
1 biji labu bawang besar di potong dadu halus


Sos burger


1sdb butter
2sdb tepung
1 biji labu bawang besar
sos lada hitam
2sdb tomato sos
2sdb chili sos
garam dan gula secukup rasa.


cairkan butter..atas api..kemudian masukkan tepung..masukkan bawang besar..goreng sedikit..masukkan sedikit air..sos tomato dan cili..serta sos lada hitam..rasakan dgn gula dan garam..biar agak pekat..angkat . Boleh lah digunakan utk sos burger kita..


semua diatas di gaul sebati..kemudian bulat macam daging burger..then bolehlah di grill atau di goreng dgn bedikit butter sehingga masak..senangkan..


Hiaskan dengan roti..cheese dan salad serta bawang bagi menambah rasa..


Senangkan..sesekali cubalah buat daging burger sendiri memang mudah nak dapat ready burger..but bila buat sendiri lebih terasa dagingnyakan....












Tuesday 20 March 2012

SOFT BANANA CAKE

Assalamualaikum...


Bertemu sekali lagi..apa khabar semua pemgunjung pengunjung blog hanimmdzain..hari ni berN3 malam -malam la pulak..actualy nak masukkan entri ni pagi tadi..dek kerana bos dok melekat kat office banyak le masalah nak di bincangkan..


Ok ..nak melancong dahpun ...settle ..so back to normal la ya...kalau la boleh nak jalan hari hari syokkan... kalau tak yah kerja...melancong je...tengok tempat orang...apakan daya..tak termampu la pulak...


Selepas puas kembara..jom kita jenguk dapur  pulak...apa resepi kali ni...


Hari ni nak kongsi satu lagi resepi kek yang memang best sangat Soft Banana Cake..rasanya yang sangat gebus...nak baking pun amatle senang..semua boleh buat pakat campak je.


Jom kita tengok bahan-bahanya..




2 cawan tepung kek
6 biji telur
1 cwn pisang emas yg di lecek halus(pisang apa pun boleh)
1 cawan gula halus
1sdk soda bicarbonat
1sdk esen pisang
1 1/2 cwn margerin
200ml susu segar
1 sdk garam


1. Pukul gula dan margerin hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen pisang
4. Campurkan tepung kek dan soda.., garam masukkan sikit sikit dalam adunan telur tadi.
5. Campurkan susu kedlm adunan kek.kacau sebati.
6. Campur pisang emas yg di lecek tadi kacau sebati
7. Tuang dlm acuan yg di leser dgn sedikit margerin dan bakar selama 30minit suhu 170C.







Sila lah mencubanya ya...


Kemumu di tengah pekan          
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
   Bagai rumah tidak berdinding







Monday 19 March 2012

BESTNYA CUTI CUTI KE KRABI ISLAND THAILAND..day 2

Masih lagi di Aou nang Krabi Island...kalau nak ikutkan gambar yang diambil beratus ratus keping masakan semua tempat tempat di sini menarik dan cantik.. kalau nak letak semuanya dalam blog ni alamat jam le internet ni nak loading ..so..saya pilih pilih aja gambar yg ada.. ya...kalau nak lebih lagi kena le datang berkunjung ke sini..gerenti berbaloi..




Berposing di center of this Island..sebelum berangkat pulang tengahari ...percutian di sini memang best..setiap negara yang kita lawati akan ada pelbagai keistimewa tersendiri..bak kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan..insyallah kami akan ke sini lagi..yang pastinya akan terus berkunjung ke Phuket..

So end of day one..kami bertolak balik pada pikul 1tengahari 17hb March 2012..perjalanan di teruskan ke Hatyai city of south Thailand...


Selepas menempuh perjalanan selama 4 jam dari Krabi Town kami sampai ke bandar Hat Yai pada jam lebih kurang 5.30 petang..Bandar Hat Yai agak sibuk dengan kenderaan ..so tujuan kami ke sini hanya nak melihat Floating Market yang baru di buka... ala ala Bangkok River...jom kita lihat apa pulak cerita di sana...




FLOATING MARKET AT HAT YAI , THAILAND



Floating market satu lagi tempat tumpuan pelancong ke sini ...baru aja di  buka di bandar Hat Yai ini.. yang istimewa kebanyakkan peniaga adalah perempuan yang membuka gerai di atas sampan- sampan..unik juga..segala mak nenek juadah ada di jual ..boleh di katakan kesemua bertanda halal..dan mereka juga fasih berbahasa melayu..jom kita layan gambar-gambar yang di snap  oleh Mr Hubby..


Ramainya manusia...

 

Yang ni best dan unik..beli Oren juice or air kelapa dapat bekas air yang unik pilih aja..bentuk jar..hello kitte..coke..doremon dlln..harga THB25 ..RM2.50..murah kan..kreatif..

Ambik kau..nak jagung rebus colour apa semua ada..purple..mix purple n yellow...

Potato spring..best gak..THB2 ..RM2.00 le

Sea food...

 
Aiman pilih yang ni bekas air dalam buluh...

 
jagung rebus yang di rebus dengan daun pandan..

 

Nasi Arab THB25..murah boleh le tahan..

 
Penghibur jalanan ada ayam ..kura kura...

 
Cara bayar peniaga menghulurkan raga..kita masukkan duit aja...

 
Yang ni tiram yang di masak dalam acuan..agak agak adunan nya macam telur di campur dengan santan atau susu..not bad...THB20

 
Pemandangan dari jauh..air sungai tu tak berapa clear...macam air nescafe..

 
Yang ni cantik...agar agar pelbagai bentuk...

 
Me and my two lovely son and daughter..both of them memang ikut minat yang sama macam me and my hubby..tak pernah mengeluh walau jauh perjalanan..usia mereka masih muda..tapi dah jauh perjalanan mereka ..so dah habis cerita untuk kali ini..ada yang tanya kemana pulak kembara kami...tunggu ya ..




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...