Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam pagi Isnin..ayoh..kerja..kerja..bermula hari pertama dalam minggu ni....jangan lupa bersarapan dahulu sebelum mula kerja ya....minggu ni agak mencabar bagi saya..kerja agak padat...insyaalah yang terbaik akan saya berikan buat syarikat yang di sayangi..
Hari ni nak kongsi satu resepi yang menjadi feberat saya..resepi ni ciptaan saya sendiri..hasil gabungan yogurt dan cranberry memang sedap sekali ..jom kita tengok resepinya yang ringkas senang aja nak buat..
DRIED CRANBERRY SHORTBREAD BARS
from : hanimmdzain@blogspot.com
Bahan -bahannya
A.
1 cawan tepung gandum*
1sdk baking powder*
1sdk soda bikarbonat*
1sdk garam halus * ( * semua di ayak 2 kali )
B.
1cawan yogurt perasa strawberry
1/2 cawan minyak
200ml susu segar
5 sdbesar susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
semua diatas di campur dan di kacau sebati.
C.
Buah - buahan campuran kering
Almond slice utk hiasan
Satukan A + B..kacau sebati..kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah di lapis dgn kertas dan di sapu mentega..hiaskan dengan buahan-buahan..Bakar selama 30minit ..sebelum di keluarkan tabur slice dan bakar lagi dlm 5 minit..
Potong selepas kek sejuk..
Rasanya memang sedap sangat ..gebus..potong dan simpan dlm tupperware..
Rasa masam manis cranberry memang menjadikan kek ni lengkap ...
Ok selamat mencubanya ya..tak rugi mencuba kek yang senang dan sedap..sesuai di hidang utk makan petang..
Jumpa lagi esok....jOm KeRja.....
No comments:
Post a Comment