THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label cuti cuti..... Show all posts
Showing posts with label cuti cuti..... Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Jalan Jalan di Tasik Beris Lake Resort, Sik Kedah Darulaman.


Assalamualaikum  ..apa khabar?
Sihat?..emmmm..macammana cuti panjang..mesti ada yang letih bercutikan..bila dapat berhimpun bersama keluarga ini lah saat yang paling di nantikan..

Jom kita kongsi penjelahan kami sekeluarga di Negeri Kedah negeri kelahiran saya..banyak lagi tempat tempat yang belum habis di terokai..mengambi, kesempatan cuti panjang minggu lepas my hubby ajak kami anak anak beranak ronda ronda tengok tempat tempat air terjun..tasik di negeri kelahiran kami ni..bermula dari kaki Gunung Jerai ke..Lata Bayu Yan....air terjun yg menarik..terus ke Ladang Anggur Sik..dan berhenti di D'Puncak Beris Lake Resort..



 Tempat percutian menarik yang pertama kali kami sampai..memang best sekali kalau dapat berhimpun bersama kaum keluarga..jauh dari kepesatan bandar..tenang sunyi ...

Boleh tengok di SINI  kalau ada yang berminat...Jom kongsi photo photo kami di sini....




Chalet chalet..harga memang berpatutan...



Cantikan..........






Pelbagai aktiviti memancing..kepulau pulau kecil..memang menarik...

Kita jumpa lagi ya..nanti..di tempat yang lain pulak...

Enjoy....

Monday, 28 May 2012

Wah.....bestnya ...Tour di Ladang Bunga Cameron Highland

Assalamualaikum 

Aduh rindu benar pada semua sahabat sahabar blogger semua..baru beberapa hari tak mengupdated rasa macam bertahun meninggalkan dunia blog ini.

Ha ...apa khabar semua..mesti semua sihat dan ceria selalu..actually tuan tanah ni kurang sihat..bila dah berada atas tanah tinggi ni cuaca sejuk mendorong mata ni asyik layu aja..al maklum cuti kan..mestilah membalas dendam tidur secukupnya..bangun aja..mulalah kepala ni berdenyut denyut membawa sampai ke rumah..ye le biasanya mana pernah tidur siang..pengajarannya jangan ikut nafsu tidok..

Ok ..bukan sekali bukan dua kali dah banyak kali percutian yg dipilih utk cuti sekolah kali ni ..kemana lagi kalau bukan Cameron Highland LAGI..nak buat lagu mana pilihan anak anak..Kali ni percutian di CH dipenuhi dgn acara melawat Ladang Bunga..memang teruja benar kami sekeluarga.

Selalunya kalau kat CH..nak tengok bunga kalu..kat pasar aja le..tapi kali ni kami berpeluang melawat ke Ladang Bunga yang biasa jarang benor orang ramai dibenar melawat terus ke Ladang..rezeki kami kali ni ada kawan yang sudi membenarkan kami melawat ke ladang-ladang kepunyaanya.

Jom kali ni saya nak bawa semua pembaca ke Ladang Bunga Cameron Highland..opsss kalau ada yang berkenan tu petik aja..FOC..:)))))


 Ni model tak berbayar...asyiknya...ada bau ke Scha...


 Cantik 


 Segar...

 Merah...


 Aiman dan Alyssa..enjoy..

 Cantinyaaaaaaaaaaaaaaaa



Apa lagi dapat dikatakan subhanaallah...cantiknya ciptaan mu...
 Thanks my Hubby..love u so much...cakap aja nak kemana sampai le kami sekeluarga jiwanya suka tengok ciptaan Allah ..dunia yang luas ni..


Yang ni paling cantik..kekwa putih cantik sangat macam modelnya..sweets...




 Kekwa di letak jala agar bunga tak rosak..


 Mamat ni pandai mengubah bunga..sempat sambar bunga fresh dipetik terus dari Ladang harga wow...tak percaya...murahnyaaaaa...:)





 Bunga Tulip sekali tengok macam bunga plastik

 Pemandang Ladang Teh...sejuk mata memandang...


Tara...............Alyssa..dah macam gambar hindustan le pulak..Kaho na Phia...

Ok hope u all enjoy the photo....

Jumpa lagi esok..DAAAAAAAAAAAAAAA:)

Wednesday, 28 March 2012

JOM MAKAN MAKAN DI PUNCAK MUTIARA CAFE

 Assalamualaikum...Salam Rabu..mentari dah mula bersinar pagi ni selepas hujan petang semalam..harapan biarlah panas hingga ke petang...apa khabar rakan taulan semua..kalau kurang sihat tu cepat cepat ambik ubat ya..


Pepagi ni nak kongsi lagi satu tempat makan yang dah menawan hati kami sekeluarga..tempatnya..menunya..aduh..best sangat..


Tempat ni di kenali sebagai Puncak Mutiara Cafe , Kampung Pelet, Butterworth ..boleh search di sini   DI SINI YA.. berasaskan pondok pondok..tempat yang luas..dan makanan yang rambang mata..semuanya memang best..Jom kita layan gambar gambar ni ya...jaga-jaga jgn dok meleleh ayak liur pula nanti...




 Nasi Beriani + Ayam merah + kambing + Telur rebus+sambal + sayuran 



 Chicken Chop Ayam Black Pepper




 Lamb Chop sos Black Pepper





 Ni best boleh makan 4 orang punyalah besaq..Ais Kacang



 Fruit juice..Tembikai, Carrot, Apple



 Love Boat Ais Krim..Alyssa punya..tak le kongsi kongsi..kedekut betoi la Sya ni..




 Ha..jangan tak caya..ni la menu yang menarik kami ke sini...punyala sedanyannnnnnnnnnnnn.......satu cucuk RM2.00 aja...



 Panorama





Pasai best sangat kita tanya sekali lagi...he he he he....

Harga disini..setaraf le dengan tempatnya yang menarik dan menu menunya yang sedap..angaran menu seperti diatas..untuk kami 4 beranak dalam RM200...apa salahnya bayar lebih sedikit kalau layanannya yang cepat dan rasanya yang WOI..memenuhi citarasa kitakan..Love your self....

Monday, 19 March 2012

BESTNYA CUTI CUTI KE KRABI ISLAND THAILAND..day 2

Masih lagi di Aou nang Krabi Island...kalau nak ikutkan gambar yang diambil beratus ratus keping masakan semua tempat tempat di sini menarik dan cantik.. kalau nak letak semuanya dalam blog ni alamat jam le internet ni nak loading ..so..saya pilih pilih aja gambar yg ada.. ya...kalau nak lebih lagi kena le datang berkunjung ke sini..gerenti berbaloi..




Berposing di center of this Island..sebelum berangkat pulang tengahari ...percutian di sini memang best..setiap negara yang kita lawati akan ada pelbagai keistimewa tersendiri..bak kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan..insyallah kami akan ke sini lagi..yang pastinya akan terus berkunjung ke Phuket..

So end of day one..kami bertolak balik pada pikul 1tengahari 17hb March 2012..perjalanan di teruskan ke Hatyai city of south Thailand...


Selepas menempuh perjalanan selama 4 jam dari Krabi Town kami sampai ke bandar Hat Yai pada jam lebih kurang 5.30 petang..Bandar Hat Yai agak sibuk dengan kenderaan ..so tujuan kami ke sini hanya nak melihat Floating Market yang baru di buka... ala ala Bangkok River...jom kita lihat apa pulak cerita di sana...




FLOATING MARKET AT HAT YAI , THAILAND



Floating market satu lagi tempat tumpuan pelancong ke sini ...baru aja di  buka di bandar Hat Yai ini.. yang istimewa kebanyakkan peniaga adalah perempuan yang membuka gerai di atas sampan- sampan..unik juga..segala mak nenek juadah ada di jual ..boleh di katakan kesemua bertanda halal..dan mereka juga fasih berbahasa melayu..jom kita layan gambar-gambar yang di snap  oleh Mr Hubby..


Ramainya manusia...

 

Yang ni best dan unik..beli Oren juice or air kelapa dapat bekas air yang unik pilih aja..bentuk jar..hello kitte..coke..doremon dlln..harga THB25 ..RM2.50..murah kan..kreatif..

Ambik kau..nak jagung rebus colour apa semua ada..purple..mix purple n yellow...

Potato spring..best gak..THB2 ..RM2.00 le

Sea food...

 
Aiman pilih yang ni bekas air dalam buluh...

 
jagung rebus yang di rebus dengan daun pandan..

 

Nasi Arab THB25..murah boleh le tahan..

 
Penghibur jalanan ada ayam ..kura kura...

 
Cara bayar peniaga menghulurkan raga..kita masukkan duit aja...

 
Yang ni tiram yang di masak dalam acuan..agak agak adunan nya macam telur di campur dengan santan atau susu..not bad...THB20

 
Pemandangan dari jauh..air sungai tu tak berapa clear...macam air nescafe..

 
Yang ni cantik...agar agar pelbagai bentuk...

 
Me and my two lovely son and daughter..both of them memang ikut minat yang sama macam me and my hubby..tak pernah mengeluh walau jauh perjalanan..usia mereka masih muda..tapi dah jauh perjalanan mereka ..so dah habis cerita untuk kali ini..ada yang tanya kemana pulak kembara kami...tunggu ya ..




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...