THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Thursday 12 January 2012

LAPIS AYU ...juadah minum petang


Bismillah...


Assalamualaikum..dan selamat petang...hari ni cuaca amat baik sekali..cerah aja sampai ke petang ..sempat le kering kain baju kat penyidai tu ..tinggal lagi proses melipat aje...




Kekadang nak settle lipat baju ni ..a.. duh...lama gak le masa nak selesai..malas betoi ....alangkah best if  otak jepun ni boleh cipta mesin melipat baju or tidak ada  Doremon dalam dunia nyata ni ..boleh le pinjam kejap..alat melipat baju.....


Lipat baju tak settle..tapi mai sini nak cerita satu menu yg telah memberi Sy 5 ****....kenapa ye..sal dah banyak kali cuba tak pernah jadi jadi..tup tup..tara......................


Kira dah berjaya la ye..ok..mai kita tengok bahan-bahannya..resepi diambil dari My Resepi Kak Fida..terimakasih ya kak kerana share resepi yang sedap sangat..minta izin disini untuk sama-sama kongsi ..hanya Allah sahaja yang membalasnya..


 

Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 inc. )


  • BAHAN A :-

  • 250 g gula pasir (resipi asal 300 g )
  • 200 ml santan pekat (KARA)
  • 250 ml air + 1 sk garam

  • BAHAN B :-

  • 150 g tepung beras
  • 150 g tepung ubi (tapioca flour)
  • 20 g tepung pulut
  • 300 ml santan pekat (KARA)
  • 150 ml air


  • BAHAN C :-

  • beberapa pewarna pilihan
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan 
  2. biar suam.
  3. Bahan B disatukan dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan 
  5. adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  6. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap 
  7. lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam 
  8. loyang sebelum dipotong.









Ok jangan lupa mencubanya ya..kuih yang rasanya lemak manis...boleh dijadikan minum petang atau pagi..kuih ni kalau nak cuba kena banyak sabar ya..sal nak tunggu lapis demi lapis but hasilnya...best...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kak anim..kagum adik..terer jer..halus jer lapis dia..tak comot..cantik..

    ReplyDelete
  3. tu le lepas ni tak buat dah sal ambik masa lama kena ukur detail n kena kukus elok-elok..time pun kena tengok tak le lebih kukus ..dua tiga kali dah try ni le baru jadi sikit..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...