THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday 4 January 2012

FISH N CHIPS...

Bismillah.....

Sekadar renungan..

Pengakhiran Yang Baik (Husnul Khatimah )

Setiap makluk yang hidup di alam dunia akan menempuh alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju hari akhirat iaitu kematian.

Kematian sesuatu yang pasti terjadi,tiada siapa yang dapat melarikan diri daripadanya. Allah sw.t berfirman yang bermaksud :" Setiap yang bernyawa pasti akan mati.  Dan pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan balasan kamu.  Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka ia telah berjaya ." (Surah Ali 'Imran 3:185)

Itulah nikmat bagi mereka yang beriman iaitu diberikan kebenaran yang indah apabila bermujahadah dalam kesusahan yang singkat semasa di dunia. Oleh sebab itu,perjalanan kehidupan bagi menempuh kematian itun perlu dijalani berpandu syariat.  Dengan bekal , ia bakal menjadi penyelamat bukan sahaja di akhirat , bahkan semasa menghadapi sakaratulmaut.

Semasa masih berkesempatan marilah kita sama sama memperbanyakkan amal jariah mengumpul saham akhirat sebanyak mungkin tanpa mengira wang ringgit..keringat..janganlah kita sombong dan bongkah hanya kita tidak pernah diuji oleh Allah s.w.t..dengan dugaan dalam kehidupan ini.  Jangan lupa selagi kita menumpang bernyawa di bumi Allah ini kita sentiasa diperhatikan...


Apa khabar hari ni..doakan semoga semuanya diberi kesihatan yang baik....Cuaca pagi ni yang cerah mewarnakan hari ni dengan indah sekali... Dah masuk hari ke 4 di tahun baru ni...

Apa juadah hari ni..Fish n Chips bermintaan Aiman... so penyediaan yang ringkas tetapi berkhasiat...

Jom kita layan gambar-gambar di bawah ya...





 









Tiada menu ya hari ni..semuanya instant..perlu di goreng sahaja..tambahkan sos cili dan mayonis bagi menambah kepedasan...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...