Assalamualaikum..bertemu kembali..hari ni Isnin cuti bagi menyambut Chinese New Year..mungkin ada yang berkunjung ke rumah sahabat...mungkin juga ada yang membuat family gathering bersempena cuti ini..atau ada yang melangsungkan perkahwinan...
Bagi yang tidak ada plan apa-apa..macam saya ..nikmatnya sungguh bila dapat dok teperap kat rumah..tak menang tangan banyak kerja yang tertanggung perlu di selesaikan..masa ni lah kita dapat berkepit dengan anak-anak..dan mereka juga ada aja cerita yang ingin di kongsi bersama..
Ok jom kita ke menu minum petang untuk hari ni..Lasagna Bolognese..dah lama sangat terperap lasagna dalam kotak..dok tunggu hari yang sesuai nak membuatnya..so hari ni maka terlaksanalah misi yang lama tertangguh..jom kita tengok bahan-bahannya
Jom kita buat
6 keping lagsana.
Sos nya
250 gm ayam yang sudah di kisar
1 botol sos bolognese
2 biji bawang besar/holland di potong dadu
cendawan butang di potong halus
10gm mozarela cheese
10gm parmesan cheese
10gm cheddar cheese
sedikit serbuk oregano dan rosemary
10ml susu segar
1/2 sdk garam
1 sdk gula
Tumis bawang besar hingga garing..kemudian masukkan ayam..selepas ayam masak bolelah masukkan sebotol sos bolognese..cendawan..garam dan gula ..agak kering masukkan serbuk oregano dan rosemary.Tuang susu segar dan masak agak-agak 5 minit.tutup api ketepikan.
Ambil loyang susun lasagna sekeping kemudian masukkan sos bolognese yang di masak tadi..susun hingga habis..akhiri dengan sos bolognese..Taburkan kesemua cheese..bolehlah di bakar hingga cheese cair dan garing.
sesekali merasa masakan western ni ok juga..tak payah la membuang duit membelinya di luar kerana cara-cara membuatnsya amat senang.
Selamat mencuba ya...jumpa lagi....bye
Aduh aii..sedapnya..meleleh air liuq tgk..mcm blh bau ja...dh la feberet ni...
ReplyDeletebalik mai aloq staq nanti kita buat kan ya...memang bila baking baunya sedap sangat...
ReplyDeletekepingan lasagna ni nk kena rendam dulu ke terus susun dalam tray ye
ReplyDelete