THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Sunday, 29 January 2012
RAINBOW CHOCOLATE RICE DONUT
Assalamualaikum..
Hari ni Ahad..anak-anak dah mula bersekolah selepas bercuti Chinese New Year..selama beberapa hari..pagi ni jalanraya kembali jam ..spt biasa..ibubapa yang berkerja hari ni..awal dah menghantar anak-anak ke sekolah..bagi kami yang off hari ni..relax la sikit...
Dah sarapan..?
Sarapan apa pagi ni?
Kalau belum bersarapan lagi pagi ni apakata kita pekena Donut dulu...dicicah dengan ayak Kopi..apa nak kata..best sangat..actually Donut ni adalah cubaan saya yang kedua..selepas yg pertama tak begitu memuas hati..kali ni alhamdullilah..menjadi ..gebu ...sangat..
Jom kita buat
500gm tepung gandum
100 gm gula halus
11gm yis kering
4 biji kuning telur
100ml susu segar
100ml air suam
100gm butter
1sdk garam
Bahan-bahan diatas di gaul hingga tidak melekat di tangan..dan kembang ..kemudian rehatkan doh selama 1 jam. selepas 1 jam bolehlah di perap dgn acuan donut ataupun dibulat-bulat..rehatkan doh lagi selamat 20 minit.
Panaskan minyak..kemudian bolehlah di goreng donut tadi.Hiaskan mengikut citarasa masing-masing.
Donut ni amatlah gebu dan sedap sangat..walaupun di simpan hingga kepetang donut still lembut.
Jangan lupa mencuba ya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment