THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Friday 27 January 2012

Talam Pisang Emas

 Assalamualaikum


Salam Jumaat..penghulu segala hari..maafla ye..bersiaran agak lewat..tuan tanah hari ni kurang sihat...bertambah dengan kerja pejabat yg menanti so jam ni le sempat meng Updated blog ni..


Hari ni nak share satu lagi resepi yang agak ringkas tapi sedap lemak manis rasa pisang emas..Talam Pisang Emas.Menu di pinjam dari ibu tersayang..warisan turun temurun..memang tak boleh menang kalau lawan memasak dengan mak ni..apa aja yg di masak memang best sangat..so nak kongsi di sini salah satu dari resepinya..


Jom kita buat


2 cwn tepung gandum
2 cwn pisang yg di lenyek
1 cwn santan pekat
1/2 cwn gula
1/2 sdk garam
10gm buah kismis


Bahan -bahan di atas di gaul macam nak buat cucur kodok..selepas sebati masukkan buah kismis dan di kukus 30minit atau hingga masak.



Sedikit renungan bersama


AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad). 
 
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...