Bismillah...
Assalamualaikum
Salam di pagi jumaat penghulu segala hari...apa khabar..doa di panjat semoga di beri kesihatan yang baik..dirahmati dunia dan akhirat...di kelilingi anak-anak yang soleh dan solehah...dijauhi dari godaan syaitan dan iblis..di jauhi dari lalai mengerjakan solat ...Amin..
Cuaca cerah pagi ni..menjadikan mood kita pun secerah mentari pagi...dah sarapan...kalau belum cepat-cepat isi perut tu dulu...kalau dah tak ada idea nak makan apa pagi ni..jom kongsi Chicken Tortilla Wrap .
Actually menu ni di buat untuk dinner semalam..masih ada lagi 2 keping tortilla so saya bekalkan ke pejabat..save le breakfast ...
Jom kita buat
1 bungkus tortilla (yg ni perasa kentang)
dada ayam or chicken nugget di goreng
Salad,Tomato, Timun , Lobak Merah
Mayo and cili sos..
Mozarella cheese
Parmesan cheese
Bungkus semuanya spt gambar..grill 5 minit atau sehingga cheese cair...kemudian boleh di hidangkan.
menu sihat boleh di amalkan semasa berdiet..memang best sangat di makan panas-panas..
Opss jangan lupa minuman kegemaran saya RIBENA..
Sebelum berundur pagi ni sedikit renungan bersama
BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari). Kesimpulan Hadis: 1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah. |
blog ni sgt bahaya tgk bila perut tgh lapaq...
ReplyDeletesemlm cucuq jagung..
arini tortilla plak..aduh..menguji kesabaran la bila buka pepagi...
meman pun nak bagi semua pengunjung blog ni meleleh leleh ayaq liur bila tengok gambar gambar yang di sajikan..
ReplyDeleteselamat breakfast ye...