THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday 19 September 2012

BUBUR NASI LEMAK MANIS


Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi satu resepi turun temurun yang dah lama kita tinggalkan...resepi yang menjadi feberat my hubby..dah lama minta saya buatkan..katanya dulu-dulu masa dia kecik kecik nilah..bubur yang menjadi feberatnya..setiap pagi jumaat bubur ni akan di hidangkan buat jiran tetangga..kenduri pagi jumaat..

Sinonim dgn negeri Jelapang Padi..di Kedah ni bila aja padi di tuai..padi baru nilah yang kita selalu buatkan kenduri..ada yang buat kenduri beras baru..kenduri satu kampung..

Bagi mak saya pulak ..Bubur Nasi Lemak Manis nilah yang akan menjadi jamuan pagi Jumaat bila aja ada beras baru..beras baru ni lebih wangi dan tentulah lemak dan manis..

Bukan susah sangat nak buat pun..tapi nak dapatkan rasa sama dgn ibumertua ku buat tu yang susah..nasib le kami berdua ni dok satu kampung ..boleh le tanya tanya adik beradik resepi mak nya...

Wah bila aja my hubby rasa satu sudu..senyum lebar le dia..katanya emmmm sedap macam maknya buat..
lepas le satu ujian..he he he..

Bubur nasi ni sedap di makan dengan pisang emas atau susu pekat manis..atau kita boleh kurangkan gula masa memasak bubur ni dan tambahkan gula diatas bubur bila nak makan..sedap bila tergigit gula tu..



Ok..apa kata..sesiapa yang nak cuba..bolehlah dapatkan resepi diatas nie..tak cuba tak tahu..mesti rasa baru jatuh cinta..kalau yang tak ada beras baru tu bolehlah dapatkan beras wangi yang banyak dijual kat kedai ya..






Ok jumpa lagi ya.....

3 comments:

  1. x penah makan bubur mcm ni..nnt bole la try..:)

    ReplyDelete
  2. Welcome back..dah lama menghilang rindu la pulak nak singgah blog anas. Bagi tau bila nak balik rumah maktok. Nanti maktam buatkan sedap tsu nas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...