THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday, 24 September 2012

PULUT SEKAYA JAGUNG


Bertemu lagi ya...

Pagi ni saya dalam perjalanan ke KL menghadiri mesyuarat..insyallah esok balik ..Hope semuanya berjalan lancar...ada exam lagi...harap harap to get a good result for my career..

Wah Pulut Sekaya jagung u...punyalah kembang semangkuk I u..bila tengok Pulut nie menjadi dengan jayanya....saja cuba cuba buat dengan jagung krimer..emm memang sedap ...

Nak cuba jom tengok resepi di bawah..resepi ni diilhamkan dari rakan blog yang tidak asing lagi  Bila Chah Ke Dapur..SINI
resepi yg di kongsi oleh Chah memang yang terbaik..mohon dipanjangkan perkongsian di blog hanimmdzain semogo diberi ganjaran pahala dariNYA yang maha ESA..terimakasih dari saya...








PULUT SEKAYA JAGUNG


Lapisan Pulut (Bawah)

2 cawan pulut putih
Santan pekat (anggaran 2 1/2 cawan * tak perlu habiskan jika pulut sudah lembut)
Sedikit garam
Secubit gula
Daun pandan


Cara-cara:
  • Basuh pulut dan rendam pulut kira-kira 1 jam.
  • Jika lebih lama direndam, pulut akan lebih cepat masak.
  • Kukus hingga masak.
  • Semasa sedang mengukus pulut, masak santan dengan garam dan secubit gula.
  • Masukkan daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
  • Biar mendidih kecil dan tutup api.
  • Bila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus.  Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga pulut menjadi agak lembut dan santan menjadi sebati dengan pulut.
  • Masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut lembut dan berkilat. Jika agak-agak masih keras, percikkan dengan sedikit santan dan kacau rata.
  • Ambil dua sudu pulut untuk setiap warna yang dikehendaki dan letakkan pewarna pilihan. Tidak perlu gaul rata.
  • Campurkan pulut yaBahan-bahan untuk lapisan atas:



    Bahan-bahan untuk lapisan atas:


    2 cawan santan pekat
    1 tin jagung krimer 
    Gula putih secukupnya dlm 6 sdb
    1 sudu besar tepung gandum
    1 sudu besar tepung kastard
    1 sudu besar tepung jagung
    3 biji telur
    Sedikit garam


    Cara-cara:

    Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Tuang perlahan-lahan dalam loyang yang telah diisi dengan bahagian pulut tadi. Kukus hingga masak. Pastikan penutup pengukus sentiasa dilap untuk mengelakkan air menitis atas kuih
  • Siap.Potong bila sejuk.







2 comments:

  1. sedapppnyyya nanti buat lagi.....

    ReplyDelete
  2. Waaa anim...patut ar rasa nk bwk tiffin biru ala cmg punya bila terjah sini...hehe..lama x buat...duhh lembek2 tu yg sedap n wangi jagung tu...tq sbb sudi cuba

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...