Ingat lagi kata kata arwah Abah...kuih muih melayu ni kalau tak lemak kerana santannya manis gula merahnya..tak nama kuih muih Melayu la..lagi lagi kalau lah Kakak sulung saya Norhayati Md Zain yang membuatnya..memang tak leh lawan..apatah lagi kalau dapat makan Serawa..atau Bubur air tangan nya..memang peh...tersangat lah sedap ..cukup lemak manis ....
Terimakasih Kak Yati kerana menjadi peminat No 1 hanimmdzain@blogspot
Ari nie nak juga saya tayang kuih Bingka Susu atau kat Kedah nie kami namakan Bengkang Susu..bahan bahan sudah semestinya secukup rasa...menjadi feberat saya sepanjang zaman.
Senang aja nak buat..tapi lagi sedap kalau kita dapat bakar bingka nie macam dulu dulu..dalam periuk di letakkan pasir atas api minyak tanah dan di letakkan tudung periuk yang ada bara sabut kelapa dan arang..wah aromanya..memikat...
Dulu bila mak bakar bengkang malam kami adik beradik kena tungu esok pagi baru mak potong bengkang tu..sampai di bawa mimpilah nak makan bengkang..:)
1 1/2 cwn tepung gandum
2 cawan santan pekat
2 cwn susu cair
4 sdb susu pekat manis
3 biji telur
1 cwn gula perang/pasir
1sdk vanilla
2 sdb tepung kastard
secubit garam
1sdb mentega
Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Masak sekejap atas api perlahan.Sedikit pekat tuang dalam acuan di sukai. Bakar selama 30minit 170.
Boleh juga di tabur sedikit bijan putih dan hitam.
Setelah masak sejukkan baru di potong dan hidang dengan secawan kopi panas..
No comments:
Post a Comment