THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Sunday 17 June 2012

KARI KETAM DENGAN NENAS MADU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..maaf la ye dah dua tiga hari tak sempat mengupdated blog ku ini..Jumaat dan Sabtu..yang lepas bawa anak anak makan durian kat Balik Pulau Penang..so bermalam di TM Resort ..walaupun bercuti tuan tanah kurang sihat..demam..batuk..so kurang la sikit nak bergumbira..hik hik..bila pulak belasah makan durian brand Champion lagi bertambah le demam nie...nak buat gu mana tak tahan dugaan dgn durian nie...ramai kawan kawan blogger dok tayang buah durian di sana sini ..semuanya menu yang menyelerakkan..umpppppppp sedap...sedap...




Hari ni Ahad off day la ye...Hari ni cuti Israj Mikraj kat Alor Setar.dan juga Hari Bapa bagi para bapa dan suami suami..ada hidangan istimewa tak hari nie...Hari ni Miss Alyssa merap nak makan Kari Ketam nie la menu paling dia suka samelah dgn Mr Aiman boleh hirup kuah ketam macam makan bubur cha cha..so jom kita tengok resepinya ya..ringkas aja...


KARI KETAM DENGAN NENAS MADU
OLAHAN hanimmdzain@blogspot






6 to 7 ekor ketam biru
400ml santan pekat
2 labu bawang besar di mesin kasar
1 peket rempah kari ketam
2 batang serai di ketuk
garam secukup rasa


Nenas madu yang masak dipotong kecik kecik


Dalam periuk panas kan sedikit minyak..tumis bawang besar dan serai hingga wangi..masukkan rempak kari ketam yg dicampur sedikit air..masak hingga rempah wangi...bila rempah dah wangi masukkan santan..masak lagi hingga santan sedikit didih.masukkan ketam..perasakan dgn garam..last sekali baru masukkan nenas masak..didih lagi 5 minit..tutup api dah boleh di hidangkan..


Sedap dihidangkan untuk makan tengahari atau malam..


Nak rasa kenalah cuba ya...


Ok kita jumpa lagi ya..banyak resepi yang tak sabar nak share dgn pembaca semua ..


LOVE U ALL..............................:)))




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





3 comments:

  1. wow...sedapnye...nmpk myelerakan kari ketam tu..QH xpenah lagi masak ketam tu dikarikan..bleh cuba nnti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam QH..nanti cuba ya..sedap tau..pakai rempah kari udang /ketam cap tarbus..:)

      Delete
  2. Rempah kari ketam cap tarbus ? Mana nak cari ni kak ? Ida tak pernah nampak pun kat KL ni huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...