THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday, 25 June 2012

DADAR DURIAN



 Selamat Pagi semua..Hari ni bermula lagi minggu baru..pejam celik pejam celik mula lagi minggu yang baru..masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita tanpa berpaling ke belakang..tanpa rasa belas..bagi yang manusia lalai..siapa yang rugi masa atau kita..


Bila aja masa berlalu..pantas umur makin bertambah..kesihatan makin menurun..badan sering aja rasa letih..aduh takut bila aja..memikirkan bekalan yang bakal di bawa balik..takkan datang dengan tangan kosong balik pun tiada bekalan...ingatan untuk diri sendiri..


Hai rakan semua...dah sarapan..mai mai nak jamu semua pembaca dengan Dadar Durian..rasanya semua dah pernah buatkan..Hari tu singgah di dapur nieza DISINI   nampak Durian pancake yang menarik ni terus pendam semangat nak try bila musim durian..ha..hari ni dah menjadi cuma nama resepi nya lain sikit..terimakasih nieza kerna share resepi yang best ni..minta di izinkan dipanjangkan di blog akak pulak ya....jom kita tengok resepinya..







DADAR DURIAN


A.  Intinya


Mestilah buah Durian ..ambil isinya dalam 4 cawan.
2 cawan santan pekat + 1 cawan air
2 helai daun pandan
1cawan gula
secubit garam


Dalam mangkuk masak santan+ air bersama gula , daun pandan dan secubit garam hingga mendidih masukkan isi durian kacau sebati sehingga agak pekat macam jem.Ketepikan biar sedikit sejuk.


B.  Dadar


2 cawan tepung gandum
1cawan susu segar
1 biji telur
secubit garam
1sdb mentega
sedikit pes pandan.


Campurkan semua diatas..gunakan blender dan mesin halus..kalau pekat tambahkan susu atau air..Gunakan non stick pan..buatkan dadar nipis nipis..


Masukan inti durian dalam dadar dan gulung seperti gambar..Dah siap ...



 





Selamat mencuba ya..mudah aja yang semestinya peminat durian mesti menyukainya..


Jumpa lagi rakan rakan...thanks kerana sudi singgah blog saya yang serba kekurangan..ini..yang penting sama sama kita memeriahkan dunia berblogging nie...


Love U All.................

2 comments:

  1. molek aje bergulung.. dapat segigit ni sedap ni.. sejuk2 pulak tu waduhhh macam eskrem pun ya... lemak aje kan..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...