THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Sunday, 14 July 2013
AGAR AGAR PELANGI
Sekejap aja masa berlalu..macamana puasa rakan-rakan semua..harap semuanya berjalan lancar..bila puasa nie selera nak makan nie nak makan tu bertambah tambah..kalau ikutkan nafsu nie ..mati kita dek kerana makan..walau bagaimana pun jagalah pemakanan kita ya...yang manis tu kurangkan..begitujuga yang berlemak dan masin..berhati -hati ya ..makan la berpada-pada..nasihat untuk diri sendiri juga..
Tertawan dak dengan agar-agar pelangi di atas...menarikkan..yang bestnya agar-agar nie mudah aja nak buat..yang paling penting kesabaran tu..untuk melapis..jom kongsi resepi ringkas nie..
AGAR-AGAR PELANGI
1 peket agar-agar serbuk
3 cwn air
150ml susu segar
1cwn gula
pewarna hijau,oren, merah, biru
pes pandan utk hijau
pes oren utk warna oren
pes strawberry untuk warna merah
Masak air biar mendidih masukkan agar-agar..dan gula masak hingga sebati. Kemudian bahagikan mengikut warna di sukai...Lapis mengikut warna setiap warna di bahagikan dengan agaragar berperisa susu..setiap lapis mestilah di sejukan.
Untuk adik adik diluar sana yang masih baru berjinak jinak memasak tu silalah mencubanya..memang senang sedap..dan menarik..
Masak agar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rajinnya melapis..
ReplyDeletecantiknya pelangi dia.. :-)
ReplyDelete