THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Tuesday 20 March 2012

SOFT BANANA CAKE

Assalamualaikum...


Bertemu sekali lagi..apa khabar semua pemgunjung pengunjung blog hanimmdzain..hari ni berN3 malam -malam la pulak..actualy nak masukkan entri ni pagi tadi..dek kerana bos dok melekat kat office banyak le masalah nak di bincangkan..


Ok ..nak melancong dahpun ...settle ..so back to normal la ya...kalau la boleh nak jalan hari hari syokkan... kalau tak yah kerja...melancong je...tengok tempat orang...apakan daya..tak termampu la pulak...


Selepas puas kembara..jom kita jenguk dapur  pulak...apa resepi kali ni...


Hari ni nak kongsi satu lagi resepi kek yang memang best sangat Soft Banana Cake..rasanya yang sangat gebus...nak baking pun amatle senang..semua boleh buat pakat campak je.


Jom kita tengok bahan-bahanya..




2 cawan tepung kek
6 biji telur
1 cwn pisang emas yg di lecek halus(pisang apa pun boleh)
1 cawan gula halus
1sdk soda bicarbonat
1sdk esen pisang
1 1/2 cwn margerin
200ml susu segar
1 sdk garam


1. Pukul gula dan margerin hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan esen pisang
4. Campurkan tepung kek dan soda.., garam masukkan sikit sikit dalam adunan telur tadi.
5. Campurkan susu kedlm adunan kek.kacau sebati.
6. Campur pisang emas yg di lecek tadi kacau sebati
7. Tuang dlm acuan yg di leser dgn sedikit margerin dan bakar selama 30minit suhu 170C.







Sila lah mencubanya ya...


Kemumu di tengah pekan          
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
   Bagai rumah tidak berdinding







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...