Assalamualaikum
Salam jumaat..apa khabar...sekarang ni saya sekeluarga sedang berada di negeri Cik Siti Wan Kembang.Kota Baharu , Kelantan..bertolak pagi tadi...datang ke sini bagi menziarahi anak angkat yang sedang di rawat di HUSM Kubang Kerian...hari Ahad ni bertolak balik ke Alor Setar..
Esok dah sabtu..masa berlalu begitu cepat...apa rancangan hari minggu ni...bagi yang bekerja mestilah hari ni di tunggu tunggu dapat bersama seisi keluarga..
Hari nak share lagi satu resepi yang menjadi kegemaran Aiman dan Lyssa..Ikan Bawal Masak Rose..ikan lain seperti Kerapu..Siakap atau genahak boleh juga di masak resepi ini..Jom kita intai resepi ini yang mudah dan semestinya best...
1 ekor ikan bawal5 tangkai cili kering*
3 biji bawang besar*
1 inci halia*
2 ulas bawang putih* ( * dikisar halus)
2 sb sos cili dan sos tomato
2 sb sos cili thai
1cwn susu cair
gula/garam secukup rasa
sedikit daun sup untuk hiasan
Ikan di goreng hingga garing. Kemudian tumis bahan yang di kisar tadi hingga garing..masukkan semua jenis sos masak lagi 5 minit..akhir masukkan susu cair..masak hingga pekat. Tuang kuah di atas ikan..dah boleh di makan
Senangkan.. boleh juga dimakan dengan nasi beriani..nasi arab atau nasi lemak..ok jangan lupa mencubanya ya....
No comments:
Post a Comment