THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday 27 February 2012

RED VELVET CUP CAKE....

 Assalamualaikum

Bermula minggu baru..hari ni...dahpun  penghujung bulan februari..Bagi tahun ni ada 29 februari so sesiapa yang lahir pada hari tu ..tahun ni boleh la sambut happy besday..

Semalam banyak juga resepi resepi baru yang di cuba..biasala..tengah syok membaking ni..saya cuba la satu cup cake yang menjadi kegilaan satu ketika dulu Red Velvet Cup Cake...


Satu kepujian boleh di berikan pada kek ni kerana ke ini sangatlah gebus...kurang manis .

Jom kita buat
2 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan koko powder*
1sdk baking powder*
1sdk garam halus* ( * di ayak bersama )

11/2 cawan gula halus
1/2 cawan mentega atau buttercup
2 biji telur
1sdk esen vanilla

1 cawan susu segar
1sdk pewarna merah  ( masukkan pewarna dalam susu kacau sebati )

1sdk cuka atau lemon jus
1sdk baking soda

 
Pukul mentega dan gula hingga kembang ..kemudian masukkan telur sebiji sebiji pukul lagi hingga sebati , masukkan esen vanilla  dan pukul hingga gebu.  Masukkan tepung koko yang telah di ayak tadi gaul sebati , kemudian masukkan susu yg telah diletakan pewarna.gaul lagi.

Dalam satu mangkuk satukan cuka/jus lemon bersama 1sdk baking soda..biar berbuih..kemudian campurkan kedalam adunan kek tadi..gaul sebati..

Bolehlah dimasukkan ke dalam acuan cupcake dan bakar selama 20 minit..

Tara.....dah boleh di makan..kalau rajin bolehlah di hiaskan dengan cream cheese atau cream well..




 

Kek ni mudah aja nak buatnya..jangan takut nak mencubanya...memang sedap gebus boleh dihadiahkan pada kawan kawan utk hadiah harijadi atau perkahwinan...

2 comments:

  1. Salam kenal cantiknya kertas cupcakes tu heheh yg tu yg saya nampak

    ReplyDelete
  2. hai...salam perkenalan..cantikkan kertas cup cakes tu my anak dara Alyssa yang pilih..biasa la gegirl mesti pilih pink colour..hik hik hik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...