Assalamualaikum
Selamat bertemu lagi di padi isnin yang cerah ini..masih lagi dalam mood bercuti esok dah start kerja balik..
Bila dah cuti panjang panjang ni mula lah mereka reka mencuba pelbagai resepi yang best best...kalau ikutkan hati semuanya nak rasa bila berkunjung kerumah rakan rakan blogger..nak mencubanya..hopefully dapatlah mencuba di hari hari lain..senarai dah panjang ni..
Ok hari ni mai kita pakat pakat rasa Karipap Sardin yang Rangup ni..actually mulut ni dah terasa nak makan karipap inti sardin ni dah lama cuma masa aja yang menghalangnya..bukannya tak dak jual di gerai gerai cuma hati ni nakai sikit nak buat sendiri..tu..kena tunggu hari yang sesuai le..baru menjadi..
Jom kita buat
500 gm tepung gandum
100 gm butter/margerin
1sdk garam
1cwn air ais
1/2 cwn minyak suam
Tepung dan butter di gaul sekali macam serbuk roti..lepas tu masukkan minyak suam di gaul dengan senduk..pelan-pelan masukkan air ais dan garam..gaul hingga menjadi doh yg tidak melekat..pas tu letak dlm plastik dan simpan dlm peti ais selama 1 jam..ni nak jadikan kita punya kulit karipap rangup tau..
Intinya..
1 tin Sardin besar jenama apa pun ok
1 biji bawang
1 biji cili merah
sedikit daun sup
garm secukup rasa.
Semuanya diatas dimasak hingga kering..last baru masukkan daun sup.
Sememangnya bila dapat buat sendiri hati rasa berbunga bunga aja puas hati sangat..ok kalau minat jangan lupa mencubanya ya...
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment