THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 22 May 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Assalamualaikum




Entah kenapa tiba -tiba teringin sangat nak makan kek lapis kukus cream cheese ni..mungkin terkenang keenakkan..coklat dan lemak cheesenya..tunggu apa lagi kodek kodek resepi dari Sifu kita ita masam manis kebetulan semua bahan-bahan memang dah ada..so jalan..

Kek ni dah pernah buat di sini dulu DISINI  ..memang tersangat la sedapnya... 

Mohon dikongsi bersama rakan rakan yang lain..terimakasih buat penyumbang resepi sifu ita...


Memang sesuai sangat untuk di dihidangkan pada tetamu..jom try..




KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair

1/2   cwn plain yogurt ( saya tambah )
1sdk serbuk kopi/nescafe
1/2 sdk oren sunquick
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.


8 comments:

  1. assalamualaikum..
    saya save resepi ye.. :)
    cantek nya.. kemas je buatan... dah tu naik sekata je... mekasihhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. same same...cuba tau ..kejap aja lincin...

      Delete
  2. Replies
    1. tergoda dan di goda...hik.hik..hik..

      Delete
  3. Whoahhh....cantik marble2 plak tu...eceh x tau sebab apa tringin ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kan chah...tringin sebab apa ye.....??? eh eh eh ada ke.....???

      Delete
  4. salam hanim..

    belum penah makan kek ni dan teringin sangat nak buat..kek ni antara kek yang dalam 'waiting list' saya utk dicuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kena cuba kek ni memang sedap...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...