THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Sunday, 5 May 2013
BANANA CAKE WITH PEANUT BUTTER AND CHOCOLATE CHIP
5hb Mei 2013 hari bersejarah bagi negara kita PRU13 ...time time gi ni tengah tungu keputusan la ya...
Sama-samalah kita nantikan masa depan negara kita..buat generasi akan datang ..buat anak anak kita...doakan biarlah kesejahteraan negara Malaysia ini di utamakan...
Ramai juga yang berpeluang kembali ke kampung menunaikan tanggungjawab..sambil menjenguk orang tua..apatah buah tangan yang di bawa pulang tu...?
Bagi kami yang udah tinggal di kampung ni..lepas aja menunaikan tanggungjawab..best gak dapat rehat-rehat kat rumah..
Sambil borak borak nilah menu petang kami sekeluarga Banana Cake wt Peanut Butter and chocolate chip..rasanya yang lembab..emm kejap aja dah habis..nak cuba jom kongsi resepi mudah ni..sharing is caring..joom kongsi apatah sangat resepi sedap ni
BANANA CAKE wt PEANUT BUTTER and CHOCOLATE CHIP
hanimmdzain@blogspot
5 biji pisang berangan/emas dilenyek halus
100 gm gula halus
120 gm butter
2 biji telur
1sdk esen vanilla ( putar hingga kembang dan gebu )
11/2 cwn tepung gandum
1/2 sdk soda bikarbonat
secubit garam
2 sdbesar serbuk koko ( gaul sebati )
1/2 cwn susu segar/susu cair @ 1/2 cwn yogurt asli
1/2 cwn coklat chip
2 sdbesar peanut butter halus
Selepas gula dan butter yang diputar gebu masukkan adunan tepung .kacau..masukkan pisang yang dilenyek dan susu segar..gaul lagi hingga mesra sebati..tambah coklat chip gaul lagi.
Masukkan dalam acuan disukai..taburkan sedikit lagi coklat chip dan paipkan peanut butter diatas adunan dan bakar 170C selama 30 minit atau hingga masak..
Selamat mencuba..memng tersangat sedap...tak rugi tau..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..
ReplyDeleteem, nampak sedap dan menarik kek ni..
memang sedap...mesti kena cuba :o)
Deletetak rasa pun..huuhuhuh..
ReplyDelete