THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday, 15 May 2013

BAKE PASTA

Assalamualaikum




Alhamdulilah ...cuaca hari ni memang segar dan cantik sekali..matahari bersinar awal..cerah..cuaca cerah macamni sesuai sekali nak basuh cadar yang tebal tebal tu...mesti cepat kering..saya ni pantang kalau nampak matahari bersinar terang ni mesti angkut semua cadar sarung bantai yang tebal tebal tu basuh awal pagi jemur di tengah matahari ...aduh..satgi bila kering mesti berbau wangi ....sedap tidur....:o)


Nak makan apa hari ni..kalau yang masih mencari resepi untuk hidangan keluarga tengahari ni apa kata jom cuba Bake Pasta ni..menjadi kegemaran anak anak..sesekali kita ubah selera..kalau asyik makan nasi mesti jemu juga..kan

Hidangan berat dan mengenyangkan..jom semak resepi...


BAKE PASTA


300gm pasta apa jenis pun boleh ( rebus hingga masak)

1 botol sos spagetti saya pakai Kimball perasa original
250gm ayam kisar
2biji bawang besar Holland
1sdk all spices (daun kering times,oregano,dlln)
2sdk serbuk paprika
100gm cheese ( mozarella,parmessan,cedar)
2tangkai daun saderi utk hiasan

tumis bawang hingga garing ..masukkan ayam kisar masak lagi hingga garing ..masuk sos spagetti..masak lagi 10 minit tambah gula dan sedikit garam..ketepikan

150ml susu segar
4biji telur (semua dipukul sebati )

dalam loyang masukkan pasta kemudian sos spageti..dituang sedikit adunan telur dan susu.. tabur cheese ..kemudian diulang lagi hingga habis akhir sekali mesti diakhiri dengan cheese..tabur all spices dan serbuk paprika.bakar selama 20minit 150..

Hidang taburkan daun saderi dan juga sos cili jika suka..

Sedap dimakan panas panas...

SELAMAT MENJAMU SELERA




4 comments:

  1. salam Norhanim, macam lasagna jugak ni kan lebihkurang resepi nya cuma yg ni guna pasta, kira nya sepupu sepapat lasagna jugak lah bi akak pun dah lama tak buat,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makteh maklong kaum kerabat.hik hik hik:-)

      Delete
  2. salam..

    i love pasta..memang sedap n mengenyangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sepinggan..alhamdulilah kenyang :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...