THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday, 15 October 2012

APPLE CRUMBLE PIE


Meriah betul weekend lepas...bila dapat berhimpun adik beradik..memang best sangat..walau hidangan tengahari tak seberapa..habis juga nasi seperiuk..anak anak menakan ni hidang apa pun tiada masalah..masa ni lah maktam nya..membaking untuk makan petang nanti..

Apple Crumble Pie..ni ha..menu petang untuk depa..maktam dah macam buka kelas..bila dok memproses soalan bertubi tubi mai dari depa..pasai apa buat macam nie..pasai apa bubuh tepung nie..boleh rasa dak maktam..bila boleh makan nie...kan seronok bila ramai ramai..nak tergelak pun ada masing masing dok tunggu depan oven...Alia..Mia..Lala..Scha..Aiman...



Resepi diambil dari Sifu kita Ita MasamManis... JENGUK DI SINI YA minta di kongsi ya ita utk tatapan yang lain pulak.memang meletup..sedap sangat...hasil airtangan Ita memang dikagumi selalu...tu la bakat yang di anugerah ilahikan...

Jom tengok resepinya..



APPLE CRUMBLE PIE

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising
Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti
Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.
masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
Ketepikan
Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble
75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat


Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie
Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan
Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple
Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.
Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.




2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    jalan2 terjumpa apple crumble pie... singgah terus... sedapppnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput lah masuk ..rasa lah sepotong..:-)
      e

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...