THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday 9 July 2012

SERIMUKA @ PULUT SEKAYA


Selamat bertemu kembali....apa khabar..diharap  semua rakan taulan sihat dan ceria selalu..kalau ada hal yang tengah memeningkan kepala tu cepat cepat settle kan ya..

Siapa suka makan pulut?..mesti semua orang suka..kata orang pulut nie kalau selalu di makan akan membuatkan kulit kita putih macam pulut susu..sebab tu kan orang orang Siam @ Thailand nie cantik cantik putih melepak aja kulitnya kerana dia orang nie lebih suka makan pulut lebih dari nasi..

Kalau kita makan nasi di sebelah Thailand nie kita akan rasa nasinya lembut macam pulut..
kekadang orang kita tak suka makan pulut katanya buat sakit urat atau angin..yang saya tahu I like pulut..ketupat pulut..pulut makan dengan ikan kering..pulut kacau..emmm semua jenis menu Pulut is my feberat nie lebih lebih lagi Pulut Sekaya..sedapnyaaaaaaa..lemak berkrim...

Resepi Pulut Sekaya ni di ambil dari rakan blogger kita yg cukup saya hormati dengan pelbagai menu yg amat menarik ..photo photo menawan kalbu..siapa lagi kalau bukan BILA CHAH KE DAPUR SILA INTAI DISINI   mohon di izinkan saya berkongsi dengan rakan rakan yang lain..terimakasih yang tidak terhingga kerana sudi berkongsi resepi yang terbaik ini..






SERIMUKA @ PULUT SEKAYA 




Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 20cm/8 inci):
Sumber : BILA CHAH KE DAPUR.
Lapisan bawah
1 cawan pulut hitam ( saya guna pulut biasa )
1 cawan pulut putih
 jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
Santan pekat
Simpulan bahasa daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula

Lapisan atas
3 biji telur
 cawan santan pekat
¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
Gula secukupnya
3 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
Garam

Cara-cara:
  • Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
  • Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
  • Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
  • masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
  • Keluarkan pulut  dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform,  lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang   dan memotongnya nanti.  
Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula. 
  • Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
  • Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila telah masak nanti.  
  • Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.




Ok selamat mencuba ya...sehingga bertemu lagi..terimkasih atas kunjungan anda semua ya...

DAAAA.................................


"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

2 comments:

  1. Di Kelantan, mmg dipanggil pulut sekaya

    ReplyDelete
  2. malam2 tengok pulut ni lapo lah pulak ni apa tengok kilat2 tu dimana nak cari ni???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...