Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa khabar rakan rakan di luar sana..wah seronok sungguh bila tengok rakan rakan blogger yang rajin mengupdated N3 dengan resepi resepi yg semuanya menyelerakan.. dah tak tau yang mana satu nak mencubanya..list pun dah melimpah ruah..semangat tu ada cuba masa yang begitu mencemburi ...macam ni lah orang yg berkerja macam saya..masa amat terhad.
Maafla ya..kesian ..asyik asyik tengok menu yg sama..tak dan semuanya nak buat..bila masak waktu berbuka tak sempat nak snap gambar..masak tiap tiap hari siap dengan kuih muih..habis berbuka semua makanan pun lincin..balik sembahyang terawih mata dah kuyu...
Hari ni hari ke 8 kita berpuasa..macamana setakat nie..anak anak rasanya dah ok kan..bila lepas berbuka aja dah terdengar anak anak bermain bunga api...kejap aja masa berlalu rasanya minggu depan mula lah terbau kaum ibu sibuk membakar biskuit raya pulak..
Macamana persiapan raya semuanya dah lengkap ka?..
Wah macamana hidangan berbuka kami sekeluarga semalam..semuanya permintaan anak anak and my hubby..ya la semalam kan Jumaat..off day...mama aja yang berkerja so rajin lah pulak hubby pi market beli lauk pauk..Jom tengok menunya..
Gulai Ketam dengan Nenas Masak...
Sambal Petai Udang
Ikan Bawal Masam Manis
Air Ribena
Seronok tengok anak anak and hubby makan masa berbuka semalam bertambah tambah..Kan air tangan ibu tu rahsia yg tak dapat di uraikan..
Yang dah terpikat tu intai intai lah resepi di sini ya..search aja..
Buat rakan rakan baru..selamat berkenalan semoga berkekalan selamanya . Rakan lama jemput jemput la berkunjung di dapur saya yg tak seberapa ni..semua komen komen yang di tinggal kan begitu bermakna sekali untuk saya...
..jumpa lagi esok ya ..
Sedapnya gulai ketam tu..fav aiman..ingat dulu dia kecik2 siap hirup kuah lagi...
ReplyDeleteAduhahhhhhaaiiiii kak.....kecur air liur saya tengok gulai ketam tu kak. Rupanya sama betul macam gulai ketam yang ibu saya selalu masak setiap kali saya balik kampung
ReplyDeleteAir tangan ibu memang terbaik walaupun sekadar masak ikan goreng.. sedapnya tak serupa dengan ikan goreng yang orang lain masak ..kan kak ?