THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Friday, 6 July 2012

SAMOSA DAGING LADA HITAM


Assalamualaikum....Salam jumaat..penghulu segala hari...apa khabar sahabat semua..semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah..diberi kesihatan yang cemerlang..gembira bersama keluarga..


Kejap ya minggu ke minggu berlalu..semakin dekat kita dengan Ramadhan..bestnya kan..teringat masa kecik kecik dulu..bila masuk bulan puasa seronok tak terkira sal nak sambut raya..bila abah kejutkan bangun sahur dah terbau hidangan yang mak masak..selalunya yang paling sedap mesti le sardin goreng simple but itu le yg buat kami adik beradik berebut..atau bila ada telur masin..pembuka selera..bertambah nasi macam makan tengahari..


Bila petang hampir buka puasa berebut pulak nak berbalas juadah dgn jiran..selalunya bila dah petang ni..letih puasa dah masuk tahap gaban..tak le nak buat apa dah..masa nie siap simpan semua jenis kuih konon nak makan buka puasa..tak masuk lagi berjenis jenis air..kalau boleh masa tu satu kolah ayak pun boleh habis..hik hik hik bestkan bila kita kecik kecik dulu...kalau boleh bila nak jadi kecik sampai bila bila..












Bila dah dekat raya mak gan abah dah bawa kami berjalan ke pekan beli baju dan kasut raya..bila aja dapat kasut raya aduh..mesti mak simpan bawah katil dlm kotak kasut..takut tak sempat raya.. Masa ni kan kami adik beradik sebelum tidok mesti masuk bawah katil ambik kasut boleh cium bau kasut baru..hati dah berbunga bunga siap letak tepi bantai punyalah seronok nak raya..


How i miss all the story...miss abah..miss the..suasana kami adik beradik bermain..bergaduh..:((..time pass so fast till..make me wonders me also dah makin berumur..





Eh..hampir terlupa..sedap tak nampak my Samosa Daging Lada Hitam..very simple aja nak buat jom share..resepi di ambil dari My resepi hidangan Biduri..minta diizinkan utk dikongsi disini..terimkasih banyak-banyak kerna sudi berkongsi samosa yg best nie..







SAMOSA DAGING LADA HITAM


  • Kulit popia saiz besar secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • >> INTI <<
  • 1 cawan daging kisar
  • 500g ubi kentang-potong dadu
  • 1 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1 sudu besar rempah kari + sedikit serbuk lada hitam 
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1 tangkai daun kari (optional)
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. >>Sediakan Inti:
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
  3. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
  4. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
  5. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
  6. Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
  7. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
  8. Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
  9. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...