THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Friday 14 June 2013

QUICHE AYAM CENDAWAN


Salam pagi jumaat...alhamdulilah..walaupun pagi ni cuaca di sebelah utara ni agak mendung....perasaan dan minda kita ni tak mendung sebabnya pagi nie kita dapat cakap dengan mak kita..ceria aja suara mak kita hari nie...ya allah panjang kan usia mak berikan kesihataan yang baik utk mak...sayang mak sesangat...

Syahdu pulak kita pagi nie....ye...kita nie sensitif sikit kalau hari jumaat..teringat arwah anak.dan .abah..rasa begitu istimewa sangat bila malam jumaat terasa mereka kembali bersama..doakan  mereka berdua di tempatkan di syurga firdaus...tak pernah ...mama lupa utk sedekahkan yassin untuk along dan abah  setiap hari....semoga kita bertemu nanti...ya....

Ok jom makan..sarapan apa pagi nie..hari nie jom kongsi sarapan orang putih Quiche..senang sangat nak buat pastinya sedap...




QUICHE AYAM CENDAWAN


sumber RASA

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung gandum
170gm mentega sejuk |dipotong kiub
8 sudu makan air ais
Secubit garam
 
 
BAHAN INTI:
2 keping dada ayam | dipotong kiub
6 biji cendawan butang |dihiris kasar dan digoreng sekejap
50gm bayam |dipotong kasar
2 biji kentang |dipotong kiub dan direbus
3 biji telur
1 biji bawang besar |dicincang
200gm krim masakan (sour cream) |boleh digantikan krim masakan
200ml susu
200gm keju Cheddar |diparut
Garam dan lada hitam secukup rasa
 
CARA MEMASAK:
1. Untuk penyediaan pastrinya, gaulkan tepung bersama garam dan mentega sehingga sebati dan kering.
2. Kemudian campurkan air ais sedikit demi sedikit dengan garpu sehingga menjadi adunan.
3. Uli sekejap adunan dan bungkus dengan plastik pembungkus makanan. Biarkan sekejap di dalam peti ais selama 30 minit.
4. Untuk intinya, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga lembut.
5. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga masak.
6. Setelah itu masukkan bayam dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan rata, angkat dan
sejukkan.
7. Keluarkan pastri dan canai 5mm menggunakan penggelek. Letakkan ke dalam loyang tat/quiche dan kemaskan bucunya.
8. Sementara itu, pukul telur bersama krim masakan, susu, garam dan lada hitam sehingga kembang.
9. Letakkan inti di atas adunan kemudian
tuangkan campuran telur tadi sehingga
memenuhi quiche.
10. Bakar dalam ketuhar pada suhu 220 C
selama 20 minit kemudian turunkan suhunya
pada 170 C selama 40 mini

1 comment:

  1. Err anim...kitapun baru plan nk call mak ari ni....*-----* minggu dpn besday mak...tp x penah sambut lagi2 sbb satu2 adik beradik lelaki meninggal sama dgn tarikh berthday mak...¦( sedey la plak k.chah rasa....

    Errr quiche tu tinggalkan sepotong utk ai ye....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...