THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Monday, 10 June 2013
Crunchy Cornflakes Chocolate Chips
Assalamualaikum...bertemu sekali lagi di pagi 1 Syaaban yang berkat ini...siapa puasa hari ni...kita puasa hari nie..tapi kita still nak tayang biskut yang sedap nie..alhamdulilah hujan pagi nie turun dengan lebatnya...sejuk aja...sekarang nie pun langit masih kelam lagi..
Semalam kita nie rajin sesangat nak menghabis stok stok yang masih ada berbaki..so kita mereka reka biskut main campak-campak nie..tup tup sedap la pulak...mr hubby siap perabis sebalang sambil tengok movie kat astro...Alyssa kata mama...sya nak bawa pi sekolah esok...sedap la tu...hik hik hik...
Jom kita share biskut campak mencampak nie..:o)
Crunchy Cornflakes Chocolate Chips
200 butter
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn gula perang
2 biji telur
1sdk esen vanilla
Putar butter dan gula hingga kembang..masukkan telur dan esen vanilla..
1cwn tepung gandum
1cwn cornflakes yang dikisar kasar
1cwn nestum
1/2 cwn badam cincang kasar
1/2 cwn coklat chip
secubit garam
1sdk baking powder
secubit soda bikarbonat.
Masukkan kesemua diatas di dalam adunan butter tadi.Ambil satu sudu kecil ..letakkan didalam loyang yang sudah di lapis dgn kertas ..letak adunan jauh-jauh sikit kerana adunan akan mengembang..bila sejuk biskut akan keras dan rangup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment