Wah hujan-hujan nie...sedapnya kalau dapat pekena nasi arab nie dengan ayam rosemary...telan air liur 16 kali dah nie...sabaq je la kita puasa lagi hari nie...resepi nie kita buat cuti agung hari tu...nasi kita pakai beras mongul basmati yang pan....jangggggggg....
Memang suka nya hati bila anak anak kata mamaaaaaa..... sedapnya..ayam ..siap ratah lagi....bolehlah lepas nie buat lagi....
Acar Timun Jepun...
NASI MANDHI
4cwn beras basmati panjang ( basuh rendam 2 jam)
1 inci halia
2 ulas bawang merah
kulit kayu manis/lawang/buah pelaga
2 sdb minyak sapi
6 cwn air
garam secukup rasa.
Panaskan minyak sapi tumis bahan-bahan tumis hingga garing masukkan air..biar mendidih...masukkan beras dan sambung proses memasak nasi kedalam rice cooker macam biasa. Bila nasi masak percikan sedikit pewarna kuning utk mencantikkan nasi.
Ambil seketul arang bungkus dgn aluminium foil..buat lubang di tengah tengah nasi yang dah masak ..letakkan arang tersebut selama 10 minit. tutup nasi ketat ketat. Buang arang dan biar nasi warm.
AYAM ROSEMARY
1 ekor ayam potong 4
6 ulas bawang putih di tumbuk halus
1 biji lemon kulit diparut
perahan lemon
daun rosemary kering ( kita pakai yg segar )
sedikit herba english ( oregano,times,saleri,pudina kita pakai yang kering )
carrot 1 batang
4 biji kentang
2 labu bawang besar
Semua di atas diperap selama 3 jam..kemudian dibakar 1 jam 200c..mesti di tutup dgn aluminium foil semasa di bakar ..10 minit terakhir buang aluminium foil bakar lagi api atas sahaja hingga garing.
No comments:
Post a Comment