THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Friday 27 May 2011

mai kita pakat cuba.......


Lapis roti berdaging


Roti nak expired jangan biarkan terbuang... sesuai untuk sarapan atau minuman petang...

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...