THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Tuesday 14 January 2014

COCONUT CHEESE CAKE

 Assalamualaikum



Alhamdulilah..bertemu lagi ...apa khabar rakan semua semoga sihat bersama keluarga tersayang.Harap-harap mood berblog ni sentiasa berkobar-kobar...sayang sangat ni..kadang-kadang masa yang membuat tak cukup tangan..

Anak-anak dah pun kembali kesekolah..pagi-pagi tu sunyi sekejap rumah...petang..ja..seronok mendengar celoteh anak-anak dok sembang hal hal sekolah...

Hari ni nak kongsi kek yang cukup sedap..senang ja nak buat..Kek kelapa berkeju..jom kita tengok bahan-bahannya boleh dicuba untuk menu petang. Terimakasih yang tidak terhingga buat zilaforever kerana sudi berkongsi resepi yang sedap..nie..mohon dikongsi bersama rakan  rakan semua..

KEK KELAPA
resepi dari zila norazila

Bahan-bahan

5 biji telur ayam gred A
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
300 gram kelapa parut putih
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1sdk esen vanilla
cheedar cheese secukupnya di sagat

Cara -caranya

Satukan tepung gandum , baking powder ayak.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan sedikit esen vanilla
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak , gaul rata
Masukkan kelapa parut dan ratakan sehingga sebati
Akhir sekali masukkan minyak masak
tabur cheedar cheese secukupnya
bakar 30 minit atau sehingga masak.



senang dan mudah kan...cuba tau..semestinya..sedapppp

3 comments:

  1. Syioknyaaa... mesti rasa lemak2 gitew kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Gee..memang bila tergigit nyiok didalam kek...emmmm sedap

      Delete
  2. Assalamuaalaikum namapk sedap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...