Assalamualaikum
Alhamdulilah..bertemu lagi ...apa khabar rakan semua semoga sihat bersama keluarga tersayang.Harap-harap mood berblog ni sentiasa berkobar-kobar...sayang sangat ni..kadang-kadang masa yang membuat tak cukup tangan..
Anak-anak dah pun kembali kesekolah..pagi-pagi tu sunyi sekejap rumah...petang..ja..seronok mendengar celoteh anak-anak dok sembang hal hal sekolah...
Hari ni nak kongsi kek yang cukup sedap..senang ja nak buat..Kek kelapa berkeju..jom kita tengok bahan-bahannya boleh dicuba untuk menu petang. Terimakasih yang tidak terhingga buat zilaforever kerana sudi berkongsi resepi yang sedap..nie..mohon dikongsi bersama rakan rakan semua..
KEK KELAPA
resepi dari zila norazila
Bahan-bahan
5 biji telur ayam gred A
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
300 gram kelapa parut putih
1 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1sdk esen vanilla
cheedar cheese secukupnya di sagat
Cara -caranya
Satukan tepung gandum , baking powder ayak.
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan sedikit esen vanilla
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak , gaul rata
Masukkan kelapa parut dan ratakan sehingga sebati
Akhir sekali masukkan minyak masak
tabur cheedar cheese secukupnya
bakar 30 minit atau sehingga masak.
senang dan mudah kan...cuba tau..semestinya..sedapppp
Syioknyaaa... mesti rasa lemak2 gitew kan...
ReplyDeleteAssalam Gee..memang bila tergigit nyiok didalam kek...emmmm sedap
DeleteAssalamuaalaikum namapk sedap...
ReplyDelete