THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Friday, 15 February 2013
PASTRY SARDINE ROLL
Assalamualaikum...salam petang jumaat...doakan semuanya gembira bersama keluarga tersayang..
Emmm agak lama berdiam diri dek kekangan kerja yang padat membataskan..diri..but untuk hari ni I'm..on leave..so happy dapat duduk rumah diam diam ..buat handphone still berdering non stop...:o)...
Dah minum petang..kalau belum jom buat Pastry Sardine Roll untuk keluarga..senang ..sedap di makan panas panas..resepi diambil dari Ita masam manis...siap tak kenal kan..semua resepinya mengancam..mesti nak cuba..mohon dikongsi bersama ya..
PASTRY SARDINE ROLL
Pastri secukupnya
1 tin sardin ~ buang tulang tengah dan dilenyek bersama sosnya
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 inc halia ~ dicincang
1 batang lada merah ~ buang biji dan cincang halus
1 batang cili hijau ~ buang biji dan cincang halus
1 biji kentang ~ didadu kecil
1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
1 biji perahan limau nipis
garam secukup rasa
Tumiskan bahan hiris dan halia hingga harum
Masukkan kentang dan masak hingga kentang lembut
Masukkan sardin dan lada hitam masak hingga terbit minyak
Perasakan dengan garam
Taburkan lada hijau dan merah dan perahkan jus limau
Gaul rata
Biarkan sejuk
Ambil sekeping puff pastri
Kelar-kelarkan sebelah bahagian dengan pisau
bahagian yang tidak di kelar letakkan inti sardin dan gulung
Susun dalam loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal pada suhu 200 ~ 220 C bergantung pada oven selama 20 minit atau sehingga puff kuning keemasan
Angkat dan hidangkan segera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment