THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Tuesday, 13 December 2011

APAM GULA MELAKA....mai sarapan..


Bismillah..


Assalamualaikum..and Selamat Pagi...dah sarapan....terkejut..awal Sy bersiaran hari ni....angkara tak boleh tidur Sy bangun seawal jam 4 pagi...


Biasalah dah bangun...terfikir le nak buat sarapan...sambil membaca majalah..ternampak lagi satu resepi Apam Gula Melaka..actually apam ni selalu dibeli my anak dara Alyssa waktu balik dari sekolah...memang suka benar dgn apam ni...


So pagi ni mama pun mulalah menjalan kan operasi meng APAM....




 Bahan-bahannya

125gm gula putih*
125gm gula melaka*
150ml air* ( dimasak sehingga hancur dan diapis)
250g tepung
1/2 sudu soda bikarbonat
1/2 sudu yis kering ( mauripan )
1 biji telur
100 ml minyak masak.


Cara nak buatnya..


1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan
2. Ayak tepung gandum kedalam bancuhan airgula melaka yg telah dimasak tadi jgn lupa tapis ya..
3. Masukkan soda , yis yg dibancuh bersama sedikit air suam dan telur. kacau sebati
4. Tuang minyak sikit sikit hingga habis kacau sebati
5. Tuang dalam acuan dan kukus lebihkurang 15minit atau sehingga masak.


Ok dah boleh dimakan...


Renungan bersama.


Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang Mukmin untuk menempah Syurga selaras dgn sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ` Syurga itu dipagari dgn kesusahan , manakala neraka dipagari dgn keseronakan." ( Riwayat al - Bukhari dan Muslim).


Jumpa lagi ya..jom pi kerja...


hanimmdzain@blogspot

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...