THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Wednesday 16 November 2011

Lepat Pisang.....Kuih Muih Warisan Melayu..


Assalamualaikum


Selamat petang..Apa khabar di luar sana..semestinya semua dalam keadaan sihat dan ceria selalu..


November dah pertengahan bulan bermakna tinggal lagi sebulan setengah lagi 2011 akan meninggalkan kita dgn seribu peristiwa suka dan duka..


Sy masih lagi dalam mood bercuti menemani Aiman yang kurang sihat mengalami demam champak..


Alhamdullilah dah dekat 10 hari..nampak sihat sedikit..insyaalah mohon Allah sembuhkanlah demam ni dgn segera..semoga Aiman kembali ceria seperti selalu

Ok..hari ni nak share satu lagi kuih melayu Lepat Pisang menjadi kegemaran Sy..bukan sahaja senang nak buatnya tapi semestinya lemak manis santan dan pisang tu yang menjadi tawanan hati ni..dekat 5 biji juga Sy dah habiskan lepas aja angkat dari mengukusnya..

Ok mari kita kongsi resepi yg ringkas ni..

Bahan-bahannya
10 - 15 biji pisang ( emas atau awak )
1 kotak santan kara 400ml
1/2 cawan gula perang/gula biasa
1 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam

Daun Pisang yg di layur sedikit.

Cara-caranya.

Lenyek pisang sehingga hancur
Tambahkan santan + gula + tepung dan secubit garam
Gaul sehingga sebati

Masukan anggaran 1 sudu besar adunan di dlm daun pisang.Lipat seperti gambar.
Buat sehingga habis.
Kukus lebih kurang 30 minit.
Sedia di hidangkan...







Ok selamat mencuba ya....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...