THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Sunday 6 November 2011

Blended Orange Muffin ...Aidil Adha..


 Assalamualaikum

Apa hidangan aidil adha..? sudah semestinya rendang dan ketupat menjadi kemestian bagi kami di kawasan utara ni..walaupun tidak semeriah Aidi Fitri..hidangan perlu di sediakan bagi seisi keluarga..

Petang tadi Sy berkesempatan membuat Blended Orange Muffin permintaan dari anak teruna Sy Aiman yang amat mengemari muffin oren ni..

 Bahan Bahan nya.

1 biji buah oren segar
1 cwn minyak masak
1 1/2 cwn gula halus
2 cwn tepung gandum*
1 sk baking powder* dicampur dan di ayak.
4 biji telur sederhana

Cara-caranya

1 biji buah oren di potong kecil sekali dgn kulitnya.
Campur minyak + gula halus + telur + oren di blend hingga halus.

Selepas di blend masukkan ke dlm mangkuk.
Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder gaul hingga sebati.

Masukkan kedlm acuan kertas dan bakar selamat 15 minit..

Selamat mencuba hidangan ini yang amat ringkas...bau oren segar semasa membakar mengharumkan seluruh rumah. Sedap sekali...

Salam Aidi Adha..berhati-hati di jalan raya bila pulang ke kampung halaman...

Sampai jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...