THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Saturday, 19 November 2011

Marble Banana Cake




Asalamualaikum selamat pagi..ops ......... dah tengahari..dah makan tengahari..??.apa menu hari ni..kecur air liur bila teringat sambal petai dan udang bersama gulai ikan talang kering dicampur sambal belacan berulam pucuk  janggus muda..eh sedap nya...


Aduh aduh dah macam org mengidam pulak..sekarang cuti sekolah dah bermula..ramai le mendapat jemputan kenduri kawin di sana -sini..yg di jemput silalah meluangkan masa utk menghadirkan diri..besar hati tuan rumah bila yg di jemput datang..disambil kita mendapat ganjaran dari yg Maha Esa..


Ok hari ni N3 awal le pulak..nama pun Off day..relax le..


Ok hari ni nak kongsi satu lagi menu Marble Banana Cake resepi yg mudah dan ringkas..yg pasti texture Kek nya yg lembab menawan hati ibu tercinta..





Bahan-bahannya

5 biji pisang ranum 
2 cwn tpg gandum
1 cwn gula halus
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn susu segar
1 sudu baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat
secubit garam
3 biji telur
1sdk esen vanilla

Caranya.

Pisang di lenyek . Pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian masukkan minyak, pisang kacau rata.
Selepas itu masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
Selepas di gaul rata masukkan susu dan garam. gaul hingga sebati.

Bahagikan adunan .satu dimasukkan koko  atau coklat emulco.
kemudian tuang dlm acuan yg telah di gris.
masukkan adunan biasa dulu kemudian masukkan adunan coklat
Ambil sudu dan dilorekan bagi mendapat kek yg cantik.

Bakar hingga masak.


Juga sesuai dijadikan hantaran pertunangan atau perkhawinan.


Selamat mencuba........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...