THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

BUBUR NASI LEMAK MANIS


Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi satu resepi turun temurun yang dah lama kita tinggalkan...resepi yang menjadi feberat my hubby..dah lama minta saya buatkan..katanya dulu-dulu masa dia kecik kecik nilah..bubur yang menjadi feberatnya..setiap pagi jumaat bubur ni akan di hidangkan buat jiran tetangga..kenduri pagi jumaat..

Sinonim dgn negeri Jelapang Padi..di Kedah ni bila aja padi di tuai..padi baru nilah yang kita selalu buatkan kenduri..ada yang buat kenduri beras baru..kenduri satu kampung..

Bagi mak saya pulak ..Bubur Nasi Lemak Manis nilah yang akan menjadi jamuan pagi Jumaat bila aja ada beras baru..beras baru ni lebih wangi dan tentulah lemak dan manis..

Bukan susah sangat nak buat pun..tapi nak dapatkan rasa sama dgn ibumertua ku buat tu yang susah..nasib le kami berdua ni dok satu kampung ..boleh le tanya tanya adik beradik resepi mak nya...

Wah bila aja my hubby rasa satu sudu..senyum lebar le dia..katanya emmmm sedap macam maknya buat..
lepas le satu ujian..he he he..

Bubur nasi ni sedap di makan dengan pisang emas atau susu pekat manis..atau kita boleh kurangkan gula masa memasak bubur ni dan tambahkan gula diatas bubur bila nak makan..sedap bila tergigit gula tu..



Ok..apa kata..sesiapa yang nak cuba..bolehlah dapatkan resepi diatas nie..tak cuba tak tahu..mesti rasa baru jatuh cinta..kalau yang tak ada beras baru tu bolehlah dapatkan beras wangi yang banyak dijual kat kedai ya..






Ok jumpa lagi ya.....

Wednesday, 27 June 2012

SERAWA PISANG



Sometimes semangat memblogging ni merudum jatuh dengan teruknya bila terasa seperti tidak wujud..padahal tidak ada paksaan atau kemestian.. semuanya datang dengan niat dan usaha sendiri ..samada nak buat atau nak menyepi itu atas budi bicara sendiri..maknanya keputusan di tangan sendiri..yang mula saya yang end pun saya..

Biar aja masa dan mood merasuk keputusan..saya tunggu nanti..

Sebelum keputusan di buat jom kongsi Menu hari ni...




SERAWA PISANG

 5 biji pisang Emas atau Berangan
300ml santan pekat
1cwn susu cair
1cwn gula
1cwn air gula merah
1/2 cawan sagu
secubit garam
2 helai daun pandan di simpul

Didih santan bersama daun pandan.. masukkan gula dan sagu..didih lagi dalam 8 minit.masukkan air gula merah dan susu cair..didih lagi 5 minit.masukkan garam ..last masukkan pisang..tunggu lagi 3 minit...Siap..





Selamat mencuba ya..terimakasih kerana sudi membaca dan menjenguk blog yang tak seberapa ni..untuk komen yang di tinggalkan terimakasih sangat sangat..saya nie nak meramai kan kawan kawan seangkatan..
silent readers terimakasih juga..

Semoga kita berjumpa lagi seandainya  hati ini dah sejuk....

Sunday, 3 June 2012

SERAWA LABU DAN JAGUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Selamat malam semua..aik..malam malam baru mengupdated blog..hari ni tuan tanah agak buzy sikit..menyelesaikan kerja kerja rumah yang tertangguh..bila semuanya dah beres ha...bolehlah mengadap lappy dgn amannya.  Bagaimana hari anda semua..mesti semua rakan rakan sibuk memenuhi undangan majlis perkhawinan yg banyak kan..nampak gaya dapur tak berasap la dua tiga hari ni ye..


Petang tadi mesi mengosongkan peti sejuk..so terjumpa sebelah labu ..so memang beberapa hari ni teringat nak makan serawa pisang so..dah ada labu..belasah aja le..Ada sesiapa rakan rakan yang tak biasa dengar istilah SERAWA dak..serawa tu sama maksud BUBUR..orang sebelah utara ni lebih terkenal dgn istilah serawa..


Ok Jom semak resepi ringkas nie..




SERAWA LABU DAN JAGUNG


Labu agak agak sebelah- dipotong dadu
1 tongkol jagung
200ml santan 
1 tin susu cair
2sdb sagu
2sdb gula ( ikut suka ya nak manis atau kurang)
secubit garam
sehelai daun pandan


Mula mula rebus labu  agak agak lembut masukkan jagung..dlm 5 minit masukkan santan dan susu cair.letak daun pandan.masak lagi 5 minit..masukkan gula dan garam..masak lagi 5 minit..didih aja serawa terus tutup api..


Dah boleh dihidangkan panas atau sejuk..sedap juga dicicah dgn roti bengali atau roti 4 segi..


Selamat mencuba ya...


Jumpa lagi..Bye...................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...