THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Monday, 18 February 2013

Pulut Sekaya Utara...


Assalamualaikum..

Bertemu di petang isnin ni....akibat kerja yang berlambak lambak atas meja ni....take 5 kejap  nak release otak yang nak biul tengok target yang belum cantik..:((..cuaca hari ni amat nyaman  sekali tengok sepanjang perjalanan 52km ke pejabat sawah padi terbentang luas..ada dah siap di mesin..ada setengah lagi masih hijau...

Tengok kerenah pemandu sekarang memang kena banyak bersabar.ada yg pecut bagai nak gila ,...ada gak yang pandu macam jalan nie dia yang punya...aduh.sabar aja le..yg penting speed kena ikut sal banyak speed trap....

Apa menu untuk minum petang nanti ..kalau masih tercari-cari..jom pekena Pulut Sekaya..disebelah utara ni pulut susu mudah didapati..banyak terdapat di Padang Besar..Danok..Thailand...nak kulit gebu..selalu la makan pulut...

Resepi dari rakan blogger bila chah ke dapur.terimakasih atas reepi yang best ni .mohon di kongsi bersama di sini...




PULUT SEKAYA


Bahan-bahan (untuk loyang bersaiz 20cm/8 inci):
Sumber : Ibu Mertua/ Chah ke dapur
Lapisan bawah
1 cawan pulut hitam
1 cawan pulut putih
 jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
Santan pekat
Simpulan bahasa daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula

Lapisan atas
3 biji telur
 cawan santan pekat
¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
Gula secukupnya
3 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
Garam

Cara-cara:
  • Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
  • Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
  • Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
  • masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
  • Keluarkan pulut  dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform,  lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang   dan memotongnya nanti.  
Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula. 
  • Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
  • Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila telah masak nanti.  
  • Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.




2 comments:

  1. Assalamualaikum...emmmm sedap ni buat minum petang...Lagi2 sambil bayangkan duk kat tepi sawah melayan angin sepoi2 bahasa..silap2 stengah loyang pun boleh abisssss..he he he he ...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nmpk kuih tu....:-)

    Pulut susu tu camne? Rasa cam pulut biasa ke atau warnanya putih susu ke atau rasa dia mcm susu bila dah masak? X penah plak mkn....selalu mkn pulut biasa je....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...