THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label cookies/biscuit. Show all posts
Showing posts with label cookies/biscuit. Show all posts

Monday, 10 June 2013

Crunchy Cornflakes Chocolate Chips


Assalamualaikum...bertemu sekali lagi di pagi 1 Syaaban yang berkat ini...siapa puasa hari ni...kita puasa hari nie..tapi kita still nak tayang biskut yang sedap nie..alhamdulilah hujan pagi nie turun dengan lebatnya...sejuk aja...sekarang nie pun langit masih kelam lagi..

Semalam kita nie rajin sesangat nak menghabis stok stok yang masih ada berbaki..so kita mereka reka biskut main campak-campak nie..tup tup sedap la pulak...mr hubby siap perabis sebalang sambil tengok movie kat astro...Alyssa kata mama...sya nak bawa pi sekolah esok...sedap la tu...hik hik hik...

Jom kita share biskut campak mencampak nie..:o)


Crunchy Cornflakes Chocolate Chips


200 butter 
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn gula perang
2 biji telur
1sdk esen vanilla

Putar butter dan gula hingga kembang..masukkan telur dan esen vanilla..

1cwn tepung gandum
1cwn cornflakes yang dikisar kasar
1cwn nestum
1/2 cwn badam cincang kasar
1/2 cwn coklat chip
secubit garam
1sdk baking powder
secubit soda bikarbonat.

Masukkan kesemua diatas di dalam adunan butter tadi.Ambil satu sudu kecil ..letakkan didalam loyang yang sudah di lapis dgn kertas ..letak adunan jauh-jauh sikit kerana adunan akan mengembang..bila sejuk biskut akan keras dan rangup

Saturday, 8 June 2013

APPLE TART



Selamat bertemu kembali...apa khabar rakan-rakan semua..doakan semoga semuanya sihat sihat ya..

Esok anak-anak dah kembali bersekolah ...ibu ayah pun sama sibuk rutin kembali seperti biasa...
Alyssa pun dah tak sabar nak bertemu rakan-rakan...sunyi juga mama..nanti....

Hari ni nak kongsi resepi yang dah banyak kali buat..memang Epal Tart ni menjadi feberat saya..makan panas panas kejap dah gap 4 biji...kalau yang ingin mencubanya dapatkan resepi RESEPI DISINI YA




Sedap....




Silalah cuba ya..jumpa lagi...

Wednesday, 6 February 2013

CORNFLAKES MADU


Assalamualaikum..

Kenapa hari ni terasa begitu letih sekali mungkin cuaca panas dua tiga hari ni kan..jemur kain pun sat ja dah kering..pokok bunga kat luar rumah tu kena la jurus dua tiga kali ...kita yg dok dalam rumah ni kerja minum tak henti henti sat sirap..sat..ais kosong..

Cornflakes Madu permintaan my anak dara..yang berkenan la sangat...siap tunggu tepi dapur tunggu bila boleh makan...bukan lah susah sangat nak buat..penyakit malas nak duduk tepi oven tu yang buat tertangguh..tangguh...



So simple nak buat butter yang dicairkan bersama madu dan sedikit gula halus dan juga 1sdk vanilla...semuanya cair..masukkan cornflakes gaul sebati..masukkan kedalam cup dan bakar selama 10.15 minit dgn suhu 150..tabur sedikit coklat rice..



Saturday, 24 November 2012

FAMOUS AMOS COOKIES


Bertemu lagi....

Apa khabar semua rakan rakan blogger ? Harapan biarlah ceria gembira bersama keluarga tersayang..

Walaupun kadang kadang penat ..letih..marah bila banyak kerja kerja rumah yang perlu di selesaikan..lebih lebih lagi bila anak anak ada di rumah ..kejap aja kemas..kalih belakang aja dah semak balik..belum cakap bab memasak..baru habis masak utk sarapan..tu tup dah tengahari..masak makan tengahari pulak..sat gi petang nak makan petang lak....sabar sabar...yang penting air tangan kita ni kaum ibu yang membuat anak anak ternanti nanti setiap hidangan..

Famous Amos cookies ...permintaan si anak teruna..ari tu..bila kerja kat Penang sempat beli cookies ni..bawa balik..punya le depa suka..kalau selalu beli boleh senget poket ni..so cuba cuba baking..menjadi..tak sempat nak masuk tupperware dah habis..

Jom tengok bahan bahan yg mudah dan pastinya rangup..



FAMOUS AMOS COOKIES

2 1/2 cwn tepung gandum
2 sdb serbuk koko
2 sdb susu tepung
2 sdb tepung jagung
1/2 sudu soda bicarbonate
secubit garam

( semua bahan bahan di atas di ayak)

250gm mentega
150gm gula kastor
1 biji kuning telur
1sdk esen vanilla

coklat chip dan kekacang

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang..masukkan telur kuning dan vanilla..bila sebati masukkan adunan tepung yang di ayak tadi

Bulat bulat kan bakar selama 10minit dgn suhu 150.




Selamat berhujung minggu...

Monday, 22 October 2012

FRUIT TART wt MANGGA HARUM MANIS


 Assalamualaikum...

Rindu benar nak berblog ..apa kan daya tekanan kerja yang amat busy membataskan masa untuk mengupdated blog nie..walaupun blog ni lah menjadi kesayangan hamba..

Apa khabar semua..sihat ka?

Doakan kita di beri kesihatan yang baik ya...maaf di pohon untuk pengunjung pengunjung hanimmdzain ni asyik asyik buka dok tengok menu yang sama ya...ok ok..Jom hari nie nak hidang menu sepesial buat tetamu..sila lah rasa Fruit Tart ni..spesial tau ada Mangga Harum Manis lagi...meletup..






Kalau ada yang berkenan di hati tu silalah dapatkan resepinya di SINI YA 

Rasa harum manis mangga tu yang menawan kalbu..buat makan petang dengan secawan teh panas..emmm sedapnyaaa....





Selamat mencubanya ya...

Jumpa lagi nanti ya..jaga diri..

Wednesday, 15 August 2012

BISKUT SEMPRIT PELANGI


Assalamualaikum...jumpa lagi ya..

Hari nie dah 26 ramadhan..kejap betul masa berlalu..macammana persiapan raya..dah berapa jenis biskut?...wah mesti meriah nanti balang balang biskut dgn pelbagai rasa..nie belum masuk kek lagi..boleh melentur meja nanti sal berat dgn makanan..ya la mana meriahnya raya kalau tak dihidangkan biskut ..kek dan macam macam makanan..utk tetamu..

Kalau di tanya raya..rasanya 1syawal la yang paling bermakna..kalau diikutkan hati dah tawar rasanya nak sambut raya bermula dari raya terakhir bersama Along 2007 ..apatah lagi bila dengar aja takbir ..runtuh hati nie di kuat kan semangat nie bila ingat kesian Aiman dan Scha yg masih mentah nak faham perasaan mama dan abah..

Ok ok ...jgn sedih sedih kan...Jom kongsi biskut raya nie..Semprit Pelangi mudah..senang dan sedap..jutaan terimakasih utk resepi nie siapa lagi kalau bukan Sifu No1 kita ita masam manis..mohon di kongsi bersama ya..


BISKUT SEMPRIT PELANGI
dari Ita masam manis



250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur 
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard 
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang 
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

* jika nak buat yang pelangi, masukkan doh yang berwarna untuk sekali tekan, jika guna acuan semprit yang tekan guna jari 

Selamat Menyambut AidilFitri 2012

Thursday, 9 August 2012

BISKUT HAMPARAN HATI


Assalamualaikum...jumpa kita sekali lagi..masih lagi dengan mood membaking biskut biskut raya yang berderet dalam list untuk di sajikan di hari raya ini..So far rakan rakan macammana..seronok kan bila kita penat menguli tepung anak anak lagi gumbira menanti biskut siap di bakar..nu..nak jadi juri rasa..

Kalih kalih biskut dah sekeret balang di kerjakan anak anak termasuk lah my hubby...ya la masa ni la depa suka makan biskut raya..bila dah raya..nanti banyak kuih yg di sajikan tak nak pulak makan..sabaq sabaq....

Jom kita intai resepi ke tiga Biskut Hamparan Hati ...woi..nama pun dah sakan mesti rasanya pun meletupkan...hik hik hik..





BISKUT HAMPARAN HATI
majalah Saji Ogos 2012

Bahan A

250gm mentega
100 gula kastor

Bahan B
1 biji kuning telur
1 sdk pes oren

Bahan C
300 gm tepung rose/gandum
50gm tepung jagung
80 gm serbuk badam
10gm susu tepung
30gm nestum/di kisar

Caranya

1.  Masukkan bahan A dlm mangkuk gaul sebati
2.  Kemudian masukkan Bahan B
3. Akhir masuk Bahan C dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
4.  Terap dgn acuan biskut. Letak gula hiasan. Bakar 150 selama 30 minit.





SALAM RAMADHAN

Wednesday, 8 August 2012

CHOCOLATE CHIPS COOKIES


Assalamualaikum....salam rabu...sihat ka ?

Wah biskut lagi...bila dah mula mengukis ini..seronok la pulak...lebih lebih lagi bila biskut yg di bakar menjadi..mula la syok sendiri..kembang sekembang cookies yang sedang di bakar tu...hik hik hik..

Kalau di tanya sapa yg tak suka makan Chocolate Chips Cookies mesti tak ada orang yg angkat tangan..ya....senang mudah semestinya la sedap rangup..tak yah buang duit membeli Famous Amous yg mahai tu..

Jom tengok resepi ya...


CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bahan-bahan

250gm mentega SCS
70gm gula halus
80gm gula perang
1/2 sdk vanila
1 biji telur
1 biji kuning telur
60gm kacang badam
250gm chip chocolate

Bahan Ayak
300gm tepung rose
10gm serbuk koko
1/2 sdk baking powder
1/2sdk soda bikarbonate
50gm susu tepung

1. Pukul mentege,gula,gula perang dan vanila hingga sebati.

2.  Masuk telur dan kuning telur pukul sebati.

3. Masukkan campuran tepung perlahan lahan sambil di pukul, campur kekacang dan chip coklat, Gaul sebati.

4. Sudukan adunan di atas dulang.

5. Bakar pada suhu 170C 20 minit.


SALAM RAMADHAN

Tuesday, 7 August 2012

BISKUT SUJI CORNFLAKES..


Bertemu lagi ..sihat tak rakan rakan semua...harap harap semua ok ya...bila dah masuk pertengahan ramadhan nie rasanya semua kaum ibu lah yang paling sibuk..

Dah berapa jenis biskut dah di buat..mesti senyum tersimpul bila tengok berbalang balang biskut buatan sendiri penuh atas rak ye..jenuh gak nak sembunyi pada anak anak..kalau boleh tu nak perabih semua tak dan le nak tungu raya..bukannya kedekut tak bagi makan tapi dah letih benar nak tungu biskut di bakar..

Kalau ada adik adik di luar sana yang masih tercari resepi biskut jom tengok disini satu jenis biskut suji cornflakes yang memang le tersangat sangat sangat sedapnyaaaaaaaaaaaa..rasanya yang rangup..sujinya memang best giler...
resepi diambil dalam majalah Saji Super Bumper Ogos 2012.



 

BISKUT SUJI CORNFLAKES

Bahan A
150 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula kastor

Bahan B

1 biji kuning telur

Bahan C ( Ayak bersama )

300gm tepung red rose
80 gm tepung jagung
80gm tepung suji
100gm cornflakes yg dikisar halus

Untuk hiasan
Telur kuning
Manik gula hiasan

Putar shortening dan gula hingga sebati masukkan minyak sapi dan putar sekejap

Masukkan Bahan B dan satu semua bahan C

Campur semua bahan C kedlm bancuhan A. Uli adunan hingga menjadi doh

Rehat 15 minit, canai an terap dgn acuan

Sapu telur hias kan dgn manik

Bakar pada suhu 160 selama 15 minit.






Ok jangan lupa cuba ya memang best..

Bye Bye..

SALAM RAMADHAN

Thursday, 2 August 2012

STRAWBERRY NUTTY BERRY COOKIES


Alhamdulilah bertemu lagi kita pagi nie...sihat ka?


Kadang kadang bila masuk jam 11 pagi aja mesti terasa pening kepala kejap..walaupun tiupan aircond atas kepala nie dok meniup sakan...tengok cuaca kat luar panas lit lit org kedah kata...ya la bila keja luar nie mula lah penyakit segan tu mai...


Wah di sana sini kaum mak mak sedang sibuk menyingsing lengan mengukis....bila dok kat dapur aja terbau haruman biskut dlm oven..wangiii...semangat tiba tiba aja datang bagai semua perkara dah tak dan nak buat..hari ni dah 13 hari kita posa..kita mak mak ni bagai menteri semuanya kena prepare..baju raya..kuih raya..duit raya..rumah raya...bak kata semua ..la...bukannya apa takut takut ada yg tertinggal..


Boleh dikatakan bila masuk pertengahan Posa ni semangat raya dah mai dah.....ring phone pun dah tukaq lagu raya..lappy kat office pun dok pasang lagu Ahmad Jais semangat tau ..bile dengaq lagu lagu raya versi lama nie..


Ni ha..jom tengok biskut raya terbaik nie...Strawberry Nutty Berry Cookies..sesedap namanya..memang best..yang penting kurang manis..



Projek percubaan..kena tambah lagi ...woi..memang sedap dengan rasa kacang badam panggang dan coklat strawberrynya..



Ok bye bye..jumpa lagi ya...sapa sapa yg tertawan dgn biskut nie jemputlah mai rumah raya nanti ya..boleh rasa kita bagi sekali dgn resepinya ya...

SALAM RAMADHAN

Sunday, 24 June 2012

CORNFLAKES MADU




Hello.........everybody..aduh...baru 4 hari tak mengupdated rasa macam dah berbulan...nak menaip dan memasukkan gambar tu yang tak sempat..masak menu baru sempat  pulak..dua tiga hari lepas kekangan kerja agak sibuk..terpaksa kerja lewat malam..event disana sini so orang sales ni kerja kejar  target la ye..


Hari ni pulak kerja lagi..menyelesaikan kerja yang tertangguh kat dalam rumah nie...basuh kain..lipat kain..susun baju..mop lantai..basuh kandang kucing..kemas kini taman..bawa kucing kucing si Jebat..Teja..Chombi..Dayang and Puteri untuk vaksin..ada lagi..beli pasir kucing and mandi kucing..aduh....Pas tu singgah market beli lauk pauk nak kena masak untuk si Aiman dan Alyssa yg nak makan tu dan nie...ada sapa nak lari...kerja dengan penuh keiklasan tau..sambil mulut tak berhenti merungut kat diri sendiri..:))


Ah..time sekarang boleh mengadap lappy sal semua kerja dah selesai dgn jayanya..


Cornflakes madu permintaan Alyssa ..senang aja nak buat cuma masa yang menyebabkan permintaan anak dara ni tertangguh aja..Jom kita tengok resepi yg amatlah senang nak buat...









CORNFLAKES MADU


Cornflakes madu 1 kotak
1cwn gula perang
4sdbesar madu
100gm mentega 


Panaskan mentega..bial mentega cair masukkan gula dan madu..bila dah cair dan sebati masukkan cornflakes..kacau sebati..kemudian masukkan ke dalam paper cup dan bakar selama 8 to 10 minit..150 taburkan manik manik sebagai hiasan..Sejukkan ..


Dah siap..




 

Ok selamat beristirehat ya...jumpa lagi nanti dah ada project untuk makan petang yang best sangat..nanti saya sharekan ya..





Monday, 23 April 2012

DRIED CRANBERRY SHORTBREAD BARS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera






Salam pagi Isnin..ayoh..kerja..kerja..bermula hari pertama dalam minggu ni....jangan lupa bersarapan dahulu sebelum mula kerja ya....minggu ni agak mencabar bagi saya..kerja agak padat...insyaalah yang terbaik akan  saya berikan buat syarikat yang di sayangi..

Hari ni nak kongsi satu resepi yang menjadi feberat saya..resepi ni ciptaan saya sendiri..hasil gabungan yogurt dan cranberry  memang sedap sekali ..jom kita tengok resepinya yang ringkas senang aja nak buat..






DRIED CRANBERRY SHORTBREAD BARS
from : hanimmdzain@blogspot.com




Bahan -bahannya


        A.
1 cawan tepung gandum*
1sdk baking powder*
1sdk soda bikarbonat*
1sdk garam halus * ( * semua di ayak 2 kali )


     B.
1cawan yogurt perasa strawberry
1/2 cawan minyak
200ml susu segar
5 sdbesar susu pekat manis
1/2 cawan gula halus


semua diatas di campur dan di kacau sebati.
   
     C.
Buah - buahan campuran kering
Almond slice utk hiasan


Satukan A + B..kacau sebati..kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah di lapis dgn kertas dan di sapu mentega..hiaskan dengan buahan-buahan..Bakar selama 30minit ..sebelum di keluarkan tabur slice dan bakar lagi dlm 5 minit..


Potong selepas kek sejuk..


Rasanya memang sedap sangat ..gebus..potong dan simpan dlm tupperware..


Rasa masam manis cranberry memang menjadikan kek ni lengkap ...

Ok selamat mencubanya ya..tak rugi mencuba kek yang senang dan sedap..sesuai di hidang utk makan petang..

Jumpa lagi esok....jOm KeRja.....

Monday, 26 March 2012

OREN CHEESE TART

Assalamualaikum...


Salam pagi Isnin..salam keberkatan..selamat berpuasa bagi yang berpuasa sunat hari ni atau ada yang dah start puasa ganti...apa khabar..pagi ni...semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu..Bermula minggu baru...hari ni...tingkatkan semangat kerja...walaupun pepagi ni mood cuti masih berbaki...buang jauh jauh segarkan minda demi menjalankan kerja yang di amanahkan...mulakan segalanya hari ni dengan ucapan Bismillah........................


Hari ni awal pagi saya dah sampai ke tempat kerja..nak mengupdated blog ni sebelum..meeting bermula kejap lagi...Nak share resepi yang dah lama nak cuba buat..Oren Cheese Tart..sebenar benarnya saya belum pernah rasa atau makan cheese  ni..tapi oleh kerna biscuit ni amatlah cantik..tak sabar nak mencubanya..




Resepi di intai dari dapur Ita..masam masam manis  SINI   blueberry cheese tart step by step ..terimakasih yang tidak terhingga pada ita yang sudi mengajarkan step by step cara membuatnya..memang saya ikut sebiji sebiji..cuma intinya saya tukar kepada oren filling..terimakasih sekali lagi..mohon di panjang disini bagi berkongsi dengan rakan rakan sealiran yang ingin mencubanya...




Berpeluh juga nak membuatnya..ikut aja step by step..mesti jadi..insyallah...


Inilah hasilnya selepas siap di bakar..aduh..memang best sangat..Aiman dan Alyssa memuji muji kesedapanya..habis la sorang 2 3 biji...


Tunggu apa lagi jangan takut nak mencubanya...


Wednesday, 15 February 2012

PEANUT BUTTER COOKIES


Assalamualaikum..and a very good morning...how are you today.....


Mimpi apa semalam pagi pagi dah speaking ni...hik hik hik..tak dak kena mengena gan mimpi..cuma hari ni kita breakfast gan biscuit...di cicah gan kopi pekat...oiiii...sedap...............


Actually anak tekak ni mengidam nak makan peanut butter cookies..so mula la mencari resepi-resepi di alam maya ni..tersinggah di web joyofbaking ni terjumpa la dengan resepi yang best ni




Peanut Butter Cookies:

3/4 cup (170 grams) unsaltedbutter, room temperature
1/2 cup (105 grams) light brownsugar
1/2 cup (100 grams) granulated whitesugar
1 largeegg
1 teaspoon purevanillaextract
3/4 cup (185 grams) peanut butter(smooth or crunchy)
2 cups (260 grams) all purposeflour
1/2 teaspoonbaking soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup chopped peanuts or 1/2 cupchocolate chips(optional)


Peanut Butter Cookies:Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and place rack in center of oven. Line two baking sheets with parchment paper.
In the bowl of your electric mixer (or with a hand mixer), beat the butter and sugars until light and fluffy (about 2 - 3 minutes). Beat in the peanut butter. Add the egg and vanilla extract and beat to combine. In a separate bowl whisk together the flour, baking soda, and salt. Add to the peanut butter mixture and beat until incorporated. Fold in the chopped peanuts, if using. (If the batter is too soft to form into balls, place in the refrigerator for about an hour or until firm.)
Roll the batter into 1 inch (2.5 cm) balls. Transfer the cookies to the prepared baking sheet, placing about 2 inches (5 cm) apart. Then, using the tines of the fork that has been dipped in white granulated sugar, make a crisscross pattern. 
Bake the cookies for about 10 to12 minutes, or until the cookies are lightly browned around the edges. Remove from oven and place on a wire rack to cool. Can be stored at room temperature, in an airtight container, for about a week. Freeze for longer storage.
Makes about 40 cookies.

Read more:http://www.joyofbaking.com/PeanutButterCookies.html#ixzz1mMwMFalM





Memang senang nak membakingnya...bahan-bahan pun mudah didapati....






Ok selamat bersarapan..selamat berkerja...semoga hari ni menjanjikan seribu kejayaan..
Jumpa lagi ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...