Apa khabar..harapan semuanya sihat dan ceria selalu..hari ni tidak ada menu baru ya..tuan tanah dua tiga hari ni sibuk sesangat dengan kerja..tambahan bila bangun pagi aja mesti rasa mual dan sakit kepala..
Apa kata jom hari ni kita search internet dan cari artikel mengenai Sakit Kepala..
Jom kongsi..
Memahami sakit kepala
Pengenalan Sakit kepala adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.Jenis-jenis sakit kepala :
- Sakit kepala akut
- Sakit kepala kronik atau berulang-ulang
- Migrain
- Sakit kepala tegang ( Tension headache
Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang
Sakit kepala yang berlaku berulangkali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang mempunyai migrain atau sakit kepala disebabkan ketegangan.Migrain
Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk-nyucuk sebelah kepala. Ianya bermula di bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua-dua belah kepala. Kanak-kanak juga akan merasa loya dan muntah. Kanak-kanak mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan sakit kepalanya semakin teruk.Sakit kepala tegang ( Tension headache )
Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai sakit otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot-otot di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi yang tegang di sekolah atau di rumah.Merawat Sakit Kepala
- Amalkan gaya hidup sihat
- Ubat-ubatan
- Terapi pelengkap dan pilihan alternatif
Gaya Hidup Sihat
Kanak-kanak yang mengalami migrain dan sakit kepala tegang (tension headache) akan beransur pulih dari gejala-gejala sakit ini jika mereka mempraktikan gaya hidup sihat seperti :-♦ Makan secara sihat
- Memakan makanan seimbang dan berjadual. Makan yang tidak mengikut jadual boleh menyebabkan migrain.
- Hindari dari memakan makanan yang boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang (tension headache).
- Satu pertiga dari kanak-kanak tahu yang apabila mereka mengambil makanan tertentu boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang
(tension headache).
Kanak-kanak di negara barat melaporkan pengambilan keju, cokelat, buah-buahan citrus (cth. oren), pemanis tiruan dan monosodium glutamate merupakan makanan pencetus migrain atau sakit kepala tegang (tension headache). - Pengambilan kafein dalam kopi dan minuman berkabonat juga boleh menyebabkan sakit kepala di kalangan remaja dan orang dewasa.
- Merekod dan menyimpan catatan harian tentang kejadian sakit kepala boleh membantu untuk mengesan jenis makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala.
- Makanan tidak dikenalpasti sebagai pencetus sakit kepala tegang.
- Satu pertiga dari kanak-kanak tahu yang apabila mereka mengambil makanan tertentu boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang
- Penjagaan tidur yang mencukupi akan membantu mengurangkan kejadiaan sakit kepala.
- Ini melibatkan :-
- Persiapan sebelum waktu tidur Elakkan mengadakan aktiviti yang merangsangkan untuk anak anda menjelang waktu tidur. Membaca buku bersama-sama atau suramkan bilik tidur boleh mewujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak untuk tidur.
- Persiapan tempat tidur yang sesuai Pastikan tempat tidur sentiasa kemas, bersih dan selesa.
- Senaman
- Senaman adalah untuk meningkatkan kecergasan dan badan yang sihat. Senaman secara berkala dapat menghindari sakit kepala di kalangan orang dewasa.
- Senaman juga dapat mengurangkan tekanan baik di rumah atau di sekolah bagi kanak-kanak. Mereka merasa lebih cergas dan gembira dan boleh meningkatkan prestasi akademik mereka.
Ubat-Ubatan
Ubat-ubat diberi untuk dua tujuan iaitu:-- Untuk mengurangkan sakit (Painkillers)
- untuk memulihkan gejala semasa sakit kepala.
- Ubat-ubatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah paracetamol, ibuprofen dan mefenamic acid.
- Untuk orang dewasa yang mengalami migrain, mereka dibekalkan dengan ubat sumatripan (Imigran) dan Caffein/ergotamine (Carfegot), tetapi tidak secara rutin kepada kanak-kanak.
- Ubat penahan sakit (painkillers) diberi kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala.
Terapi Pelengkap dan Pilihan Altenatif
Terdapat terapi pelengkap dan pilihan altenatif yang dibuktikan dapat membantu mengurangkan gejala, tetapi keberkesanan terapi lain masih lagi belum dikenalpasti. Di bawah ini terdapat beberapa terapi yang berguna untuk merawat kanak-kanak sakit kepala. Kebanyakannya adalah selamat dan tidak membahayakan kanak-kanak.Terbukti dapat membantu :
- Teknik menenangkan diri (relaxation techniques) - Senaman pernafasan
- Teknik mengendalikan tekanan (Stress management techniques) Ini melibatkan strategi tingkahlaku untuk membolehkan kanak-kanak mengatasi tekanan (stress) dengan baik di sekolah atau di rumah.
- Terapi muzik
- Terapi aroma
- Yoga
- Urutan badan dan tapak kaki (reflexology)
Terapi-terapi ini dapat menenang fikiran dan otot-otot
No comments:
Post a Comment