THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......

Thursday, 29 November 2012

KUIH KETAYAP INTI KELAPA


Hai..jumpa lagi hari nie..apakhabar semua..sihat kan...

Hari nie tak kerja kerana membawa anak teruna sorang tu jumpa dengan pakar Ortopedic di Kedah Medical Centre..dah banyak kali dok komplain bahagian dibawah lutut sakit bila tunduk sewaktu sembahyang..nampak bengkak sedikit dikedua dua lutut tu..so set the appointment hari nie..seawal jam 8.30 pagi dah sampai..selepas X Ray..alhamdulilah..tiada apa apa yang perlu di risaukan..cuma perlu makan ubat insyallah..akan baik mengikut beredaran usia anak remaja..

So bila cuti ni mula lah mereka reka makan petang ..Petang tadi Aiman dan Alyssa pi swimming dgn rakan rakan so..inilah juadah selepas balik dari kelas swimming tadi..

Kuih tradisional Ketayap Inti Kelapa .senang aja nak buat..ni kuih my feberat ...jom tengok bahan-bahannya.



KUIH KETAYAP INTI KELAPA


Bahan Untuk Kulit

300 gm tepung gandum
650 ml air pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak


Masukkan semua bahan ke dlm blend, dan kisar.... sampai semua sebati , kemudian tapis. Tuang sesenduk ke dlm pan leper berbentuk bulat dan dadar nipis....
Sudukan inti dan letak atas kulit kuih ketayap tadi dan gulung kemas... siap!!!


Bahan Untuk Inti
430 gm air
300 gm kelapa parut muda (ambil putihnyer sahaja)
150 gm gula merah / gula melaka
70 gm gula pasir
1 sudu makan tepung jagung (dilarutkan dgn sedikit air)
1 helai daun pandan disiat dan disimpul 


Utk membuat inti, masak gula merah, gula putih, daun pandan dan air sehingga larut. Masukkan kelapa dan kacau rata. Masukkan air tepung jagung. masak hingga adunan pekat dan berkilat.

Selamat mencubanya ya..Bye jumpa lagi ........................

3 comments:

  1. Salam ziarah... sedapnya kuih ketayap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Gee..terimakasih sudi singgah...

      Delete
  2. QH suka kuih ni...sedap..tp tu la spinskrg xbuat2 la pulak..meh htr spiring kt umh..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...