THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts
Wednesday, 12 June 2013
CRANBERRY LEMON CAKE
Bertemu kembali.....dah sarapan...sarapan apa pagi nie....kita masih lagi berpuasa....alhamdulilah hujan setiap pagi..sejuk aja so ...bersemangat lah lagi berpuasa nie...
Hari ni tak dapat nak berkarya panjang-panjang banyak sangat kerja menunggu ...so kita nak kongsi Cranberry Lemon Cake yang sangat la sedapnya..lebih lagi bila tergigit cranberry yang masammanis tu.. i like u...semudah 123 dalam 10 minit dah siap adunan kek ni..wangi bila dibakar...lembab..terasa kelembutan nya bila di gigit...opsss..puasa puasa..so jangan lebih-lebih...jom tengok bahan-bahannya..
CRANBERRY LEMON CAKE
from hanimmdzain@blogspot
A.
1cwn tepung gandum
1sdk baking powder
1/2 sdk baking soda
secubit garam
semua diayak
B.
1cwn minyak
1cwn plain yogurt
2biji telur A
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn gula perang
parutan kulit lemon 1sdk
perahan jus lemon 2sdk
cranberry kering secukupnya
Satukan semuanya ...bahan B..kemudian dimasukkan ke dalam A...bakar selama 45minit 170C.
Wednesday, 22 May 2013
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Assalamualaikum
Entah kenapa tiba -tiba teringin sangat nak makan kek lapis kukus cream cheese ni..mungkin terkenang keenakkan..coklat dan lemak cheesenya..tunggu apa lagi kodek kodek resepi dari Sifu kita ita masam manis kebetulan semua bahan-bahan memang dah ada..so jalan..
Kek ni dah pernah buat di sini dulu DISINI ..memang tersangat la sedapnya...
Mohon dikongsi bersama rakan rakan yang lain..terimakasih buat penyumbang resepi sifu ita...
Memang sesuai sangat untuk di dihidangkan pada tetamu..jom try..

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn plain yogurt ( saya tambah )
1sdk serbuk kopi/nescafe
1/2 sdk oren sunquick
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
Penyediaannya
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Tuesday, 14 May 2013
OREN CAKE special for MAK
Dear friends
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat Hari Ibu buat semua ibu ibu ...syurga itu di bawah telapak kaki ibu..special kan..itu lah janji Allah..setiap hari kita meraikan ibu tersayang..
Tak terlepas kami adik beradik meraikan Hari ibu buat Puteh binti Ali ibu tersayang doakan sentiasa diberi kesihatan yang baik..umur yang panjang..sayang mak berjuta juta lemon...
Ini ha .....kek feberat mak kek Oren..boleh tahan tak...sedap dan sangat moist..
Sungguh harum semasa proses membaking..
Buat adik adik di luar sana..sila salin resepi ..mana tau adik yang terliur tengok photo ni...hik hik hik...
OREN KEK
300gm butter/margerin
250gm gula halus
6 biji telur
300gm tepung kek
1sdk baking powder
1/2 cwn jus oren
2biji parutan kulit oren
untuk glazenya..gulahalus di campur dengan perahan jus oren kacau sebati ..boleh lah di tuang atas kek semasa kek masih panas..lebih menyerlah rasa kek kita..
Pukul butter dan gula hingga gebu masukkan telur sebiji sebiji..kemudian masukkan tepung yg sudah diayak dengan baking powder..pukul hingga sebati.. masukkan jus oren dan kulit oren..kacau sebati ....
masukkan dalam acuan dan bakar 170 selama 40minit..
hias ikut citarasa sendiri..
Jangan lupa try ya....
Sunday, 5 May 2013
BANANA CAKE WITH PEANUT BUTTER AND CHOCOLATE CHIP
5hb Mei 2013 hari bersejarah bagi negara kita PRU13 ...time time gi ni tengah tungu keputusan la ya...
Sama-samalah kita nantikan masa depan negara kita..buat generasi akan datang ..buat anak anak kita...doakan biarlah kesejahteraan negara Malaysia ini di utamakan...
Ramai juga yang berpeluang kembali ke kampung menunaikan tanggungjawab..sambil menjenguk orang tua..apatah buah tangan yang di bawa pulang tu...?
Bagi kami yang udah tinggal di kampung ni..lepas aja menunaikan tanggungjawab..best gak dapat rehat-rehat kat rumah..
Sambil borak borak nilah menu petang kami sekeluarga Banana Cake wt Peanut Butter and chocolate chip..rasanya yang lembab..emm kejap aja dah habis..nak cuba jom kongsi resepi mudah ni..sharing is caring..joom kongsi apatah sangat resepi sedap ni
BANANA CAKE wt PEANUT BUTTER and CHOCOLATE CHIP
hanimmdzain@blogspot
5 biji pisang berangan/emas dilenyek halus
100 gm gula halus
120 gm butter
2 biji telur
1sdk esen vanilla ( putar hingga kembang dan gebu )
11/2 cwn tepung gandum
1/2 sdk soda bikarbonat
secubit garam
2 sdbesar serbuk koko ( gaul sebati )
1/2 cwn susu segar/susu cair @ 1/2 cwn yogurt asli
1/2 cwn coklat chip
2 sdbesar peanut butter halus
Selepas gula dan butter yang diputar gebu masukkan adunan tepung .kacau..masukkan pisang yang dilenyek dan susu segar..gaul lagi hingga mesra sebati..tambah coklat chip gaul lagi.
Masukkan dalam acuan disukai..taburkan sedikit lagi coklat chip dan paipkan peanut butter diatas adunan dan bakar 170C selama 30 minit atau hingga masak..
Selamat mencuba..memng tersangat sedap...tak rugi tau..
Sunday, 14 April 2013
SOFT BUTTER CAKE
Assalamualaikum ..setelah sekian lama sunyi dan sepi..rindu betul pada kawan kawan semua...
Apa khabar semua?..kemana menghilang?...sesekali Allah menduga..dengan kesihatan yang kurang sihat..terima dengan reda...alhamdulilah..kembali sihat walaupun sesekali terasa perit ...
Nilah kejadiannya bila dah sihat..teringin nak makan ni dan tu...Soft Butter Cake..kek yang simple dan mudah di buat..basic cake aja..
Nasihat untuk diri sendiri dan juga untuk rakan rakan ..jangan pandang ringan tentang kesihatan apatah lagi bila dah masuk ke angka 40an..ni kerap buat pemeriksaan ya..bila makan tu biar berpada pada..masin lebih pun ada penyakitnya..manis pun juga apa lagi yang berlemak lemak tu...
Jumpa lagi ya..
Sunday, 17 March 2013
Selamat Hari Lahir Mia....
Selamat menyambut Hari Lahir yang ke 8 16hb Mac 2013 untuk Mia @ Nur Amylea Natasha...anak saudara yg di sayangi ni aja yang dapat maktam hadiahkan ..Semoga menjadi anak yang soleh ...ya
Blueberry Rainbow Cake...
Sunday, 24 February 2013
KEK LAPIS PRUNE
Bertemu sekali lagi ...
Pagi pagi lagi dah bertolak ke Penang..ada meeting ...boleh tahan ..jugakah la..about 240 pergi balik dari rumah..Alor Star..mencari rezeki buat keluarga harap selamat pergi dan balik...
Berkongsi resepi dengan rakan di luar sana..juadah hari minggu..Kek Lapis Prune..sedap..soft..kek kukus ni sentiasa mencabar bila mencubanya..
Layan dulu photo taken..nanti free saya kongsikan resepinya ya..
Boleh tahan juga cabaran nak jadi secantik nie..
memang berbaloi baloi mencubanya...sedapppppppppp
Sunday, 17 February 2013
CHOCOLATE MASCARPONE CHEESE CAKE
Wah...senyum meleret bila anak buah Nur Aleya Natasha..dapat sebiji kek buat sambutan Hari Lahir yg ke 12 pada 15hb Februari yang lalu..Chocolate Mascarpone Cheese Cake..pertama kali buat kek yang mewah dengan rasa cheese ni....Maktok cakap sedap..boleh habih sepotong ...siap simpan extra dalam peti ais...
Rugi ye sapa sapa di luar sana yg tak berkesempatan merasanya...Nana ,,jgn marah ye....
Tungu besday Nana nanti kita buat lain ya..resepi boleh di dapati dlm blog sini ya...
Pekat dengan rasa coklat dan cheese..
Layan gambar dulu ya.........
Sunday, 3 February 2013
KEK KUKUS ASAM MANIS
Sudah menjadi kemestian..bila ja off..mesti nak baking kek..dah ketagih sangat nak makan kek...maka terhasillah kek ni..
ari tu masa jalan jalan bolg sifu Ita Masam Manis ternampak resepi ni..mudah sangat nak buat kebetulan my hubby suka sangat makan asam ni..sentiasa ada kat rumah..so apa lagi dok tungu ari nak cuba..minta sharekan resepi ni di sini pulak ya Ita...terimakasih kerana sudi berkongsi resepi resepi yang cukup mavelous....
Jom baking...
KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek
325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan kukusan dengan api yang besar
Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna
Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.
Selamat mencubanya ya...tersangat la sedapnya..lembut aja...
Thursday, 24 January 2013
KEK BATIK YOGURT dan SALAM MAULIDUR RASUL
Hari ni semua bercuti kan...sempena Maulidur Rasul... mengambil kesempatan cuti ari ni berehat bersama keluarga..hari ni tak dak plan nak ke mana mana cuma malam nanti nak ke Perlis rumah kakak sulung yang mengadakan kenduri tahlil...
Jadi kek ni buat juadah malam nanti....tumpang kenduri....
Bila masa agak sibuk ni aktiviti membaking pun harap tungu cuti aja yang ada masa pun..bila singgah dapur kawan kawan..semangat tu macam di caj caj...aduh..list yg menunggu pun dah tinggi KLCC...
Jom kongsi salah satu resepi yang ada dlm perpustakaan ....
KEK BATIK YOGURT
2 cwn tepung gandum*
1sdk baking powder*
1sdk soda*
secubit garam*
1/2 cwn serbuk koko
* ayak semuanya ( serbuk koko di masuk kemudian)
1cwn minyak
1cwn susu segar
1cwn air suam
1 1/2 cwn yogurt asli
1sdk vanilla
1sdk serbuk nescafe/kopi segera
1cwn gula halus
semua diatas di campur dan kacau sebati..kemudian masukkan tepung yg diayak...gaul hingga sebati ..bahagi kepada dua bahagian. Salalh satu dimasukkan serbuk koko dan serbuk kopi..gaul sebati kemudian masukkan dlm loyang berselang seli..bakar selama 30minit dgn suhu 170.
Jumpa lagi...
Tuesday, 8 January 2013
BROWNIES with CHERRIES
Assalamualaikum...salam sayang buat semua pengunjung.....rakan rakan blogger....apa khabar semua..
macamni la ya...malam baru boleh nak meng updated blog kesayangan ni....bila dah kerja jauh nie...lambat la sampai rumah..bila dah sampai rumah tu..banyak la pulak keja nak di settlekan....sampai kadang kadang dengan baju kerja tu la sampai ke malam..nakbuat lagu mana kan yang penting kata hati saya bila kita buat sesuatu dengan perasaan gembira..ikhlas..insyallah semuanya diberkati..
Jom kita kongsi ari nie projek weekend lepas..Brownies..so simple nak tengok resepinya....
BROWNIES with CHERRIES
a. 1cwn susu segar/cair
1 cawan mentega cair
11/2 cawan gula perang
1 cwn plain yogurt
1 cwn air panas ( gaul sebati )
b. 3 biji telur
1 sdk esen vanilla ( pukul sebati )
c. 2 cwn tepung gandum
1cwn serbuk koko
1sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
1/2 sdk garam ( ayak semuanya)
Campur B dlm A..gaul sebati..kemudian sikit sikit masukkan C..gaul lagi hingga semua sebati.
Kemudian bakar dlm loyang yg telah di lapik ..bakar selama 30 minit 180..
Rasa yang lembut lembab dgn rasa yogurtnya..sedap buat makan petang.....
Jumpa lagi esok............
Thursday, 6 December 2012
NEW YORK CHEESE CAKE
Assalamualaikum..salam sejahtera
Selamat bertemu kembali..semoga hari ni lebih ceria dari semalam..ya...
Buat hubby selamat mengembara Cross Border Thailand -Loas- Cambodia-Vietnam bersama rakan rakan riders..bermula semalam 5 hb hingga 15hb Disember.Semoga dirahmati sentiasa di dalam perjalanan nanti ..love u always..enjoy ride..ya..jangan lupa hadiahnya nanti ye...
Hari ni nak terus ke hidangan yang cukup istimewa..permintaan my sweet heart Alyssa yang nak sangat mama buat kan..hari hari dok tanya..New York Cheese Cake..
Cake yang sedap ..mewah dengan rasa cheesenya..yang seronoknya punya la senang sangat nak buatnya..Kalau kat secret receipi ni boleh tahan harganya.
NEW YORK CHEESE CAKE
500gm philladephia cheese( 2 ketul)
3 biji telur
1cwn gula castor
1sdb parutan kulit oren/lemon
1sdb lemon juice
Biscuit Oreo
1/2 cwn Butter di cairkan ( utk kulit atau crustnya ya )
Hancurkan biskut dicampurkan dengan butter cair..masukkan ke dalam loyang. sejukkan dlm peti ais selama 20minit.
Putar cheese dan gula hingga lembut dan gebus. masukkan parutan kulit oren/lemon dan juice nya. gaul sebati.Masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga gebu.Masukkan ke dalam crust tadi dan bakar selama 1 jam.
Setelah siap dibakar sejukkan kedlm peti ais semalam.
Siap .
Bagi peminat peminat cheese..tunggu apa lagi..
Selamat mencuba...Jumpa Lagi.
Wednesday, 28 November 2012
BANANA MOIST CAKE
BANANA MOIST CAKE
A.
200gm tepung gandum
1sdk baking powder
1sdk soda bicarbonat
secubit garam
semua diayak
B.
3 biji telur
150gm gula kastor/gula perang pun boleh
120 minyak jagung
1sdk esen pisang
Gaul sebati B..kemudian masukkan A..gaul sebati..masukkan dlm acuan dan di bakar 50minit.
Jumpa lagi ya..ceria selalu..
Saturday, 27 October 2012
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Salam Aidil Adha buat semua pengunjung pengunjung hanimmdzain..semoga sihat sihat semuanya..
Hari nin maybe ramai yang buat kenduri qurban atau aqiqah kan ..saya pun nie baru aja balik dari makan kenduri qurban,..boleh kata semuanya menu daging..jangan sampai naik darah udah la ye..
Jom kongsi satu lagi resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang sedap sangat nie.....memang terbaik ..bukan aja cara
bahan -bahannya mudah didapati ...nak buatnya pun senang sangat..
Resepi ni di intai dari dapur ita masam manis..dan juga dari dapur yatie..dan beberapa blogger yg lain juga..mohon di kongsi di dapur saya pulak moga..berpanjangan ilmu yg di kongsi ni semoga sama sama mendapat keberkatan dari NYA..amin...
Jom masak....
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie dan Ita
Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.
Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
Penyediaannya
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Sunday, 23 September 2012
SOUR CREAM CHOCOLATE CHIP BANANA BREAD
Assalamualaikum..
Selalunya bila hari Ahad ni tinggal saya keseorangan..anak anak sekolah..my hubby kerja..nak buat lagu mana cuti tak sama ..depa cuti hari Jumaat dan Sabtu..ikut negeri Kedah yang saya pulak..hari Sabtu dan Ahad...ikut KL .kalau nak gi jalan jalan saya lah yang kena berkorban cuti..hari Jumaat...ya la nanti ada pulak yang asyik tuang sekolah...
Hari Ahad ni hari sibuk sedunia...jadi amah cuci rumah..basuh baju ,mop lantai..lipat baju,seterika baju,pendek kata selagi masih hidup keja keja..
Sarapan apa pagi nie?
Apa kata jom kita breakfast kek pisang pagi nie...memang best sangat..resepi di intai dari dapur sifu kita lah siapa lagi ita masammanis ITA yang memang terbaik..mohon di kongsi bersama pengunjung pengunjung hanimmdzain ya..semoga perkongsian kita diberi ganjaran pahala dariNYA..terimakasih ita..
Rujukan : Hesti's
100 gm butter bergaram
120 gm gula ~ ita guna gula caster
1 biji telur
5 biji pisang raja ~ ita letak 4 biji
1/2 sudu teh serbuk vanila ~ ita letak esen vanilla
150 gm tepung ~ ita letak 1 cawan
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan sour cream
1 cawan coklat cip
sedikit badam cincang ~ ita tambah boleh guna walnut atau lain-lain
Panaskan oven pada suhu 175C bergantung pada kepanasan oven ~ ita guna suhu 170C
Sediakan loyang roti ukuran 9X5 inc, oleskan dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan kertas kek. Ita gunakan loyang 8X4 inc.
Lenyek pisang hingga lumat ~ ketepikan
Ayakkan tepung, soda dan serbuk koko ~ ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar butter dan gula hingga berkrim
Tambahkan telur dan putar lagi.
Tambahkan esen vanilla, pisang dan sour crem dan terus putar hingga sebati
Tambahkan campuran tepung, soda dan koko yang telah di ayak dan gaul secara kaup balik dengan spatula hingga rata.
Tambahkan coklat cip dan gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang, ratakan
Ita taburkan cokla cip di atasnya dan juga sedikit badam cincang
Ita bakar dalam oven pada suhu 170C dengan api bawah selama 1 jam
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk atas redai sebelum dipotong
Kek akak naik dalam oven dan turun sedikit setelah sejuk
Subscribe to:
Posts (Atom)








