THE WORLD ITS JUST AWESOME......

THE WORLD ITS JUST AWESOME......
Showing posts with label LAUKPAUK. Show all posts
Showing posts with label LAUKPAUK. Show all posts

Monday, 5 August 2013

AYAM POP MASALA


Assalamualaikum

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua..rasanya mood nak beraya semakin berkobar-kobar..tambahan anak anak la yang paling seronok..rata-rata sekarang bila weekend ada dirumah nie asyik terbau aroma biskut raya aja...kan...berbuka pun siap makan biskut raya..

Yang nak balik kampung tu berhati -hati ya...di jalanraya..ingat yang menanti di kampung tu..
Kami sekeluarga memang dah duduk di kampung so tak de le suasana balik kampung tu..rumah mak pun 100m aja..rumah makmertua tambah 200m lagi sampai le..so..tak kalut la nak berebut rumah sapa nak balik tahun nie..kami semua sekampung gitu..he he he...

Ayam Pop Masala hidangan berbuka semalam di rumah mak..sedap dan ringkas anak-anak pasti suka..ayam digoreng kecik-kecik..ditumis bersama sedikit cili kisar..tambah serbuk kari masala..goreng hingga garing..tambah sos tomato,kicap manis ABC dan sedikit gula ..masukkan chiken pop gaul rata..kemudian masukkan selabu bawang besar daun kari dan cili hidup..gaul lagi ..dah siap boleh diangkat.
Kalut tak ada serbuk kari masala..guna aja serbuk kari daging..pun sedap..

Selamat mencuba.


Monday, 29 July 2013

UDANG MASAM MANIS


Assalamualaikum

Haru biru juga mencari menu untuk hidangan berbuka dan bersahur..bermacam kerenah anak anak kan..macam macam pulak yang di mintanya mengalah kan Chef mama mencuba pelbagai resepi.....tapikan anak anak kita nie memang penyejuk hati.. mama masak le macammana pun mesti kata sedapnyaaaa mama bila ditanya sedap ka tak...

Tu la dikatakan air tangan ibu....

Jom kongsi lagi satu resepi simple Udang Masam Manis..senang aje Udang di goreng sedang bersama kunyit..Kisar 2 labu bawang besar bersama sedikit halia dan 5 tangkai cili kering..tumis hingga garing..masukkan sos cili.sos tomato dan sos tiram...perasakan dengan sedikit garam dan gula...siap..senangkan..pekena pulak dengan nasi panas panas mesti anak anak suka,,,

Selamat mencuba...

Tuesday, 23 July 2013

DAGING MERAH THAI



Dah 14hari puasa..rasanya dah jem mencari menu berbuka..sampai dah tak tau nak makan apa dah ..kami sekeluarga berbuka mesti pekena nasi..tak main le takat takat makan kuih tu...bila dah makan nasi mesti lauk pauknya dua tiga jenis..

Daging Merah Thai versi..salah satu menu kesukaan keluarga..bila dah dekat dengan Thailand nie..terkena tempias daging ala ala siam...selalunya di setkan bersama tomyam campur dan ayam paprik..rasanya semua gemar dengan rasa thai niekan..


DAGING MERAH  THAI




Bahan-bahan (4-5 orang)
500 g daging
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan Thailand ( nampla)
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut (dikoyakkan)
2 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging. Goreng daging sehingga hampir masak.
  3. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos ikan Thailand dan sos tiram. Kacau sekata. Kalau nak kuah banyak sikit, tambah air dan sos tomato.
  4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.

Friday, 12 July 2013

KERABU PELAM


Hari ni dah masuk hari ke 3 ramadhan...kejap aja masa berlalu..tup tap tup tap..dah dekat nak raya.baru 3 hari puasa dah jem nak  cari resepi berbuka..bagi ibubapa yang berkerja macam saya nie..susah juga nak mengejar masa untuk memasak kat rumah..lebih lagi lah saya nie yang travel setiap hari ...masa sejam nak sampai rumah nie memang mejemukan..dengan traffic yang tak tentu..sampai rumah badan dah letih..nak masak lagi..adusss menduga iman. sungguh..

Hari nie nak kongsi resepi kerabu pelam atau kerabu mangga yang simple aja..masam manis kerabu membuka selera seisi keluarga..


KERABU PELAM

2 biji pelam/mangga muda
1 batang carrot di parut halus
3 biji cabai hidup*
6 biji cabai melaka*
1 ulas bawang besar*
*(di hiris halus)
1/2 cwn kacang goreng
1/2 cwn gajus
1/2 cwn sotong kering bergula dicarik-carik
1/2 cwn ikan bilis di goreng
2 sdb sos ikan
2 sdb cuka
garam dan gula secukup rasa

gaulkan gula bersama sos ikan dan cuka hingga sebati..masukkan bahan di hiris..kemudian masukkan bahan -bahan lain..siap..hiaskan dgn salad..simpan dlam petiais sebelum di hidangkan..

Selamat mencuba ya...



Wednesday, 29 May 2013

IKAN BAWAL MASAK CABAI MELAKA


Assalamualaikum..

Dah pun tengahari..ibu ibu yang berada di rumah bersama anak anak yang bercuti tentu tak menang tangan melayan ..karenah mereka..anak anak nie kalau berada dirumah cepat sangat lapar lagi pulak jika cuaca hujan di luar jenuh la...seharian di dapor..

Apa kata jika masih tercari cari menu makan tengahari jom kita hidangkan ikan masak cabai.. senang aja..boleh gunakan apa jenis ikan di sukai..





Kisar bawang besar 3 labu..bawang putih 6 ulas...10 tangkai cabai melaka.. 6 biji cabai hidup...1/2 inci belacan..semua kisar kasar..tumis hingga naik bau..masukan garam gula..biar garing sedikit..tuang di atas ikan yang sudah  di goreng garing..siap...tabur daup sup/bawang ..


Jom makan tengahari..sudi sudi la...:0)

Tuesday, 2 October 2012

KETAM MASAK BERCILI MASAMMANIS


Hai....bertemu lagi ya...

Sayang betul saya dengan blog ni...sampai tak keruan jadinya bila tak buka satu hari...rindu nak baca updated kawan kawan...kan seronok hidup nie bila sehaluan...Bila ingat kerja yang sentiasa di di dlm kereta ...atas jalanraya...serupa jadi mabuk macam pompuan bunting 3bulan....penat sangat....

Tak pa ...kita lupa sat pasai kerja...nak buat lagu mana..demi mencari rezekikan...

Dah hampir tengahari kan apa kata jom pekena Ketam Masak Bercili MasamManis ni...woi..sedap betoi makan dengan nasi panas panas...nieee


dek kerana sekarang nie kat opis..so malam malam karang saya updated resepinya ya..

so layan dulu gambar ketam ya...jangan ada pulak yang termimpi mimpi nak makan ketam hari ni ya....

Da...jumpa lagi nanti...

Thursday, 20 September 2012

AYAM POPCORN MASAM MANIS


Selamat Pagi semua.....semoga hari nie lebih berkualiti dari semalam..

Dah hari khamis kan...sekejap betul masa berjalan..dah selesai kerja yang tertangguh tu..ya le..kadang kadang bila aja hari malas sedunia tu mari..mulalah kain yang dalan raga tu berhari hari tunggu nak di lipat..dah di lipat siap pulak tunggu dua tiga hari nak di susun...silap silap sapa nak cari baju kena lah mengali baju yang sudah setinggi gunung..he he he...

Nak sarapan apa pagi nie?
Roti canai ka..nasi lemak ka..atau nak ronda ronda Pasar Tani pagi nie..siaplah penuh lima jari plastik makanan..semuanya nak rasa nasi kerabu..kuih lapis...ayak teh bunga..keropok lekur..dan tah apa apa lagi semuanya sedap..

Bestkan bila kita nie dapat tinggal di negara yang aman dan kaya dengan pelbagai jenis makanan..sayang Malaysia..




Bercakap pasal makanan nie ..ha..nampak tak Ayam Popcorn Masam Manis nie...sedap dimakan ratah atau bersama nasi..my feberat and anak anak two...Jom tengok resepi best nie..


AYAM POPCORN MASAM MANIS


1 kilo isi ayam di potong dadu
5sdb tepung goreng ayam rangup (Adabi)
1 biji telur
100gm cili kisar
100gm tomato sos
1sdk cuka
gula dan garan secukup rasa

Ayam di celup dalam telur dan digoreng bersama tepung rangup hingga garing.ketepikan
Tumis cili kisar hingga masak ..tambahkan sos tomato..masak lagi ..perasakan dengan cuka , gula dan garam 
secukup rasa.Masukkan ayam yang digoreng tadi gaul sebati..


Siap...

Selamat mencuba ya....

Monday, 10 September 2012

SAMBAL UDANG ISTIMEWA..


Bertemu kembali di pagi Isnin ni...apa khabar..dah sarapan ke ?

Bagaimana cuaca di tempat anda hari ni..mentari cerah atau ada yang mendung...kehujanan..apa apa pun tanggungjawab kerja mesti di teruskan..walau bagaimana keadaan sekali pun..berhati hati memandu bila hujan ya..

Siapa yang tak suka makan sambal..for me..apa jenis sambal pun mesti membuka selera..pelbagai cara dan bahan untuk membuat sambai yg sedap mengikut citarasa masing masing jom kita kongsi hari ni Sambal Udang istimewa ikut cara saya..


SAMBAL UDANG ISTIMEWA


1 kilo udang
15 tangkai cili kering*
5 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai* ( di kisar halus )
sedikit belacan
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa.

Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak hingga garing..atau naik minyak..masukkan air asam jawa..perasakan dgn gula dan garam..last masukkan udang masak lagi 5 minit atau udang masak..masukkan seulas bawang besar yang di potong bulat masak lagi 5 minit..angkat dan hidangkan dengan nasi panas..



Emmm boleh habis 2 pinggan nasi nie....:)

Jumpa lagi sok ye....daaaaaaaaaa

Sunday, 2 September 2012

DAGING GORENG KUNYIT LADA HITAM


Assalamualaikum ...tengah buat apa tu?

Dah masak makan tengahari?..mungkin hari ni masih lagi ada jemputan rumah terbuka?..ok juga tu tak yah kalut kalut nak masak kan..bawa aja satu family..makan settle makan today..:)

Hari ni jom  kongsi satu resepi ringkas utk makan tengahari..Daging Goreng Kunyi Lada Hitam..



Daging Goreng Kunyi Lada Hitam

Daging lembu 1/2 kilo- digaul sedikit kunyit direbus hingga empuk
2 ulas bawang besar*
1 biji cili merah*
4 tangkai cili melaka*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* (*potong halus utk ditumis)
1sdb lada hitam di tumbuk kasar
5 biji kentang dipotong memanjang*
1sdk kicap pekat
2 tangkai daun sup utk hiasan.

Tumis bahan bahan* hingga garing..masukkan daging yg telah di rebus..goreng kesemuanya hingga kentang lembut..masukkan serbuk lada hitam..perasakan dgn sedikit kicap..angkat dan tabur daun sup..

Sedap dimkan dgn nasi panas atau nasi minyak..



Jumpa lagi ya....selamat berhujung minggu...

Saturday, 14 July 2012

AYAM MASAK MADU 3



Assalamualaikum..


Selamat berhujung minggu ..rehat cukup cukup tau bagi yang berkerja dirumah atau di pejabat..nama aja nak rehat tup tup kena gak masak untuk sajian keluarga..kan..hari ni saya belajar buat satu resepi yang menjadi kegemaran anak anak..simple aja..yang pasti sedap dan enak di makan dengan nasi putih atau nasi tomato..beriani atau nasi jagung..







AYAM MASAK MADU 3...




1 ekor ayam di potong kecil digoreng dgn kunyit dan garam
4 labu bawang besar mesin halus
10 tangkai cili kering mesin halus
4 sdb sos tomato
4 sdb sos cili
4sdb sos tiram
6sdb madu
gula dan garam secukup rasa


dengan sedikit minyak tumis bawang besar yg di mesin halus agak garing masukkan cili kering masak hingga cili cukup masak ..tambahkan sos tomato , cili , sos tiram ..kacau sebati masak lagi 5 minit.masukkan madu..kacau lagi akhir tambahkan gula dan garam secukup rasa..Senangkan ..simple aja kan..


Ha..nak tahu cam na rasanya..mestilah kena cuba..sesekali kita tukar selera ya..


Ok la jumpa lagi sok ya,....DAAAAAAAAAAAAAA



Monday, 2 July 2012

SAMBAL UDANG PEDAS MELETUP


Selamat bertemu lagi di pagi Isnin ni..bermula lagi minggu baru bagi bulan Julai ini..kejap aja kita dah nak mula berpuasa ..tak sabar rasanya nak menanti Ramadhan tiba...dah bersarapan ? pagi  ni cuaca dekat Alor Setar ni sedikit sejuk sal hujan turun ..bergembiralah pohon pohon tanaman di sirami air hujan..

Untuk kaum ibu yang mencari cari resepi untuk makan tengahari ..ah..hari ni jom kita tengok satu menu yang sesuai untuk di hidangkan untuk tengahari nanti..
 

Sambal udang ni menjadi kegemaran seisi keluarga..rasa manis pedas tu yang menyelerakan..

Jangan lupa cuba ya,, mesti meletup..nak pedas tambah aja cili padi sedikit..

 


Ok jom kerja..walaupun Isnin ari ni ..kita bersemangat...tau..

Jumpa lagi ya..thanks a lot pada pengunjung pengunjung blog hanimmdzain@blogspot..kunjungan dan komen anda sangat sangat di hargai..BFF...

Tuesday, 19 June 2012

SUP EKOR LEMBU


Selamat bertemu lagi di pagi Selasa nie...hari nie kerja ya...aduh...memang segan sangat nak p kerja sal banyak sangat kerja yang dok tungu..apakan daya banyak tanggungjawab yang menanti....badan nie pun tak sampai tahap 100%..rasa sengal sengal satu badan..batuk lagi selsema...di tambah cuaca panas dan berjerubu nie lagi lagi le tak sihat..

Walaupun kurang sihat..masak tetap masak..bila dah ada kat rumah nie banyak le permintaan nak makan nu nak makan nie...Sup Ekor permintaan my hubby..selalunya order aja kat restoran tapi bila baca kat menu kad ada sup ekor..bila aja nak order terus cakap Sup Tulang aja yang ada..so daripada dok sumpah seranah kat restoran tu biaq buat sendiri..puas makan..nak dapat ekor nie bukannya susah sangat banyak dijual kat Mydin,Giant atau Tesco pilih aja yang tempatan atau yg import (Australia) semua ada.


Jom kita kongsi resepi Sup Ekor simple nie..




                 




SUP EKOR


8 to 10 ketul ekor lembu
1 batang lobak merah
3 biji kentang
2 biji tomato
2 batang seleri
sedikit daun sup


1 bungkus sup bunjut adabi
2 biji bawang besar*
3 biji cili hidup*
4 biji cili api* (ikut suka nak lebih atau kurang)
2 ulas bawang putih* (* mesin halus)
2cm halia


Rebus ekor lembu hingga empuk..masukkan juga halia dan batang daun sup, kentang dan lobak merah sewaktu merebus tulang..agak agak ekor dah empuk masukkan sup bunjut adabi..Air rebusan agak agak la ye...setengah periuk.


Dalam kuali tumis bahan2 yg dimesin halus hingga garing...bila dah garing tuang dlm sup ekor tadi..perasakan dengan garam..masukkan buah tomato dan batang seleri didih lagi 5 minit.


Bolehlah dihidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng .Perahkan sebiji limau kasturi ...secukup rasa..



Rasa masam manis sup ini..boleh menaikkan selera bagi yg kurang sihat macam saya..


Ok jumpa lagi ya..Jom kerja...


LOVE U ALL...................................




Katanya...


Khasiat Sup Ekor

Dengan mengamalkan sup ekor dapat membantu meningkatkan tenaga batin, melegakan demam dan sakit urat.



Sunday, 17 June 2012

KARI KETAM DENGAN NENAS MADU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..maaf la ye dah dua tiga hari tak sempat mengupdated blog ku ini..Jumaat dan Sabtu..yang lepas bawa anak anak makan durian kat Balik Pulau Penang..so bermalam di TM Resort ..walaupun bercuti tuan tanah kurang sihat..demam..batuk..so kurang la sikit nak bergumbira..hik hik..bila pulak belasah makan durian brand Champion lagi bertambah le demam nie...nak buat gu mana tak tahan dugaan dgn durian nie...ramai kawan kawan blogger dok tayang buah durian di sana sini ..semuanya menu yang menyelerakkan..umpppppppp sedap...sedap...




Hari ni Ahad off day la ye...Hari ni cuti Israj Mikraj kat Alor Setar.dan juga Hari Bapa bagi para bapa dan suami suami..ada hidangan istimewa tak hari nie...Hari ni Miss Alyssa merap nak makan Kari Ketam nie la menu paling dia suka samelah dgn Mr Aiman boleh hirup kuah ketam macam makan bubur cha cha..so jom kita tengok resepinya ya..ringkas aja...


KARI KETAM DENGAN NENAS MADU
OLAHAN hanimmdzain@blogspot






6 to 7 ekor ketam biru
400ml santan pekat
2 labu bawang besar di mesin kasar
1 peket rempah kari ketam
2 batang serai di ketuk
garam secukup rasa


Nenas madu yang masak dipotong kecik kecik


Dalam periuk panas kan sedikit minyak..tumis bawang besar dan serai hingga wangi..masukkan rempak kari ketam yg dicampur sedikit air..masak hingga rempah wangi...bila rempah dah wangi masukkan santan..masak lagi hingga santan sedikit didih.masukkan ketam..perasakan dgn garam..last sekali baru masukkan nenas masak..didih lagi 5 minit..tutup api dah boleh di hidangkan..


Sedap dihidangkan untuk makan tengahari atau malam..


Nak rasa kenalah cuba ya...


Ok kita jumpa lagi ya..banyak resepi yang tak sabar nak share dgn pembaca semua ..


LOVE U ALL..............................:)))




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Saturday, 9 June 2012

PAPRIK AYAM VERSI THAILAND


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..bagaimana hujung minggu nie banyak rancangan tak..bagi kami di Utara ni esok anak anak dah mula bersekolah....masing masing pun dah mula la tengok buku buku sekolah  yg udah ditinggalkan last 2 weeks..esok mula rutin ibu dan bapa seperti biasa..Bangun awai la ye....


Hari ni sabtu..rest day utk tuan tanah so hari ni nak cite u all saya amatlah rajin utk memasak utk hidangan tengahari .so awal bangun pagi..kul 7pg dah ada kat market nak beli barang...haaa apa menunya ya..semua nak tahu ke...No 1..Paprik Ayam  2. Ikan mambu sumbat cabai/cili 3. Terung goreng cili pedas 4.Telur dadar 5. Sambal belacan bersama buah kuinin@ buah macang..ulam ulaman...aduh...sedapnya...So..dipendekkan cite hari ni jom kongsi menu No1 Paprik Ayam versi Thailand...





PAPRIK AYAM VERSI THAILAND




1 ekor ayam di potong kecik kecik
2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 labu bawang besar ( bhn tumis )
4 biji bawang putih ( bhn tumis
1 batang lobak merah
4 batang putik jagung
5 batang kacang panjang
2 biji cili/cabai hidup hijau ( bhn tumis )
5 biji cili /cabai melaka ( bahan tumis )


4sdb cili boh
4sdb sos tomato
4 sdb sos cili
4 sdb sos tiram
4 sdb sos siam
2sdb kicap pekat
gula/garam secukup rasa.


Ayam yang dipotong kecik kecik di gaul dgn kunyit dan garam..goreng agak sedang aja.ketepikan


Tumis cili boh hingga masak..masukkan bahan tumis..goreng 5 minit..masukkan pulak semua jenis sos ..didih lagi 5 minit ..masukkan lobak merah ,serai ,putih jagung,daun limau purut  goreng lagi 5 minit..


Last masukkan ayam dan kacang panjang..goreng lagi 5 minit masukkan garam/gula perasakan secukupnya..nak kuah lebih masukkan air sedikit ya..


Dah boleh dimakan..


Harap semua dapat mencubanya ya..


Jumpa lagi semua ya ...love u all and tima kasih banyak banyak kerana sudi singgah di dapur saya ini...dan meninggalkan komen yang cukup saya hargai...


Monday, 21 May 2012

SOTONG GORENG KUNYIT LADA HITAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Selamat bertemu kembali...dah lewat malam baru boleh mengupdated entry hari ni..biasalah hari Isnin bermula minggu baru banyak lah kerja perlu di selesaikan ..walaupun lambat semangat nak masukkan menu hari ni berkobar kobar..


Sotong Goreng Kunyit Lada Hitam..mesti semua rakan dah biasa dgn resepinya kan..menu ni sedap di makan dengan nasi putih atau nasi beriyani..Hari minggu yang lepas saya hidangkan untuk Aiman dan Alyssa utk makan tengahari..balik aja sekolah buka tudung saji Aiman dah siap dgn semangkuk nasi ..melantak tak ingat..memang menu kegemaran anak anak kan..Jom kita semak resepi yang simple ni...





SOTONG GORENG KUNYIT LADA HITAM




1 kilo sotong
1sdb kunyit 
1sdk garam 


semua digaul sebati..


Bahan tumis
2 labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
Cili hijau @ cili merah ..cabai melaka pun ok potong halus halus
2sdk lada hitam di tumbuk halus.
2sdb minyak masak.


Rebus sotong yang digaul kunyit hingga masak. masukkan minyak..bila minyak panas tumiskan bahan tumis tadi hingga garing..perasakan dgn garam dan sedikit kicap manis..Dah siap..senangkan.. 


Nak tahu sedap ka tak mesti kena cuba ya....



Ok..jangan lupa ya..esok dah 1 Rejab..jom kita sama sama puasa sunat esok ya...


Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...