Bismillah....
Sapa yang mengidam ni....eh bukan Sy ye.....tu sapa yg mengidam....dah berapa bulan...he he...tak dak berapa bulannya....dah berbulan -bulan ....
Apa khabar semua..semoga hari ni telah menceriakan kehidupan anda sekeluarga...
Agak lewat meng updated my N3...agak terlalu sibuk dgn kerja hari ni..maklum la dah beristirehat selama 3 hari sempena Maal Hijrah..dah tentu banyak kerja yg perlu di bereskan..
Ok ..siapa yg mengidam ni...tak lain dan tak bukan my Hubby ..teringin sangat nak makan Kacang Kuda Pedas..selalunya Sy hanya membeli di gerai-gerai menjual kuih pada waktu petang..tapi kali ni dah banyak kedai mencari..dah tak ada orang jual pulak..selalunya banyak ..tu le alamat kena buat sendiri le ...
Kacang Kuda Pedas ni dikawasan utara agak terkenal sebagai kudapan...resepinya agak senang nak buat..rasanya yang manis- manis pedas ditambah dgn kelemakan kacang tu yg memjadi feberet my Hubby...
Ok kita tengok bahan-bahannya...
1/2 kilo kacang kuda
100gm cili kering*
2 ulas bawang besar* - di kisar halus
200g ikan bilis- digoreng
gula dan garam sebagai perasa
daun kari penambah wangi
Cara-caranya.
Kacang Kuda dibasuh cuci kemudian direbus hingga empuk.
Cili kering dan bawang yang tekah dikisar ditumis hingga wangi dan masak..tambahkan gula dan garam.
Ikan bilis digoreng.
Selepas kacang dah empuk..toskan hinnga kering ..Kemudian gaulkan kedlm sambal yg telah masak hingga kering masukkan ikan bilis ygn digoreng ..masukkan juga daun kari bagi menambah kewangian..
Kacau hingga kering dan sebati...
Dah boleh dimakan..
hanimmdzain@blogspot